Sumber Rujukan ILMIAH

Cepat Kaya ( SCK ) VS Lambat Kaya ( SLK )

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca bijaksana First Full Earn.

Pasti ada dikalangan tuan/puan menonton Bijak Wang yang berlintas langsung di TV 3. Ia adalah episode terakhir untuk kita semua.

Bijak Wang

Bijak Wang

Apa yang menarik minat saya adalah ia mengisahkan kes yang masih berlangsung sehingga sekarang. Iaitu SKIM Cepat Kaya ( SCK ) yang masih berleluasa dengan pelbagai cara untuk memperdaya kita semua yang rambang mata dengan perkara yang dibentangkan depan mata kita.

Terutama apabila mereka membawa Merc jenis SLK yang memukau bijik mata. Apa yang ingin saya coretkan disini bukanlah bagaimana untuk anda menjadi kaya dengan cepat.

Tetapi tujuan post ini ditulis adalah bertujuan untuk menyedarkan diri saya, dan berkongsi dengan tuan/puan berkenaan perkara ini. Tanpa kita saling mengingat pasti mereka ini akan mencari jalan untuk menghancurkan DUIT penat lelah kita selama ini.

Jadi, jika tuan/puan berjumpa dengan mereka elakkan diri tuan/puan. Bagaiamana tuan/puan boleh mengenali mereka ini dari SCK ini? Antaranya adalah :-

1- Menawarkan pulangan yang besar dalam masa yang amat singkat. Ia terlalu tinggi dan melebihi pulangan dari perbankkan di Malaysia.

2- Mereka ada dari kalangan sahabat handai,saudara mara, orang yag tidak dikenali dan juga baru dikenali. Elakkan diri anda dari di paksa untuk menandatangani apa-apa perjanjian. Jika mereka mendesak, pasti ada sesuatu yang boleh anda perhatikan apa maksud sebenar mereka.

3- Mengajak anda berjumpa tanpa memberi tahu tujuan sebenar mereka mengajak anda minum. Elakkan dengan menolak cara baik.

4- Membawa orang lain bersama mereka yang menaiki kereta mewah serta berpakaian segak dan kemas. Memakai barang-barang berharga dan menunjuk-nunjuk.

5- Menyertai perniagaan mereka tanpa perlu menjual. Anda hanya keluar modal dan tunggu setiap bulan masuk tanpa perlu mencari pelanggan dan juga mencari rakan kongsi. ( Apakah ini dinamakan perniagaan? Tiada urusan jual dan beli. Tetapi anda mendapat pulangan setiap bulan? Syarikat mana yang mampu buat begini? Jika ada, saya YAKIN dan PASTI ramai rakyat MALAYSIA  tidak ada yang berada di garisan keMISKINan.. ) Wakil rakyat tidak diperlukan. Kerana rakyat MALAYSIA mampu buat semua dengan DUIT mereka sendiri..

Ini adalah antaranya, tidak saya nafikan ada yang sanggup bersumpah atas nama ALLAH S.W.T untuk memastikan kita mengeluarkan WANG untuk menyertai SKIM mereka.

Elakkan diri anda dari menyertai sesuatu yang anda kurang yakin dan tidak pasti HALAL dan HARAMNYA! Elakkan dari diri anda dimurakai oleh ALLAH. Elakkan dari sesuautu yang memberi anda mushibah di kemudian hari.

Saya tahu, semua orang mengalami kesukaran didalam menghadapi cabaran da dugaan kehidupan semasa. Adakah dengan menyertai mereka tuan/puan benar-benar YAKIN masalah tuan/puan akan selesai?!!!

Oleh itu nasihat saya!! Langkah-langkah tuan/puan perlu lakukan adalah :-

1- Menuntut ILMU.

2- Mengamalkan ILMU yang bermanfaat

3- Menguruskan WANG anda dengan bijak..

Ini adalah beberapa perkongsian dari saya untuk tuan/puan supaya tidak terjebak dalam kancah ini. Harap ia memberi manfaat pada semua. Harap ia juga pesanan berharga buat saya kelak…


 Powered by Max Banner Ads 
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline