Sumber Rujukan ILMIAH

Lagu-lagu Yang Perlu Kita Hayati Dengan Mendalam Maksud Sebaliknya

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua… Semoga hari ini memberi seribu kerahmatan pada kita di pagi hari di bumi ALLAH ini..

Just ingin berkongsi dengan pembaca sekalian dengan lagu yang dikongsikan oleh rakan-rakan di Youtube.. Harap ia memberi seribu makna tersirat buat kita semua….

Cermin Mimpi – M Nasir

Nie pula senikata yang perlu kita layan & Fahami Maksud Lagu ini……..

Kekadang kita terlupa siapa diri kita sebenarnya. Lagu ini memaparkan kekeliruan diri. Tafsirlah bait bait lagu ini. Indah dan medalam maksud yang tersurat.

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Pak Long – Selagi Ada Rindu

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang
Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan
Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi
co
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu
Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana
Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia

Bukanlah tujuan saya untuk mengajar tuan-tuan semua.. Tetapi ia adalah satu perkara yang perlu kita selami bersama…. Harap ia memberi manfaat kepada semua!!!

Punca-Punca Penyebab Penyakit Malas.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!!

Apakah punca-punca yang menyebabkan kita malas? Seperti artikel saya yang lepas Malas Menyebabkan Kita Dalam Kerugian.

Apa yang menjadi Punca-Punca penyakit malas nieh??

1- Terlalu selesa dengan keadaan sekarang
2- Terlalu bergantung kepada orang sekeliling ( Emak,Abah,Adik-Beradik, Saudara-Mara)
3- Mengharapkan belas ekhsan orang lain.
4- Berada di Negara tersendiri dan mengharapkan Bantuan Penuh dari Kerajaan.

Apa yang menyebabkan menyebabkan kita menjadi begini? Seringku perhatikan pekerja asing di Bumi Bertuah Malaysia ini.

Pergi dan pulang kerja hanya dengan menaiki bas 11 (jalan kaki). Manakala kita menaiki kenderaan seperti kereta mahupun motosikal ( kos minyak dan kos penyelenggaraan).

Seperti juga dengan diriku ini pergi kerja menaiki kereta. Sering ku dengar rungutan dari teman-teman seperjuangan di pejabat dan rakan-rakan di luar.

Merungut dek kerana kepayahan yang melanda kehidupan sehari-hari. Apakah kita nieh masih lagi tidak bijak mencari peluang dan ruang di bumi tercinta ini?

Di mana silap dan salahnya kita apabila berada di bumi sendiri kita merempat dan sering meminta-minta?

Apakah dengan pekerjaan yang kita jalani hari ini tidak membawa kita kemana-mana?  Anda sendiri boleh lihat dengan kehidupan seharian anda.

Sudah pasti kita merasakan ada sahaja yang tidak mencukupi dengan pekerjaan dan juga perbelanjaan harian kita. Tetapi kita cukupkan juga.. Bukan?

Banyak peluang dan ruang yang terbentang di hadapan kita, cuma kita bijak atau tidak merebut peluang itu.

Mungkin peluang itu kita nampak nun jauh disana.. Tetapi rupanya hanya betul-betul berada dihadapan mata kita. Cuma ‘mata’ kita tidak dapat melihat peluang yang ada benar-benar di hadapan kita.

Jadi, setiap peluang itu bukanlah saya katakan ia terus anda rebut dan jalankan.

Banyak perkara dan benda yang perlu diambil kira. Sudah pasti ia memerlukan kos. Tidak kira kecil mahupun besar.

Jadi? Pastikan peluang yang tidak tidak ditolak mentah-mentah dan juga tidak diterima bulat-bulat.

Kita perlu tahu akan keupayaan serta bersesuaian dengan diri kita. Yang pasti ia bukanlah sesuatu yang singkat untuk kita beroleh kejayaan dengan hanya berangapan apabila kita merebut peluang itu kita telah pun berjaya.

ALLAH tidak akan memberi kita kesusahan dan kesenangan tanpa UJIAN dariNYA.

Mengapa? Supaya kita tidak alpha dan lupa akan keESAANNYA.. Nah!!! Jadi, jika apa yang telah anda usahakan membuahkan hasil.. Usahakan sedikit kerja keras…

Pasti ada buah mulut dan mereka yang tidak suka apa yang anda lakukan. Pada saya, selagi ia tidak melanggar perintah ALLAH dan HALAL. Apa lagi.. Ia adalah UJIAN dari ALLAH untuk menguji dengan melihat ketahanan mental kita.

Jika kita berjaya akan UJIAN dari ALLAH, saya pasti dan YAKIN anda boleh berjaya di dalam apa yang anda usahakan.

Salam kejayaan dari saya untuk anda… Teruskan usaha anda dan sentiasa memohon keredhaan dariNYA.


Cepat Kaya ( SCK ) VS Lambat Kaya ( SLK )

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca bijaksana First Full Earn.

Pasti ada dikalangan tuan/puan menonton Bijak Wang yang berlintas langsung di TV 3. Ia adalah episode terakhir untuk kita semua.

Bijak Wang

Bijak Wang

Apa yang menarik minat saya adalah ia mengisahkan kes yang masih berlangsung sehingga sekarang. Iaitu SKIM Cepat Kaya ( SCK ) yang masih berleluasa dengan pelbagai cara untuk memperdaya kita semua yang rambang mata dengan perkara yang dibentangkan depan mata kita.

Terutama apabila mereka membawa Merc jenis SLK yang memukau bijik mata. Apa yang ingin saya coretkan disini bukanlah bagaimana untuk anda menjadi kaya dengan cepat.

Tetapi tujuan post ini ditulis adalah bertujuan untuk menyedarkan diri saya, dan berkongsi dengan tuan/puan berkenaan perkara ini. Tanpa kita saling mengingat pasti mereka ini akan mencari jalan untuk menghancurkan DUIT penat lelah kita selama ini.

Jadi, jika tuan/puan berjumpa dengan mereka elakkan diri tuan/puan. Bagaiamana tuan/puan boleh mengenali mereka ini dari SCK ini? Antaranya adalah :-

1- Menawarkan pulangan yang besar dalam masa yang amat singkat. Ia terlalu tinggi dan melebihi pulangan dari perbankkan di Malaysia.

2- Mereka ada dari kalangan sahabat handai,saudara mara, orang yag tidak dikenali dan juga baru dikenali. Elakkan diri anda dari di paksa untuk menandatangani apa-apa perjanjian. Jika mereka mendesak, pasti ada sesuatu yang boleh anda perhatikan apa maksud sebenar mereka.

3- Mengajak anda berjumpa tanpa memberi tahu tujuan sebenar mereka mengajak anda minum. Elakkan dengan menolak cara baik.

4- Membawa orang lain bersama mereka yang menaiki kereta mewah serta berpakaian segak dan kemas. Memakai barang-barang berharga dan menunjuk-nunjuk.

5- Menyertai perniagaan mereka tanpa perlu menjual. Anda hanya keluar modal dan tunggu setiap bulan masuk tanpa perlu mencari pelanggan dan juga mencari rakan kongsi. ( Apakah ini dinamakan perniagaan? Tiada urusan jual dan beli. Tetapi anda mendapat pulangan setiap bulan? Syarikat mana yang mampu buat begini? Jika ada, saya YAKIN dan PASTI ramai rakyat MALAYSIA  tidak ada yang berada di garisan keMISKINan.. ) Wakil rakyat tidak diperlukan. Kerana rakyat MALAYSIA mampu buat semua dengan DUIT mereka sendiri..

Ini adalah antaranya, tidak saya nafikan ada yang sanggup bersumpah atas nama ALLAH S.W.T untuk memastikan kita mengeluarkan WANG untuk menyertai SKIM mereka.

Elakkan diri anda dari menyertai sesuatu yang anda kurang yakin dan tidak pasti HALAL dan HARAMNYA! Elakkan dari diri anda dimurakai oleh ALLAH. Elakkan dari sesuautu yang memberi anda mushibah di kemudian hari.

Saya tahu, semua orang mengalami kesukaran didalam menghadapi cabaran da dugaan kehidupan semasa. Adakah dengan menyertai mereka tuan/puan benar-benar YAKIN masalah tuan/puan akan selesai?!!!

Oleh itu nasihat saya!! Langkah-langkah tuan/puan perlu lakukan adalah :-

1- Menuntut ILMU.

2- Mengamalkan ILMU yang bermanfaat

3- Menguruskan WANG anda dengan bijak..

Ini adalah beberapa perkongsian dari saya untuk tuan/puan supaya tidak terjebak dalam kancah ini. Harap ia memberi manfaat pada semua. Harap ia juga pesanan berharga buat saya kelak…

Mengapa Dan Kenapa Perniagaan Internet Menjadi Pilihan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca bijaksana First Full Earn.

Masalah/ Problem Yang Menghantui Anda

Masalah/ Problem Yang Menghantui Anda

Fuh,… Semakin hari semakin mencabar hidup ini bukan? Harga minyak yang diwar-warkan akan ditarik balik subsidi oleh kerajaan.

Adakah ia memberi kesan kepada harga barang yang PASTI akan meningkat secara mendadak..

Adakah GAJI Bulanan anda juga akan mendadak NAIK? Adakah anda dapat bertahan menangani perkara ini?

Apakah pilihan yang anda ada untuk menghindari atau menyediakan diri untuk menghadapi dugaan ini kelak?

Apa pilihan-pilihan yang anda akan pilih?

1- Balik kampong

2- Tambah kerja pasrt time yang sedia ada.

3- Membuat kerja lebih masa dari sekarang

4- Membuat perniagaan sambilan

Balik Kampong

Adakah dengan balik kampong masalah ini dapat diatasi? Adakah di kampong halaman anda harga barang tidak merasa kesan beban nie..

Menambah kerja Part Time

Adakah pekerjaan ‘part time’ anda tidak cukup lagi? Ingin tambah kerja tambahan untuk menampung kos-kos yang bakal meningkat?

Adakah pendapatan anda akan dapat menampung kehidupan anda dengan menambah pekerjaan ‘part time’. Adakah badan anda mampu menahan kerja-kerja yang bertambah ini.

Adakah ini tidak menjejaskan pekerjaan UTAMA anda? Jadi.. Adakah pilihan ini pilihan yang sesuai?

Kerja Lebih Masa a.k.a Overtime ( OT ) dari sekarang

Adakah ia akan menyelesaikan masalah? Adakah syarikat anda membayar penuh atas kerja lebih masa yang anda lakukan?

Adakah syarikat anda tidak mengalami sebarang tekanan atas permasalahan ini?

Membuat Perniagaan Sambil ( Online / Offline Business )

Ini antara pilihan yang saya amat syorkan.. Mengapa? Kerana pada saya, ia adalah sesuatu yang dibawah seliaan kita sendiri.

Memang, statistik yang agak menakutkan iaitu 90% ramai Usahawan Gagal pada tahun PERTAMA!!!

Jadi? Adakah ia akan membuat anda untuk tidak mencuba menjadi 10 % dari mereka pada tahun PERTAMA yang BERJAYA??!!

Hah!!! Pilihan yang amat menjadi syor saya, adalah SOHO. Mengapa?

1- Kos permulaan yang rendah

2- Kos permulaan yang hanya di rumah

3- Menggunakan sumber-sumber yang ada dirumah

Nampak bukan? Perbezaan di antara kerja lebih masa, tambah part time job anda..

Pilihan SOHO dirumah adalah antara perkara yang semakin disertai oleh Malaysian people.

Mulakan secara sambilan dahulu. ( Psst… Irfan Khairi pun bermula secara sambilan tau!! )

Jadi, inilah pilihan bijak yang anda MESTI PILIH!!! ( Macam iklan bank rakyat da.. )

Apa reletednya tajuk dengan apa yang saya sharekan?

Fakta penting Perniagaan Internet Patut Menjadi PILIHAN ANDA!!!

1- Bekerja tanpa perlu keluar dari kawasan rumah.

2- Tempat kerja anda bebas, sama ada dirumah mahupun di Starbuck sambil minum kopi.. Nak lepak kat taman-taman pun boleh.. ( Mesti ada talian internet kompom )

3- Boleh bekerja sambil mendapat bantuan dari Family yang tersayang.

Oklah.. Hope dengan perkongsian 3 Fakta PENTING nie.. Tuan/puan mendapat gambaran lebih jelas akan perkara SOHO nie..

p/s: Nak TIPSOHO PERCUMA.. Layari http://www.firstfullearn.com/tipsoho

Apakah Itu SOHO? Apa kaitan dengan Hidup ANDA??!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca bijaksana First Full Earn blog.

Hari ke hari, semangat aku semakin pulih selepas kehilangan penulisanku yang hampir ku tulis dalam masa 2 tahun.

Small Office Home Office

Small Office Home Office ( Bukan hat saya ) HUheuehuehueh

Tetapi memang ditakdirkan ia bukan milikku ia pasti bukan tetap dalam milikku. Ini adalah lumrah kehidupan kita seharian. Cuma kita perlu sedar dan menerima hakikat itu apabila ia menimpa kita.

Jadi apa kaitan tajuk dengan apa yang saya mula merapek nie.. Huehuehuehuee.. Oklah, saban hari kita disuapkan dengan pelbagai benda yang mengatakn kebaikan SOHO.. Apa itu SOHO? Ada yang mula bertanya.. SOHO pun tak tahu nak suruh aku buat.. Psst.. Nie maksud SOHO kawan-kawan.. ( Small Office Home Office )

Oklah, semakin hari semakin ramai yang telah ada komputer paling tidak dan yang pasti semakin ramai menggunakan internet. Betul? Dengan kadar promosi yang menjadi-jadi dan kerajaan mendapat kritikan dari pelabur Australia berkenaan talian internet Malaysia yang ’slow giloz’ . Pasti lepas nie ia akan laju.

Dengan keadaan sekarang pun, semakin ramai rakyat Malaysia yang mampu memasang talian internet di rumah masing-masing. TIdak kira menggunakan ‘wired’ @ ‘potong’ WIrelesss..

Oklah,sekarang hampir pasti semua rumah di Malaysia ada talian internet dan komputer. Apakah kaitannya dengan anda?

Ha… Inilah yang saya ingin sentuh dan kongsikan sedikit dengan tuan/puan. Oklah, jika kita mempunyai semua talian internet dan komputer desktop. Apa lagi yang tidak mampu kita jana wang melalui internet?

APa yang menyebabkan kita masih tidak menjana wang walau RM 1 di internet? Apa yang menyebabkan anda terus gagal… Ia adalah kerana, anda tidak mahu mencuba… Just try on it.. But.. Perlu ada ILMU untuk melakukannya…

ILMU boleh dicari, yang penting kita perlu ada minat di dalam apa yang kita lakukan. Sering kali kita mencuba sesuatu kerana minat pada DUIT bukan? Cuba lihat dahulu melalui pespektif minat yang lain dahulu. Kerana pada saya, jika kita melakukan kerana minat terhadap DUIT..

Pasti anda akan merana kelak.. Ikutlah apa yang cuba saya sampaikan. Ini adalah antara kata-kata Jutawan Internet.. (IK ) mengapa dan kenapa kita harus melakukan kepada sesuatu yang benar-benar kita minat?

Jika kita melakukan sesuatu kerana benda yang kita minat. Pasti ia akan lebih tahan lama, kerana kita tidak menganggap ia adalah satu bebanan kepada kita kerana kita seronok melakukan apa yang kita minat.

Jadi, ( apa persoalan releted ngan situasi kehidupan kita sekarang )..  Huheuehuehue.. Pasti ramai yang hanginkan.. Tajuk lain… Isi pun agak lainkan. Takpalah.. Apa pun, hope anda terus enjoy apa yang anda lakukan..

Jumpa lagi di warkah yang lain pula.. MAu tidoq selepas listing 3 item dan keletihan sebab baru siap pasang pameran kat KDN. Huhhuhuu.. Apa pun, jangan lepaskan peluang buat duit Pertama anda di internet..


 Powered by Max Banner Ads 
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline