Sumber Rujukan ILMIAH

MALAS MENYEBABKAN KITA DALAM KEADAAN KERUGIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Fuh.. Tajuk jer begitu membuat saya takut akan perkara nie.. Pasal rasa ‘MALAS’ ini kekadang hadir membuatkan kerja yang mudah tertunggak begitu lama…

Fuh… Apa yang selalu anda lakukan jika perkara ini melanda diri anda? Adakah terus melayan perasaan ‘Malas’ menyelubungi diri..?

“Malas berpunca dari kita terlalu selesa dengan keadaan semasa kita (zon selesa/comfort zone). Untuk keluar dari zon selesa kita, kita akan rasa berat dan susah. Ini adalah normal bagi semua orang- setiap kali kita nak keluar dari zon selesa kita, secara psychology akan menarikkan kita kembali ke zon selesa.

Sebagai contoh, sekiranya anda rajin membaca buku 30 minit sehari sahaja. Lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa anda). Anda perlu paksa diri anda keluar dari zon selesa itu secara perlahan… mungkin baca selama 45 minit. Sehingga suatu masa nanti, zon selesa anda akan berada pada tahap 45 minit. Apabila ingin membaca lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa baru). Apa yang anda perlu lakukan adalah ulangi langkah sehingga anda mencipta zon selesa baru.

Berita baiknya adalah, zon selesa manusia berubah-ubah. Apa yang anda perlu lakukan adalah keluar dari zon selesa tersebut secara sedikit-demi sedikit dan pegang pada keadaan semasa yang baru. Lama kelamaan, zon selesa anda akan mengubah mengikut keadaan semasa anda.”

Petikan Blog Irfan Khairi

Lihat bagaimana pemikiran JUTAWAN? Berbeza bukan? Adakah kita ingin menjadi JUTAWAN?

Jadi, ambil tindakan segera… Tahu bila petikan ini ditulis?? 2006 Berapa tahun? 4 tahun yang lepas.. Jadi? Mengapa kita masih di sini? Manakala Irfan Khairi semakin dikenali seantero Malaysia?

Ini adalah pada sikap dan komitmen yang beliau berikan pada dirinya.. Apa pun, ia masih belum terlewat jika kita mula bertindak sekarang!

Ayuh kita ubah diri kita menjadi lebih baik dari semalam. Kehidupan ini boleh diubah jika benar-benar ingin berubah…

Semoga apa yang menjadi perancangan kita akan terus mendapat barakah dan ‘persetujuan’ dari ALLAH..


 Powered by Max Banner Ads 
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline