Sumber Rujukan ILMIAH

Catatan Perniagaan : Penipuan Oleh Pembekal

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Pasti ramai antara anda pernah alami perkara nieh. ( Melakukan perniagaan. ) Mengapa isu nie terjadi?

Adakah perkara nie disebabkan oleh sebab terdesak mencari atau mengambil hak orang lain. Ingin mendapat keuntungan terpantas..?

Adakah ini yang menjadi satu keperluan? Adakah ini akan membuat anda terus putus asa untuk terus meniaga?

Owh!!! Sedihkan bila perkara nieh terkena kepada kita… Owh.. Apa pun, ia adalah perkara yang perlu kita pelajari dari kekilafan..

Perkara yang membuat orang tueh rugi pabila menipu insan lain kepada perniagaan mereka.

  1. Perniagaan yang dijalankan akan berjalan sepanjang tempoh yang singkat. Kita melakukan perniagaan pasti untuk jangka masa yang panjang. Bukan setakat 3-4 tahun kalau boleh 20 – 30 tahun.. Paling target FOREVER!!!! :D
  2. Promosi “mouth to mouth ” lebih hebat dibandingkan bahan promosi yang lain!!! Jadi, persiapkan diri anda untuk menjalankan perniagaan dengan terbaek!!!

Oklah.. Nie beberapa perkara yang rakan-rakan perlu persiapakan diri ( pesanan buat diriku sebenarnya.. )

Baeklah.. Setakat nieh dahulu penulisanku…

Catatan Perniagaan: Aku memulakan langkah baru dengan perniagaan OFFLINE

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Rasa belum terlewat unbtuk aku berkongsi pengalaman ingin menjadi peniaga oFFLINE agak gusar.

perniagaan Catatan Perniagaan: Aku memulakan langkah baru dengan perniagaan OFFLINE

Sebelum nieh selalu aku menjual melalui website sedia ada. Owh.. Apa pun, semoga ia akan berjalan lancar.

Aku just share apa item yang juai. Takkan nak paksa lak depa beli apa aku juai. Depa berkenan angkat. Tapi aku bagi special price. Baek punya..

Beberapa perancangan sebelum memulakan perniagaan offline aku dah rancang taklah sehebat mana di antaranya:-

1- Memberi tawaran harga MURAH dengan membeli 2 mendapat potongan harga ( kalo beli satu depa rugi ler )

2- Memberi tawaran baju longgok.. Beli ikut kemampuan..

3- Memberi perkara terbaek with good produk. ( Cuba dulu.. Bayar jika tak muat mai balik tukaq dengan size lain.. )

Nie antara 3 perancangan utama aku. Jika kawan-kawan ada perkara nak share leh ler share perkara nieh nghan aku..

Boleh aku tambah baik supaya pelanggan offline aku berasa seronok.. Owh.. :)

Apa pun, semoga semua berjalan lancar.. ( Tengah pulun nak beraya plus geram tengok kawan-kawan dah ramai pakei APPLE.. ) Post terbaru dari AZIZWAN.. Memang hangin!!!

Apa pun, post terbsebut buat aku lagi kerja keras.. :grin: Nielah dinamakan Persaingan sihat diantara kami walau berkenalan hanya di atas talian..

Oklah. That’s all my story for today. Jika nak tengok item aku juai offline leh tengok gak. Atas talian aku menjuai. Jadi, kawan-kawan yang jauh leh ler layari KEDAI KAMI.

AKU BOLEH!!! Pasti Boleh!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Owh.. Semakin hari semakin terisi masa dan pemikiran kita untuk terus berjaya bukan?

Jika tidak mahu kaya pun, sekurang-kurang kita memikirkan untuk tidak berada di dalam putaran roda sekarang bukan?

Jika anda tiada pemikiran ini.. SYOH!!! Pi main jauh-jauh.. ( Marah Nampak… :) )… Takderlah marah.. Cuma pikirkan sejenak.

20989654 1 AKU BOLEH!!! Pasti Boleh!!!

“Berapa lama anda selesa dengan keadaan diri anda sekarang? Adakah ia memberi kekekalan kepada anda sehingga anda pencen kelak?”

Jika anda rasa pekerjaan dan apa jua anda lakukan sekarang mampu memberi kesenangan & ketenteraman kepada anda sekarang. Alhamdullilah.. Anda telah jumpa ‘kuncinya’.. ( jika benar kunci yang anda jumpa itu kunci yang betul.. )

Tidaklah saya mengatakan setiap pekerjaan itu tidak menjamin kehidupan kelak. Tetapi ia perlu diperluaskan untuk kita tidak merungut dan menyalahkan orang lain hasil dari ‘kerajinan‘ kita menambah dana ekonomi keluarga kita. Hasil dari kenaikan harga barang yang PASTI akan meningkat setiap tahun…

Jadi, mulakan sekarang dengan perniagaan sambilan. Mulakan dengan sesuatu yang anda lakukan sekarang.

Sekiranya anda seorang jurugambar why not mulakan tugasan sambilan dengan mengambil gambar kahwin atau apa event kecil dahulu…

Ini bermaksud mulakan dahulu apa yang anda sedang lakukan sekarang… Jika anda memulakan apa yang anda lakukan pasti tiada perkataan ” SUSAHLAH SAYA TAK BOLEH BUATLAH… & 1001 PERKARA ALASAN”

Nah… Nie merupakan sedikit perkara yang mungkin membuka minda anda untuk mengatakan.. AKU BOLEH!!! AKU JUGA BOLEH BERJAYA…

Jom Berubah!! Persiapkan DIRI ANDA!!

4871077686 ccfae2c744 Jom Berubah!! Persiapkan DIRI ANDA!!
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalamualaikum dan selamat pagi…

Apa khabaq semua? Pasti HEBAT bukan… ( Dah macam MLM pulok… ) Hueheuheuheuh..

Apa pun, minda positif amat penting untuk semua orang.. Tidak kira meniaga, bekerja, sambilan kerja,sambilan niaga.. Semua perlukan pemikiran positif supaya perkara yang positif sentiasa mengalir mengelilingi diri kita..

Oklah… Apa sebenarnya tujuan post nieh.. Huheuheuheu.. Iyalah.. Pembuka bicara membuka lembaran supaya kita tidak bohsan dengan perkara nieh..

Apakah kita telah siapkan diri untuk menghadapi bulan mulia Ramadhan Al~ Mubarak pada lusa insyaALLAH…

Apakah persediaan kita untuk menghadapinya. Pasti persiapaan minda dan fizikal perlu untuk memastikan kita berjaya melakukan ibadah pada bulan mulia ini. ( peringatan untuk diriku jua sebenarnya… )

Yang menjengah kita setahun sekali.. Adakah kita pasti akan menemuinya pada tahun hadapan?

Jadi persiapkan diri sebelum MAUT menjemput kita. Apa pun, akhirat tetap ‘dunia’ abadi buat kita semua umat islam..

Hari ke hari ada sahaja kelahiran baru dan kematian yang dicatatkan seluruh dunia.

Masa kita pasti akan tiba.. Adakah kita bersedia atau tidak.. Ia akan kunjung jua…

Jadi, masa niehlah kita perlu mula berubah….

Terlalu Sukar Membina Rangkaian Perniagaan Internet?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah dan mohon maaf.. Kenapa lak?

1- Syukur Rezeki ALLAH mencurah-curah kepada kami sekeluarga melalui perniagaan eBay…

2- Maaf sebab lama giler tak update blog kesayanganku nieh…

Oklah.. Sebentar tadi baru sahaja selesai program anjuran Kelab Permata tajaan PKNS, yang mana saya dijemput sebagai penceramah jemputan untuk kursus selama 2 hari di Kolej Inpens Kuala Selangor.

Thanks semua kerana turut serta hadir mempelajari ILMU Perniagaan Internet yang sebenar.. OWh… Terharu lak.. :)

Apa pun, ramai yang bertanya..

“Encik IJAM Sukar ke nak membina perniagaan di Internet…”

Dengan selambaku menjawab… ” Sudah pasti tidak sesukar mana jika kita punya ILMU…” ( Owh. Macam kerek jerk.. HUhuhuhuhuh  )

Apa pun, itulah kuncinya… ILMU, tanpanya.. Pasti tidak terhasil blog kesayanganku ini (walau jarang-jarang updated… )

Apa pun, selagi kita mampu, kita akan mencari dan mengeluarkan modal untuk ILMU yang memberi manfaat kepada kita kelak…

Owh.. ILMU aku amat menyanyangimu selain ANAK-ANAK dan ISTERIKU (sudah pasti.. HUEhueheuehuehu )

Oklah.. Dah dapat jawapan untuk apa yang telah menjadi persoalan…. Sekarang tanpa banyak soal.. Laksanakan apa yang telah anda ketahui dan pelajari… ( FUH!! Macam Cikgu-CIkgi lak.. HEUheuheuehuehe)

Sehingga berjumpa di lain kali.. Nak layan dopod 838pro 2nd set yang beli untuk memudahkan urusan semakan belian dari customer di eBay… :)

Perlaksanaan dan pembahagian tugas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua. Adakah anda semua masih menjalankan apa yg anda lakukan sebelum ini. Adakah anda telah pun putus asa. Adakah ia membuatkan anda kembali melakukan tugas lama kembali?

Apakah yang membuat anda kembali melakukan perkara yang sebelum ini anda lakukan?

1- Gagal mendapat apa yang anda harapkan melalui internet?
2- Perlaksanaan yang tidak begitu sempurna?
3- Pembahagian tugas yang tidak dilaksanakan dengan sempurna @ betul?
4- Pembahagian masa yang kurang efektif?

Apakah 4 perkara ini menggangu kehidupan anda dan sering membuat anda GAGAL mencapai apa yang hajatkan atau harapkan?

Jadi, apakah ia masih disebabkan perkara yang anda sendiri SALAH lakukan @ anda masih ingin menyalahakan pihak @ orang lain atas perkara yang anda sendiri tidak lakukan dengan betul?

Jadi, pada aku. Sering kali kita menyalahkan orang lain tanpa kita sedari kita sendiri telah sering tidak sedar akan kekkilafan dan kealpaan kita sehingga sering lalai akan tugas yang sebenar,

OWh apakah ini punca sebenar yang membuat aku gagal mencapai apa yang aku harapkan dan hajati dari mencapainya 3 tahun lepas.

Apa pun.. Kekilafan kesilapan merupakan guru yang terbaik utnuk mengajar kita erti sebenar perjuangan. Jadi kepada rakan-rakan semua yang telah gugur mahu gugur..

Jangan gugur dahulu kerana ia akan membuat anda menyesal idak berkesudahan.. Yakinlah.. Setiap insan bernama MANUSIA ada kelebihan diri masing-masing yang perlu kita selidiki dan kaji.

Jadi, saya doakan anda berjaya mengapai dan mencapaai apa yang anda hajati.

” Ia bukan sesuatu yang mudah jika kita tidak tahu. Ia juga tidak mudah dan susah jika kita tahui dan tiada tindakan…”

Laptop Acer 4741G

Laptop Acer 4741G

Aku Begitu Obses Dengan Duit!!

Aku Gila DUit.

Aku Gila DUit.

Apakah mengena aku dengan post nieh..
Owh.. Aku bukan gila wang!!! Tapi wang gilakan aku.. Owh!!!

Tidak pasti apakah sebenarnya releted nie semua ngan kehidupan harian ku.

Tapi yang pasti.. Rezekiku menjadi selepas:-

1- Mengenal Diri.. ( Thanks Abg Long & Abg AZMIN )

2- Mengenal Potensi diri.. ( Thanks Abg Long & Abg AZMIN )

3- Menjalankan apa yang anda ketahui akan potensi diri..

4- Berkongsi ILMU yang dipinjamkan dengan mereka yang lain..

Owh.. Syukur alhamdllh, jika tiada halangan dan kesulitan.. InsyaALLAH akan keluarkan Laptop pada minggu hadapan untuk memudahkan urusan perniagaan eBay dan juga Personal Coaching dengan mereka yang berminat untuk meningkatkan pendapatan keluarga.. :)

Doakan ku berjaya mencapai apa yang dihajati.. Ku jua doakan kejayaan anda yg sudi melawat blog ini.. OWh..

Kelebihan Bertangguh.. Kesan Dan AKibatnya pada perjalan eBay anda

Kesan Pertangguhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Owh tajuk agak menarik juga nieh.. Huehueheu.. Nie pun sebab terbaca aduan rakan-rakan Facebook berkenaan akuan Suspend selama setahun.

Nampak tak? Apa kelebihannya yang anda lihat hasil STATUS Facebook nieh?  Nie status reply di Facebook

akaun sy kne suspend setahun…ade penawar?

Nampak tak lagi? Apa kesan jika dalam masa setahun yang lepas dia dah wat akuan lain? DIa tak hiraukan akuan yang kena suspend selama setahun lepas tueh?

Pasti silap-silap dah top rated or Power seller bro kita nieh. Owh!! Memang indah hidup jika kita tidak bertangguh..

Apa kesan dari pertangguhan ini? Nie yang saya jumpa atas carian keyword KESAN BERTANGGUH!

Owh.. Memang tak best jika hanya menjadi pemerhati.. Dahulu saya juga begitu.. Apa yang kini dipelajari.. ILMU adalah yang penting dan kita perlu LAKSANAKAN apa yang telah kita pelajari dari ILMU yang ada..
Jangan bertangguh kerana ia tidak memberi manfaat jika ILMU tidak diamal.. Owh!! Nie kerana, pada SELASA lepas, saya berjaya menjalankan Personal Coaching eBay saya yang pertama!!

Owh!! Memang Indah jika ada protge yang paham dan terus laksanakan apa yang kita kongsikan ILMU bersama mereka.

Kejayaan Hanya Berjaya Digapai Jika Anda MALAS!

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.


1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Aku Benci Dan Agak Sukar Buat eBay

Assallamualaikum dan salam sejahtera semua..

Semalam pergi ke klinik kerana berlaku kebengkakan di belakang telinga. Owh.. Mendapat obat makan beserta ubat untuk di sapu. Jika masih tidak kekurangan pasti ia akan mendapat ‘bedahan’ kecil untuk membuang air bisa..

Adakah anda telah memulakan perniagaan ebay? Jika belum dan ingin belajar.. Mulakan sekarang.. Mengapa? Ia adalah lubuk duit yg pasti anda tidak sedar sampai Sampah juga boleh dibekalkan.. Nah!! Bukan lubuk duit lagik?

Tapi ramai yang malas dan telah putus asa.. Jadi, kepada seller baru.. Abaikan ler juai barang kat eBay.. Pasai ia akan membunag masa anda.. Mengapa? Nie antara ulasan saya..

1- Malas membaca pasti tidak kemana

2- Malas nak ulangkaji / buat kaji selidik

3- Tidak berani hadapi dugaan dan cabara.

4- Takut keluar modal

Jadi jika perkara ini ada dalam diri anda.. Jauhkan diri dari perniagaan eBay kerana ADMIN mereka amatlah ‘kejam’. Jadi, kalo belum mula melangkah dan takut nak melangkah..

Teruskan pekerjaan harian anda.. jangan harap anda akan berubah. Saya tidak tahu dan pasti di mana minat anda..

Apa yang pasti anda perlu berusaha bersungguh untuk mendapatkan apa yang anda hajati. Apa pun yang ingin anda jalani dan pelajari.. Jumpalah mereka yang telah buat duit di eBay.

Alhamdulillah selepas beberapa kali mencuba dan melakukan ‘try n error’ saya menjumpai key yang berjaya meningkatkan perniagaan eBay saya.

Rezeki dari ALLAH Maha Hebat. Sehingga saya tidak sangka ia menjadi sebegitu jika dengan IZINNYA kita akan dapat.

Jadi, saya dengan ini cuba berkongsi pengalaman saya dengan mereka yang benar-benar untuk “BUAT DUIT DI EBAY”.

Ini adalah tawaran terhad dan limited. Kepada yang benar-benar berminat boleh hubungi saya di KLIK SINI

Saya Yakin dan Amat pasti ramai yang berminat untuk buat duit di eBay. Kepada mereka yang benar-benar sanggup berubah dan sanggup untuk mengubah kehidupan sahaja hubungi saya…

Sedikit jamuan mata anda untuk melihat hasil kajian dan jualan di eBay… selama 15 hari di eBay bulan 3..

KLIK pada Gambar untuk pembesaran Imej.. Thanks.. Bukan tujuan untuk menunjuk tetapi untuk menunjuk kita bukan sahaja membeli malah boleh menjual di eBay..

 Aku Benci Dan Agak Sukar Buat eBay Aku Benci Dan Agak Sukar Buat eBay

 Aku Benci Dan Agak Sukar Buat eBay

Lagu-lagu Yang Perlu Kita Hayati Dengan Mendalam Maksud Sebaliknya

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua… Semoga hari ini memberi seribu kerahmatan pada kita di pagi hari di bumi ALLAH ini..

Just ingin berkongsi dengan pembaca sekalian dengan lagu yang dikongsikan oleh rakan-rakan di Youtube.. Harap ia memberi seribu makna tersirat buat kita semua….

Cermin Mimpi – M Nasir

Nie pula senikata yang perlu kita layan & Fahami Maksud Lagu ini……..

Kekadang kita terlupa siapa diri kita sebenarnya. Lagu ini memaparkan kekeliruan diri. Tafsirlah bait bait lagu ini. Indah dan medalam maksud yang tersurat.

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Pak Long – Selagi Ada Rindu

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang
Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan
Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi
co
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu
Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana
Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia

Bukanlah tujuan saya untuk mengajar tuan-tuan semua.. Tetapi ia adalah satu perkara yang perlu kita selami bersama…. Harap ia memberi manfaat kepada semua!!!

Punca-Punca Penyebab Penyakit Malas.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!!

Apakah punca-punca yang menyebabkan kita malas? Seperti artikel saya yang lepas Malas Menyebabkan Kita Dalam Kerugian.

Apa yang menjadi Punca-Punca penyakit malas nieh??

1- Terlalu selesa dengan keadaan sekarang
2- Terlalu bergantung kepada orang sekeliling ( Emak,Abah,Adik-Beradik, Saudara-Mara)
3- Mengharapkan belas ekhsan orang lain.
4- Berada di Negara tersendiri dan mengharapkan Bantuan Penuh dari Kerajaan.

Apa yang menyebabkan menyebabkan kita menjadi begini? Seringku perhatikan pekerja asing di Bumi Bertuah Malaysia ini.

Pergi dan pulang kerja hanya dengan menaiki bas 11 (jalan kaki). Manakala kita menaiki kenderaan seperti kereta mahupun motosikal ( kos minyak dan kos penyelenggaraan).

Seperti juga dengan diriku ini pergi kerja menaiki kereta. Sering ku dengar rungutan dari teman-teman seperjuangan di pejabat dan rakan-rakan di luar.

Merungut dek kerana kepayahan yang melanda kehidupan sehari-hari. Apakah kita nieh masih lagi tidak bijak mencari peluang dan ruang di bumi tercinta ini?

Di mana silap dan salahnya kita apabila berada di bumi sendiri kita merempat dan sering meminta-minta?

Apakah dengan pekerjaan yang kita jalani hari ini tidak membawa kita kemana-mana?  Anda sendiri boleh lihat dengan kehidupan seharian anda.

Sudah pasti kita merasakan ada sahaja yang tidak mencukupi dengan pekerjaan dan juga perbelanjaan harian kita. Tetapi kita cukupkan juga.. Bukan?

Banyak peluang dan ruang yang terbentang di hadapan kita, cuma kita bijak atau tidak merebut peluang itu.

Mungkin peluang itu kita nampak nun jauh disana.. Tetapi rupanya hanya betul-betul berada dihadapan mata kita. Cuma ‘mata’ kita tidak dapat melihat peluang yang ada benar-benar di hadapan kita.

Jadi, setiap peluang itu bukanlah saya katakan ia terus anda rebut dan jalankan.

Banyak perkara dan benda yang perlu diambil kira. Sudah pasti ia memerlukan kos. Tidak kira kecil mahupun besar.

Jadi? Pastikan peluang yang tidak tidak ditolak mentah-mentah dan juga tidak diterima bulat-bulat.

Kita perlu tahu akan keupayaan serta bersesuaian dengan diri kita. Yang pasti ia bukanlah sesuatu yang singkat untuk kita beroleh kejayaan dengan hanya berangapan apabila kita merebut peluang itu kita telah pun berjaya.

ALLAH tidak akan memberi kita kesusahan dan kesenangan tanpa UJIAN dariNYA.

Mengapa? Supaya kita tidak alpha dan lupa akan keESAANNYA.. Nah!!! Jadi, jika apa yang telah anda usahakan membuahkan hasil.. Usahakan sedikit kerja keras…

Pasti ada buah mulut dan mereka yang tidak suka apa yang anda lakukan. Pada saya, selagi ia tidak melanggar perintah ALLAH dan HALAL. Apa lagi.. Ia adalah UJIAN dari ALLAH untuk menguji dengan melihat ketahanan mental kita.

Jika kita berjaya akan UJIAN dari ALLAH, saya pasti dan YAKIN anda boleh berjaya di dalam apa yang anda usahakan.

Salam kejayaan dari saya untuk anda… Teruskan usaha anda dan sentiasa memohon keredhaan dariNYA.


Benarkah MLM benar-benar membantu Anda Menjana Jutaan Ringgit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pasti tajuk kali ini agak hot sedikit. Bukan tujuan untuk kondem mahupun menyebelahi..

Ini merupakan pandangan peribadi saya sahaja. Tiada kaitan dengan sesiapa pun. Harap dengan ini kita membuka minda yang positif melihat ia dari ruang yang berada ada di ruang ‘neutral’.

Apa pun, ingin saya kongsikan statistik di bawah untuk perhatian dan pemerhatian kita yang diberikan oleh KPDNKK

JUMLAH SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG BATAL LESEN

Pelan Pemasaran

2005

2006

2007

2008

MLM

16

5

4

11

SLM

15

11

10

1

MO

-

1

-

-

SL&MO

-

1

-

-

Jumlah

31

18

14

12

BILANGAN SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG DILESENKAN DI BAWAH AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (SEHINGGA DISEMBER 2008)

BERBILANG TINGKAT

MLM

427

SATU TINGKAT

SLM

174

PESANAN POS

MO

37

SATU TINGKAT & PESANAN POS

SL/MO

32

JUMLAH

670

BILANGAN LESEN JUALAN LANGSUNG YANG SAH TAHUN 1997- 2008

Pemasaran

1997

1998

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

MLM

314

316

446

427

213

230

359

304

342

394

418

427

SLM

436

349

205

199

117

124

128

149

158

162

164

174

MO

-

-

82

69

31

28

38

37

37

36

37

37

SL&MO

-

-

32

17

24

31

29

31

32

30

31

32

Jumlah

750

665

765

712

385

413

554

521

569

622

650

670

PECAHAN NILAI JUALAN TAHUNAN MENGIKUT PELAN PEMASARAN

Jenis Pelan

2003

RM(juta)

2004

RM(juta)

2005

RM(juta)

2006

RM(juta)

2007

RM(juta)

Berbilang Tingkat (MLM)

3,023.9

3,934.5

3,853.9

5,211.2

3,838.3

Satu Tingkat (SL)

523.9

745.3

795.4

718.0

728.4

Satu Tingkat & Pesanan Pos (SL/MO)

1,288.1

626.5

1,966.7

2,107.7

1,064.6

Jumlah

4,835.9

5,306.3

6,616.0

8,036.9

Peratusan yang ada hanyalah sehingga tahun 2008 sahaja.. Itu pun jumlah yang menutup syarikat mereka jumlah yang pada saya sesuatu yang amat tinggi.. Namun, masih ada syarikat yang telah benar-benar kukuh dan lama bertapak di bumi bertuah Malaysia kita nie..

Jadi, lihat sahaja berapa pendapatan yang telah mereka jana melalui perniagaan MLM. Memang amat tinggi.. Jadi ruang dan pendapatan yang diperoleh amatlah tinggi.

Jadi, selagi kita sanggup untuk berniaga tidak kisah di arena perniagaan mana pun. Ruang untuk meperoleh pendapatan amatlah luas.

Cuma, jangan memperlekehkan apa yang orang lain usahakan. Mungkin dari segi FIZIKAL mereka hanya memiliki kereta @ rumah yang buruk. Tetapi mereka menjana pendapatan yang hebat dari kita.

Jadi, apa pun.. Teruskan perniagaan dan usaha kita di dalam memartabatkan maruah bangsa,keluarga dan AGAMA kita…

Gaya Mutu Keunggulan Sebenar Buat Duit Di eBay!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Pasti ramai tidak sabar dan menanti gaya mutu sebenar mendapat Duit melalui eBay!!!

Nie merupakan gaya sebenar bagaimana seorang eBayer ingin menjana income 5 angka dalam masa sebulan.

Buat listing sehingga 10,000 item dalam sebulan

Buat listing sehingga 5,000 item dalam sejam

Ketahui maklumat lanjut di http://www.rempitebayebook.com/index.php?ref=ijamidayu

Testi banner

“Banyak Teknik Pelik”

Umum maklum, aku pantang mengampu bila buat review…

Aku skeptikal dengan ebook Rempit eBay kau ni. Jadi, aku buka dan baca seperti juga eBook karangan orang lain serta cuba mencari kandungan yang mungkin “copy & paste” dari thread forum Diari Usahawan eBay Berhingus, tetapi hampa. Terkejut campur curious nak tahu lagi tu ada la.

Berani aku jamin, lebih 85% pendedahan Rempit eBay tidak pernah dikongsi oleh sesiapa. Baki 10% pernah dikongsi tetapi ramai terlepas pandang (siapa sanggup godek thread forum yang dah mencecah lebih 1,700 muka surat tu?) dan hanya kurang 5% mungkin diketahui ramai.

Banyak teknik baru yang aku sendiri terlepas pandang nak praktikkan. Betapa mudah dan produktifnya teknik Rempit eBay ini. Meskipun advanced tetapi simple. Hanya perlu mahirkan diri untuk copy dan paste data tertentu sahaja. Sesiapa pun boleh lakukan.

Selebihnya, merempit.
Maka, baca ayat berikut…

Aku boleh buat 100 listing item setiap jam secara manual. Kalau aku untung RM10 setiap item dengan kadar jualan 10% daripada listing tersebut, aku dah jana RM100. Hebat tak?

Orang kerja makan gaji pun payah boss dia nak bayar RM100 sejam…

Tapi, teknik Rempit eBay buat aku lebih tergamam. 1,000 ke 5,000 listing boleh dibuat dalam kurang sejam. Kalau kadar jualan 5% pun, senang-senang boleh jana minimum RM500. Bengang betul aku!

Banyak betul teknik pelik ko untuk merempit jualan di eBay. Memang patut feedback kau 2 kali ganda dan dapat Silver Powerseller dalam masa pantas. Aku makan asap aje, serius aku cemburu.

p/s: Saiful, aku harap tidak ramai yang akan beli ebook ni kerana teknik Rempit eBay tidak sepatutnya diketahui ramai. Bimbang ramai bakal usahawan eBay yang baru akan merempit lebih pantas meninggalkan kami yang old timer ni!

p/p/s: Aku bukan nak doakan jualan eBook kau ni merosot, tapi demi kepentingan periuk nasi komuniti usahawan eBay yang senior ni. Harap faham.

Ikhlas:
yusry
Yusry JomSeminar aka Tuah Emas aka Mansurbiz
Diari usahawan eBay Berhingus

“Rahsia Besar Teknik Membuat Senarai Jualan”

Sememangnya Rempit eBay berjaya mendedahkan rahsia besar teknik membuat senaraian jualan secara pantas yang digunakan oleh usahawan eBay yang bergelar expert. Untuk menjual dalam quantiti yang besar, teknik atau kemahiran istimewa diperlukan bagi memastikan kepelbagaian produk serta inventori jualan yang besar. Walaupun ebook ini tidak sesuai untuk Newbie yang baru belajar eBay, penulis ada mendedahkan rahsia supplier dropshipper yang saya sendiri belum pernah cuba sebelum ini. Tahniah Saiful kerana berjaya menghasilkan ebook yang mampu meningkatkan skill jualan di eBay.

sifulan Gaya Mutu Keunggulan Sebenar Buat Duit Di eBay!
sifu-lan
http://sifu-lan.com

“Belum Ada Pendedahan Bergambar Dalam Ebook Ebay Lain”

Salam hormat,
Ebook ini merupakan ebook yang amat berguna untuk mereka yang telah berjaya menghasilkan jualan di eBay dan penjual yang tidak tahu lagi bagaimana untuk membuat listing besar secara pantas.

Walaupun antara teknik listing yang diterangkan dalam ebook ini telah pun lama saya ketahui dan dipraktiskan ramai rakan saya yang menjual di eBay, namum belum ada lagi pendedahan secara bergambar di dalam mana-mana ebook niche eBay masa kini.

Bagaimanapun ia bukan satu penghalang buat newbie yang ingin mendapatkan infomasi berguna dan mahu belajar bagaimana expert eBayer membuat senaraian pantas di eBay.

noorizam Gaya Mutu Keunggulan Sebenar Buat Duit Di eBay!

Noorizam Shah
www.nsworkshop.com

“Lebih Kepada Teknik Advance!”

Maklumat di dalam ini tiada menyentuh tentang asas memulakan bisness di ebay dan membuka akaun paypal. Ia lebih kepada teknik advance. Jika anda baru tahu, mungkin ia sedikit memeningkan kepala. Bagus kepada sesiapa yang suka buat multi item. Lepas ni pakat berebut membeli 016 lah nampaknya.

Selamat Berniaga Semua..

P.S. : Saiful, aku tak leh review power2..nanti org cakap kroni-kroni plak..teruk ko kena hentam nanti..

noorizam

Shahraduan Shaari
www.shahraduan.com

“Kaedah Paling Pantas Dalam Bisnes Ebay”

“Terima kasih bro ucapkan kepada Saudara Saiful Nizam kerana telah menulis ebook Panduan & Teknik Advance Menjadi Expert eBay Seller ini. Kepada anda yang inginkan kaedah yang paling pantas didalam melakukan bisnes ebay, bro rasa inilah ebook yang paling sesuai untuk anda untuk dipraktikan“.

Selamat bereBay,

noorizam

Matzis Jusdi
http://matzis.com

Satu Kerugian Jika Dengan Talian Internet Anda Tidak Menjana Wang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung dan pembaca bijaksana FIrst Full Earn. Tanpa anda pasti adalah sukar untuk saya terus berkongsi ILMU yang ‘SEDIKIT’ dengan anda semua.

Duit Part Time Di Internet

Duit Part Time Di Internet

Saya seperti terpanggil untuk menulis sesuatu yang pada saya agak menarik kerana pengguna Internet sudah meningkat dari tahun ke tahun.

Jadi, adalah terpanggil untuk menulis sedikit yang pada saya adalah satu kerugian besar apabila kita mempunyai talian internet yang ‘pantas’ beserta komputer @ laptop yang latest tanpa mempunyai pendapatan yang dijadikan pendapatan tambahan.

Jadi, terpanggil untuk berkongsi dengan semua. Tanpa kemahiran IT yang tinggi pun kita mampu menjana wang melalui internet. Terlalu banyak peluang dan ruang jika kita bijak memilih dan memerhatikan peluang-peluang yang terbentang luas di hadapan kita.

Saya pasti jika kita ada :-

1- USAHA
2- Kerajinan
3- Kesungguhan

Pasti ALLAH akan membantu kita. Saya sendiri telah menghasilkan sebuah eBuku PERCUMA yang boleh anda download di http://www.firstfullearn.com/tipsoho

Harap dengan membaca penulisan saya yang lepas serta rakan-rakan blogger lain, membuka mata dan minda anda untuk menjana wang secara sambilan menggunakan medium internet.

Cepat Kaya ( SCK ) VS Lambat Kaya ( SLK )

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca bijaksana First Full Earn.

Pasti ada dikalangan tuan/puan menonton Bijak Wang yang berlintas langsung di TV 3. Ia adalah episode terakhir untuk kita semua.

Bijak Wang

Bijak Wang

Apa yang menarik minat saya adalah ia mengisahkan kes yang masih berlangsung sehingga sekarang. Iaitu SKIM Cepat Kaya ( SCK ) yang masih berleluasa dengan pelbagai cara untuk memperdaya kita semua yang rambang mata dengan perkara yang dibentangkan depan mata kita.

Terutama apabila mereka membawa Merc jenis SLK yang memukau bijik mata. Apa yang ingin saya coretkan disini bukanlah bagaimana untuk anda menjadi kaya dengan cepat.

Tetapi tujuan post ini ditulis adalah bertujuan untuk menyedarkan diri saya, dan berkongsi dengan tuan/puan berkenaan perkara ini. Tanpa kita saling mengingat pasti mereka ini akan mencari jalan untuk menghancurkan DUIT penat lelah kita selama ini.

Jadi, jika tuan/puan berjumpa dengan mereka elakkan diri tuan/puan. Bagaiamana tuan/puan boleh mengenali mereka ini dari SCK ini? Antaranya adalah :-

1- Menawarkan pulangan yang besar dalam masa yang amat singkat. Ia terlalu tinggi dan melebihi pulangan dari perbankkan di Malaysia.

2- Mereka ada dari kalangan sahabat handai,saudara mara, orang yag tidak dikenali dan juga baru dikenali. Elakkan diri anda dari di paksa untuk menandatangani apa-apa perjanjian. Jika mereka mendesak, pasti ada sesuatu yang boleh anda perhatikan apa maksud sebenar mereka.

3- Mengajak anda berjumpa tanpa memberi tahu tujuan sebenar mereka mengajak anda minum. Elakkan dengan menolak cara baik.

4- Membawa orang lain bersama mereka yang menaiki kereta mewah serta berpakaian segak dan kemas. Memakai barang-barang berharga dan menunjuk-nunjuk.

5- Menyertai perniagaan mereka tanpa perlu menjual. Anda hanya keluar modal dan tunggu setiap bulan masuk tanpa perlu mencari pelanggan dan juga mencari rakan kongsi. ( Apakah ini dinamakan perniagaan? Tiada urusan jual dan beli. Tetapi anda mendapat pulangan setiap bulan? Syarikat mana yang mampu buat begini? Jika ada, saya YAKIN dan PASTI ramai rakyat MALAYSIA  tidak ada yang berada di garisan keMISKINan.. ) Wakil rakyat tidak diperlukan. Kerana rakyat MALAYSIA mampu buat semua dengan DUIT mereka sendiri..

Ini adalah antaranya, tidak saya nafikan ada yang sanggup bersumpah atas nama ALLAH S.W.T untuk memastikan kita mengeluarkan WANG untuk menyertai SKIM mereka.

Elakkan diri anda dari menyertai sesuatu yang anda kurang yakin dan tidak pasti HALAL dan HARAMNYA! Elakkan dari diri anda dimurakai oleh ALLAH. Elakkan dari sesuautu yang memberi anda mushibah di kemudian hari.

Saya tahu, semua orang mengalami kesukaran didalam menghadapi cabaran da dugaan kehidupan semasa. Adakah dengan menyertai mereka tuan/puan benar-benar YAKIN masalah tuan/puan akan selesai?!!!

Oleh itu nasihat saya!! Langkah-langkah tuan/puan perlu lakukan adalah :-

1- Menuntut ILMU.

2- Mengamalkan ILMU yang bermanfaat

3- Menguruskan WANG anda dengan bijak..

Ini adalah beberapa perkongsian dari saya untuk tuan/puan supaya tidak terjebak dalam kancah ini. Harap ia memberi manfaat pada semua. Harap ia juga pesanan berharga buat saya kelak…

Mengapa Dan Kenapa Perniagaan Internet Menjadi Pilihan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca bijaksana First Full Earn.

Masalah/ Problem Yang Menghantui Anda

Masalah/ Problem Yang Menghantui Anda

Fuh,… Semakin hari semakin mencabar hidup ini bukan? Harga minyak yang diwar-warkan akan ditarik balik subsidi oleh kerajaan.

Adakah ia memberi kesan kepada harga barang yang PASTI akan meningkat secara mendadak..

Adakah GAJI Bulanan anda juga akan mendadak NAIK? Adakah anda dapat bertahan menangani perkara ini?

Apakah pilihan yang anda ada untuk menghindari atau menyediakan diri untuk menghadapi dugaan ini kelak?

Apa pilihan-pilihan yang anda akan pilih?

1- Balik kampong

2- Tambah kerja pasrt time yang sedia ada.

3- Membuat kerja lebih masa dari sekarang

4- Membuat perniagaan sambilan

Balik Kampong

Adakah dengan balik kampong masalah ini dapat diatasi? Adakah di kampong halaman anda harga barang tidak merasa kesan beban nie..

Menambah kerja Part Time

Adakah pekerjaan ‘part time’ anda tidak cukup lagi? Ingin tambah kerja tambahan untuk menampung kos-kos yang bakal meningkat?

Adakah pendapatan anda akan dapat menampung kehidupan anda dengan menambah pekerjaan ‘part time’. Adakah badan anda mampu menahan kerja-kerja yang bertambah ini.

Adakah ini tidak menjejaskan pekerjaan UTAMA anda? Jadi.. Adakah pilihan ini pilihan yang sesuai?

Kerja Lebih Masa a.k.a Overtime ( OT ) dari sekarang

Adakah ia akan menyelesaikan masalah? Adakah syarikat anda membayar penuh atas kerja lebih masa yang anda lakukan?

Adakah syarikat anda tidak mengalami sebarang tekanan atas permasalahan ini?

Membuat Perniagaan Sambil ( Online / Offline Business )

Ini antara pilihan yang saya amat syorkan.. Mengapa? Kerana pada saya, ia adalah sesuatu yang dibawah seliaan kita sendiri.

Memang, statistik yang agak menakutkan iaitu 90% ramai Usahawan Gagal pada tahun PERTAMA!!!

Jadi? Adakah ia akan membuat anda untuk tidak mencuba menjadi 10 % dari mereka pada tahun PERTAMA yang BERJAYA??!!

Hah!!! Pilihan yang amat menjadi syor saya, adalah SOHO. Mengapa?

1- Kos permulaan yang rendah

2- Kos permulaan yang hanya di rumah

3- Menggunakan sumber-sumber yang ada dirumah

Nampak bukan? Perbezaan di antara kerja lebih masa, tambah part time job anda..

Pilihan SOHO dirumah adalah antara perkara yang semakin disertai oleh Malaysian people.

Mulakan secara sambilan dahulu. ( Psst… Irfan Khairi pun bermula secara sambilan tau!! )

Jadi, inilah pilihan bijak yang anda MESTI PILIH!!! ( Macam iklan bank rakyat da.. )

Apa reletednya tajuk dengan apa yang saya sharekan?

Fakta penting Perniagaan Internet Patut Menjadi PILIHAN ANDA!!!

1- Bekerja tanpa perlu keluar dari kawasan rumah.

2- Tempat kerja anda bebas, sama ada dirumah mahupun di Starbuck sambil minum kopi.. Nak lepak kat taman-taman pun boleh.. ( Mesti ada talian internet kompom )

3- Boleh bekerja sambil mendapat bantuan dari Family yang tersayang.

Oklah.. Hope dengan perkongsian 3 Fakta PENTING nie.. Tuan/puan mendapat gambaran lebih jelas akan perkara SOHO nie..

p/s: Nak TIPSOHO PERCUMA.. Layari http://www.firstfullearn.com/tipsoho

Memulakan Perniagaan. Adakah SUkar? Terutama Perniagaan Internet!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca First Full Earn.

Image Hosted by ImageShack.us
Fuh.. Semakin hari semakin banyak dugaan.. ( Siapa kata hidup ini mudah!! ) Apa pun, hidup ini perlu diteruskan…. Jadi, bagaimana anda meneruskan perniagaan dan kehidupan anda?

Adakah ia semakin hari semakin sukar untuk menghadapi kehidupan pada era ini? Apakah yang membuat ia sukar? Jadi? Apakah jalan penyelesaian yang anda pilih untuk melakukan untuk memastikan hari-hari anda tidak sesukar sekarang?! ( Untuk diriku jua pesanan ini.. )

Oklah, pasti ramai yang sedar akan perniagaan internet sudah ramai yang bina? Semakin hari semakin ramai yang mula meminati arena ini disebabkan kita telah didedahkan sejak kemunculan Irfan Khairi ( IK ) pada tahun 2004 dengan Buku keluaran Millionaire Planets iaitu Syarikat Azizi Ali.

Tetapi apakah tindakan anda selepas mengetahui tentang RAHSIA yang dikongsikan oleh IK? Adakah kehidupan anda sejak 2004 sehingga sekarang masih sama? Apakah tindakan yang telah kita lakukan selepas mengetahui Rahsia-Rahsia ini?

Saya pasti ramai yang telah berjaya setelah mendapat maklumat melalui buku IK tersebut. Tetapi tidak kurang juga yang masih tersangkut-sangkut, malah tidak kurang juga yang telah berputus asa kerana tidak menjadi seperti yang diharapkan…

Adakah sukar untuk ’set up’ perniagaan internet anda ini? Adakah ia begitu sukar sekali untuk menjana wang melalui perniagaan internet ini?

Ini jawapan saya kepada rakan-rakan sekalian,..

1- Memang agak sukar

Mengapa saya katakan ia sukar? Sudah pasti ia sukar dengan hanya membeli sebuah buku berharga RM 39.90 ini anda sudah boleh menjadi JUTAWAN INTERNET hanya dalam masa sebulan!!

Ianya adalah kurangnya ILMU, sudah pasti kita agak sukar untuk menggapai awan itu. ( Agak sukar ya bukan sukar.. )

ILMU itu harus didalami dan juga di praktikkan. Jika anda pergi ke 10 bengkel membina website dan buat duit melalui internet, tetapi anda melaksanakan apa yang ILMU anda pelajari. Adakah ini semua salah penulis buku, penganjur Bengkel tersebut?

Sudah pasti ia perlu berjalan seiring PERLAKSANAAN bersama ILMU yang dipelajari. Ini untuk memastikan ia tidak sesat dihujung jalan..

2- Agak Mudah

Jika anda melakukan kajian, membaca, menuntut ILMU dan melaksanakan apa yang anda dapat dari ILMU melalui Ebook, buku atau seminar/bengkel. SUdah pasti ia agak mudah kerana anda telah ditunjukkan cara satu persatu oleh mereka yang dahulu melakukan perniagaan internet sebelum anda.

Setiap perkara sama ada memasak ia memerlukan :-

i- ILMU

ii- Kesungguhan

iii- Minat

SUdah pasti tanpa 3 perkara ASAS ini, pasti ia agak sukar untuk anda melakukan sesuatu itu dengan berjaya dan menepati piawaian yang dikehendaki. ( Iaitu menjadi JUTAWAN INTERNET )

Oklah, hope sedikit perkongsian RINGKAS saya ini akan dapat dikongsi dan dimanfaat oleh saya dan juga tuan/puan.


 Powered by Max Banner Ads 
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline