Sumber Rujukan ILMIAH

AKU BOLEH!!! Pasti Boleh!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Owh.. Semakin hari semakin terisi masa dan pemikiran kita untuk terus berjaya bukan?

Jika tidak mahu kaya pun, sekurang-kurang kita memikirkan untuk tidak berada di dalam putaran roda sekarang bukan?

Jika anda tiada pemikiran ini.. SYOH!!! Pi main jauh-jauh.. ( Marah Nampak… :) )… Takderlah marah.. Cuma pikirkan sejenak.

20989654 1 AKU BOLEH!!! Pasti Boleh!!!

“Berapa lama anda selesa dengan keadaan diri anda sekarang? Adakah ia memberi kekekalan kepada anda sehingga anda pencen kelak?”

Jika anda rasa pekerjaan dan apa jua anda lakukan sekarang mampu memberi kesenangan & ketenteraman kepada anda sekarang. Alhamdullilah.. Anda telah jumpa ‘kuncinya’.. ( jika benar kunci yang anda jumpa itu kunci yang betul.. )

Tidaklah saya mengatakan setiap pekerjaan itu tidak menjamin kehidupan kelak. Tetapi ia perlu diperluaskan untuk kita tidak merungut dan menyalahkan orang lain hasil dari ‘kerajinan‘ kita menambah dana ekonomi keluarga kita. Hasil dari kenaikan harga barang yang PASTI akan meningkat setiap tahun…

Jadi, mulakan sekarang dengan perniagaan sambilan. Mulakan dengan sesuatu yang anda lakukan sekarang.

Sekiranya anda seorang jurugambar why not mulakan tugasan sambilan dengan mengambil gambar kahwin atau apa event kecil dahulu…

Ini bermaksud mulakan dahulu apa yang anda sedang lakukan sekarang… Jika anda memulakan apa yang anda lakukan pasti tiada perkataan ” SUSAHLAH SAYA TAK BOLEH BUATLAH… & 1001 PERKARA ALASAN”

Nah… Nie merupakan sedikit perkara yang mungkin membuka minda anda untuk mengatakan.. AKU BOLEH!!! AKU JUGA BOLEH BERJAYA…

Terlalu Sukar Membina Rangkaian Perniagaan Internet?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah dan mohon maaf.. Kenapa lak?

1- Syukur Rezeki ALLAH mencurah-curah kepada kami sekeluarga melalui perniagaan eBay…

2- Maaf sebab lama giler tak update blog kesayanganku nieh…

Oklah.. Sebentar tadi baru sahaja selesai program anjuran Kelab Permata tajaan PKNS, yang mana saya dijemput sebagai penceramah jemputan untuk kursus selama 2 hari di Kolej Inpens Kuala Selangor.

Thanks semua kerana turut serta hadir mempelajari ILMU Perniagaan Internet yang sebenar.. OWh… Terharu lak.. :)

Apa pun, ramai yang bertanya..

“Encik IJAM Sukar ke nak membina perniagaan di Internet…”

Dengan selambaku menjawab… ” Sudah pasti tidak sesukar mana jika kita punya ILMU…” ( Owh. Macam kerek jerk.. HUhuhuhuhuh  )

Apa pun, itulah kuncinya… ILMU, tanpanya.. Pasti tidak terhasil blog kesayanganku ini (walau jarang-jarang updated… )

Apa pun, selagi kita mampu, kita akan mencari dan mengeluarkan modal untuk ILMU yang memberi manfaat kepada kita kelak…

Owh.. ILMU aku amat menyanyangimu selain ANAK-ANAK dan ISTERIKU (sudah pasti.. HUEhueheuehuehu )

Oklah.. Dah dapat jawapan untuk apa yang telah menjadi persoalan…. Sekarang tanpa banyak soal.. Laksanakan apa yang telah anda ketahui dan pelajari… ( FUH!! Macam Cikgu-CIkgi lak.. HEUheuheuehuehe)

Sehingga berjumpa di lain kali.. Nak layan dopod 838pro 2nd set yang beli untuk memudahkan urusan semakan belian dari customer di eBay… :)

Perlaksanaan dan pembahagian tugas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua. Adakah anda semua masih menjalankan apa yg anda lakukan sebelum ini. Adakah anda telah pun putus asa. Adakah ia membuatkan anda kembali melakukan tugas lama kembali?

Apakah yang membuat anda kembali melakukan perkara yang sebelum ini anda lakukan?

1- Gagal mendapat apa yang anda harapkan melalui internet?
2- Perlaksanaan yang tidak begitu sempurna?
3- Pembahagian tugas yang tidak dilaksanakan dengan sempurna @ betul?
4- Pembahagian masa yang kurang efektif?

Apakah 4 perkara ini menggangu kehidupan anda dan sering membuat anda GAGAL mencapai apa yang hajatkan atau harapkan?

Jadi, apakah ia masih disebabkan perkara yang anda sendiri SALAH lakukan @ anda masih ingin menyalahakan pihak @ orang lain atas perkara yang anda sendiri tidak lakukan dengan betul?

Jadi, pada aku. Sering kali kita menyalahkan orang lain tanpa kita sedari kita sendiri telah sering tidak sedar akan kekkilafan dan kealpaan kita sehingga sering lalai akan tugas yang sebenar,

OWh apakah ini punca sebenar yang membuat aku gagal mencapai apa yang aku harapkan dan hajati dari mencapainya 3 tahun lepas.

Apa pun.. Kekilafan kesilapan merupakan guru yang terbaik utnuk mengajar kita erti sebenar perjuangan. Jadi kepada rakan-rakan semua yang telah gugur mahu gugur..

Jangan gugur dahulu kerana ia akan membuat anda menyesal idak berkesudahan.. Yakinlah.. Setiap insan bernama MANUSIA ada kelebihan diri masing-masing yang perlu kita selidiki dan kaji.

Jadi, saya doakan anda berjaya mengapai dan mencapaai apa yang anda hajati.

” Ia bukan sesuatu yang mudah jika kita tidak tahu. Ia juga tidak mudah dan susah jika kita tahui dan tiada tindakan…”

Laptop Acer 4741G

Laptop Acer 4741G

Aku Begitu Obses Dengan Duit!!

Aku Gila DUit.

Aku Gila DUit.

Apakah mengena aku dengan post nieh..
Owh.. Aku bukan gila wang!!! Tapi wang gilakan aku.. Owh!!!

Tidak pasti apakah sebenarnya releted nie semua ngan kehidupan harian ku.

Tapi yang pasti.. Rezekiku menjadi selepas:-

1- Mengenal Diri.. ( Thanks Abg Long & Abg AZMIN )

2- Mengenal Potensi diri.. ( Thanks Abg Long & Abg AZMIN )

3- Menjalankan apa yang anda ketahui akan potensi diri..

4- Berkongsi ILMU yang dipinjamkan dengan mereka yang lain..

Owh.. Syukur alhamdllh, jika tiada halangan dan kesulitan.. InsyaALLAH akan keluarkan Laptop pada minggu hadapan untuk memudahkan urusan perniagaan eBay dan juga Personal Coaching dengan mereka yang berminat untuk meningkatkan pendapatan keluarga.. :)

Doakan ku berjaya mencapai apa yang dihajati.. Ku jua doakan kejayaan anda yg sudi melawat blog ini.. OWh..

Kelebihan Bertangguh.. Kesan Dan AKibatnya pada perjalan eBay anda

Kesan Pertangguhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Owh tajuk agak menarik juga nieh.. Huehueheu.. Nie pun sebab terbaca aduan rakan-rakan Facebook berkenaan akuan Suspend selama setahun.

Nampak tak? Apa kelebihannya yang anda lihat hasil STATUS Facebook nieh?  Nie status reply di Facebook

akaun sy kne suspend setahun…ade penawar?

Nampak tak lagi? Apa kesan jika dalam masa setahun yang lepas dia dah wat akuan lain? DIa tak hiraukan akuan yang kena suspend selama setahun lepas tueh?

Pasti silap-silap dah top rated or Power seller bro kita nieh. Owh!! Memang indah hidup jika kita tidak bertangguh..

Apa kesan dari pertangguhan ini? Nie yang saya jumpa atas carian keyword KESAN BERTANGGUH!

Owh.. Memang tak best jika hanya menjadi pemerhati.. Dahulu saya juga begitu.. Apa yang kini dipelajari.. ILMU adalah yang penting dan kita perlu LAKSANAKAN apa yang telah kita pelajari dari ILMU yang ada..
Jangan bertangguh kerana ia tidak memberi manfaat jika ILMU tidak diamal.. Owh!! Nie kerana, pada SELASA lepas, saya berjaya menjalankan Personal Coaching eBay saya yang pertama!!

Owh!! Memang Indah jika ada protge yang paham dan terus laksanakan apa yang kita kongsikan ILMU bersama mereka.

Kejayaan Hanya Berjaya Digapai Jika Anda MALAS!

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.


1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Harga Setem Naik Masa Untuk Tingkatkan Productivty eBay.

KUALA LUMPUR: Harga setem pos dalam negeri akan lebih tinggi berkuatkuasa Julai ini sebagai sebahagian daripada strategi Pos Malaysia Bhd untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapannya.

Ini adalah kali pertama Pos Malaysia menyemak harga (setem) sejak pengkorporatannya pada 1992, menurut kenyataan syarikat itu di sini hari ini.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Syed Faisal Albar, berkata kenaikan itu akan memberikan dana tambahan bagi Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti, setara dengan amalan terbaik antarabangsa.

“Dalam tempoh 18 tahun kebelakangan ini, kami telah menyaksikan penyusutan berterusan jumlah mel awam dan Pos Malaysia telah mengambil langkah untuk mengawal kos di samping mengekalkan produktiviti kami.

“Pada masa yang sama, ini telah menjejaskan keupayaan syarikat melaraskan gaji posmen dan kerani kaunternya yang 19 peratus lebih rendah daripada rakan sejawatan mereka dalam kerajaan.

“Penstrukturan semula gaji posmen dan kerani kaunter akan dilakukan serentak dengan kenaikan harga setem pos domestik,” katanya.

Penstrukturan semula gaji akan menjadi satu rangsangan moral bagi kaki tangan operasi sejajar dengan langkahnya untuk meningkatkan prouktiviti dan komitmen mereka ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Apabila dilaksanakan nanti, harga setem pos domestik bagi mel standard seberat hingga 20 gram akan dinaikkan daripada 30 sen kepada 60 sen dan mel seberat hingga 50 gram harga setem akan dinaikkan daripada 40 sen kepada 70 sen.

Kenaikan harga ini juga membabitkan mel standard yang beratnya kurang daripada 50 gram, mel bukan standard yang beratnya kurang daripada 100 gram, bahan cetak berkala, PosDokumen, mel berdaftar dan bungkusan kurang daripada dua kilogram.

Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan mel bukan standard melebihi 100 gram hingga dua kilogram, Peti Surat, beg berkunci dan serahan tingkap.

Pada masa ini, setem pos domestik (30 sen bagi mel standard yang beratnya hingga 20 gram) adalah yang terendah dalam Asean selepas Thailand.

Dalam kalangan negara Asean, harga setem pos domestik Filipina (pada berat yang sama) adalah yang tertinggi iaitu 66 sen, diikuti oleh Singapura (62 sen), Indonesia (54 sen) dan Brunei (47 sen).

Sementara itu, sejajar dengan aspirasi 1Malaysia Kerajaan, Pos Malaysia akan memperkenalkan Mel Rakyat pada Mei untuk memenuhi keperluan orang yang masih memilih untuk menggunakan perkhidmatan pos pada harga yang lebih rendah.

Mel Rakyat yang bentuk dan fungsinya serupa dengan mel udara, akan dikenakan kadar tunggal 30 sen bagi penghantaran ke mana-mana alamat dalam Malaysia.

Dengan Mel Rakyat, pelanggan individu yang menyumbang sembilan peratus jumlah mel Pos Malaysia, masih mempunyai pilihan menikmati kadar pos yang lebih rendah bagi keperluan mel domestik mereka. – Bernama

Lagu-lagu Yang Perlu Kita Hayati Dengan Mendalam Maksud Sebaliknya

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua… Semoga hari ini memberi seribu kerahmatan pada kita di pagi hari di bumi ALLAH ini..

Just ingin berkongsi dengan pembaca sekalian dengan lagu yang dikongsikan oleh rakan-rakan di Youtube.. Harap ia memberi seribu makna tersirat buat kita semua….

Cermin Mimpi – M Nasir

Nie pula senikata yang perlu kita layan & Fahami Maksud Lagu ini……..

Kekadang kita terlupa siapa diri kita sebenarnya. Lagu ini memaparkan kekeliruan diri. Tafsirlah bait bait lagu ini. Indah dan medalam maksud yang tersurat.

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Pak Long – Selagi Ada Rindu

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang
Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan
Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi
co
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu
Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana
Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia

Bukanlah tujuan saya untuk mengajar tuan-tuan semua.. Tetapi ia adalah satu perkara yang perlu kita selami bersama…. Harap ia memberi manfaat kepada semua!!!

AKPK Berkongsi Buku PERCUMA CELIK WANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Celik Wang AKPK

Celik Wang AKPK

Tiada sesuatu pun bayaran yang perlu anda lakukan.. Tiada juga pendaftaran email…

Apa yang perlu anda lakukan adalah klik jer kat link nie.. http://www.akpk.org.my/Portals/0/Book/Celik_Wang.pdf

Jika anda benar-benar ingin memegang buku nieh.. Leh dapatkan di cawangan AKPK ataupun kedai buku berhampiran anda..

Harap ia memberi manfaat kepada rakan-rakan sekalian yang benar-benar ingin bebas dari permasalahan kewangan bulanan anda..

Selamat mebaca & mengamalkan apa yang dipelajari…

Review : Bajet Wang. 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya baru sahaja selesai membaca buku yang pada saya merupakan keperluan setiap insan yang bernama Manusia.. Terutama yang ada masalah mengurus wang perbelanjaan harian mereka.

Seperti post saya yang lepas.. Kad Kredit yang memberi lebihan tunai kepada anda.

banner3 Review : Bajet Wang. 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang
Pasti ramai yang mempunyai masalah pengurusan kewangan terutama mereka yang mereka yang memiliki lebihan kad kredit iaitu lebih dari 1.

Saya tidak pula mengatakan mereka yang tidak memiliki kad kredit tidak mempunyai masalah. ( Seperti saya sendiri ) Tetapi mereka yang tidak bijak mengurus perbelanjaan mereka melalui penggunaan kad kredit pasti menghadapi bahana.

Mengapa saya berkata begitu..? Melalui pembacaan saya dari buku Bajet Wang nieh aku melihat kekilafan dan salah anggap aku berkenaan lebihan tunai..

Nah.. Selepas membaca.. Walau pun dengan 7 langkah.. Aku merasakan seperti melihat siaran TV plasma yang memaparkan kekilafan aku melalui lebihan tunai dan yang membuat aku alpha dan lupa konsep sebenar kekayaan.. Fuh…

Dengan panduan ini.. Ia membantu aku melihat dunia kewangan ini dengan lebih jelas.. Seperti kata Nabi Muhammad Sallallahualaiwassalam
” Tuntutlah ILMU hingga ke Negara CHINA”

Pasti ada hikmah kata Baginda tersebut.. Fuh…. Memang tidak ku sangka panduan yang ku pandangan ringan selama nieh.. Telah membuatkan aku tamparan yang hebat.. :)

Apa pun, hope ia berbaloi untuk tuan-tuan @ puan-puan yang mencari jalan penyelesaian kekurangan wang hampir setiap bulan selepas menerima gaji..

Kepada mereka yang beranggapan mereka tidak mempunyai masalah kekurangan wang.. Better sediakan payung sebelum hujan.. Apabila banjir kelak, kita tidak kelemasan…

banner7 Review : Bajet Wang. 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang


 Powered by Max Banner Ads 
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline