Mencari Peluang Buat DUit
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tidak berapa lama lagi kita akan menyamabut Hari Raya Qurban. Pada aku, tahun nie memang pengorbanan yang besar terpaksa aku lakukan berbanding tahun-tahun sebelum nie. Coti aku di’beku’kan, oh!!! Terpaksa la aku ber’korban’ walau tanpa rela hati..
Tidak lama lagi juga kita akan memasuki Tahun Baru iaitu 2009.. Bersedia?!! Bersedia atau tidak ia tetap akan sampai!!
Jadi, adakah semua azam yang anda tanamkan awal tahun masih seperti tahun-tahun sebelumnya?!! Saya harap, ia ada perubahan walau tak banyak ada juga sedikit perubahan.
Jadi, apa kenan mengena tajuk dengan semua nie??!!! [Aku sendiri kompius
] Bergurau sebentar dengan anda, jangan marah ha..
Oklah, pasti semakin ramai yang mula risau dek kegawatan ekonomi yang amat teruk sekarang. Terutama mereka yang bekerja di sektor-sektor swasta seperti kilang-kilang perindustrian dan sebagainya. [ Teringat member-member keje kilang]
Mereka yang bekerja dibahagian sektor perkilangan pasti merasa kesan ini 2-4 bulan yang lepas kerana kerja lebih masa atau ‘over-time’ mereka disekat.
Kepada yang berbelanja dan berhutang secara berkhemah pasti dapat mengawal keadaan. Jika mereka yang berhutang melebihi dari gaji sebenar!! Pasti mula kalut nak cari duit lebih, jual balik perkara-perkara yang dirasakan dapat mengurangkan desakan ini.
Perkara ini juga berlaku zaman pemerintahan cek det pada 1998. Masih ramai yang alpha serta lupa..
“Dah terhantuk baru ternadah”
Dah kurang pendapatan melalui pekerjaan tetap baru nak cari-cari peluang buat duit. Tue yang ramai kena tipu dek penipu-penipu besar yang ada di luar dan didalam internet nie. Just tunggu mangsa-mangsa yang rakus kepada kemewahan jalan pantas..
Jadi, kepada mereka-mereka yang masih baru dalam arena internet nie. Aku suggestkan korang join dulu forum-forum komuniti yang banyak terdapat di internet nie. Aku cadangkan WangCyber kerana aku sendiri bermula dengan belajar melalui kawan-kawan yang ada disana.[Ucapan time kasih kepada mereka semua yg membantu]
Oklah, setakat nie duu perkongsian aku dengan semua. Post akan datang aku akan cuba, menulis kelebihan berforum dan buat duit dengan berforum.
































