Sumber Rujukan ILMIAH

Aku Benci Dan Agak Sukar Buat eBay

Assallamualaikum dan salam sejahtera semua..

Semalam pergi ke klinik kerana berlaku kebengkakan di belakang telinga. Owh.. Mendapat obat makan beserta ubat untuk di sapu. Jika masih tidak kekurangan pasti ia akan mendapat ‘bedahan’ kecil untuk membuang air bisa..

Adakah anda telah memulakan perniagaan ebay? Jika belum dan ingin belajar.. Mulakan sekarang.. Mengapa? Ia adalah lubuk duit yg pasti anda tidak sedar sampai Sampah juga boleh dibekalkan.. Nah!! Bukan lubuk duit lagik?

Tapi ramai yang malas dan telah putus asa.. Jadi, kepada seller baru.. Abaikan ler juai barang kat eBay.. Pasai ia akan membunag masa anda.. Mengapa? Nie antara ulasan saya..

1- Malas membaca pasti tidak kemana

2- Malas nak ulangkaji / buat kaji selidik

3- Tidak berani hadapi dugaan dan cabara.

4- Takut keluar modal

Jadi jika perkara ini ada dalam diri anda.. Jauhkan diri dari perniagaan eBay kerana ADMIN mereka amatlah ‘kejam’. Jadi, kalo belum mula melangkah dan takut nak melangkah..

Teruskan pekerjaan harian anda.. jangan harap anda akan berubah. Saya tidak tahu dan pasti di mana minat anda..

Apa yang pasti anda perlu berusaha bersungguh untuk mendapatkan apa yang anda hajati. Apa pun yang ingin anda jalani dan pelajari.. Jumpalah mereka yang telah buat duit di eBay.

Alhamdulillah selepas beberapa kali mencuba dan melakukan ‘try n error’ saya menjumpai key yang berjaya meningkatkan perniagaan eBay saya.

Rezeki dari ALLAH Maha Hebat. Sehingga saya tidak sangka ia menjadi sebegitu jika dengan IZINNYA kita akan dapat.

Jadi, saya dengan ini cuba berkongsi pengalaman saya dengan mereka yang benar-benar untuk “BUAT DUIT DI EBAY”.

Ini adalah tawaran terhad dan limited. Kepada yang benar-benar berminat boleh hubungi saya di KLIK SINI

Saya Yakin dan Amat pasti ramai yang berminat untuk buat duit di eBay. Kepada mereka yang benar-benar sanggup berubah dan sanggup untuk mengubah kehidupan sahaja hubungi saya…

Sedikit jamuan mata anda untuk melihat hasil kajian dan jualan di eBay… selama 15 hari di eBay bulan 3..

KLIK pada Gambar untuk pembesaran Imej.. Thanks.. Bukan tujuan untuk menunjuk tetapi untuk menunjuk kita bukan sahaja membeli malah boleh menjual di eBay..

 Aku Benci Dan Agak Sukar Buat eBay Aku Benci Dan Agak Sukar Buat eBay

 Aku Benci Dan Agak Sukar Buat eBay

Punca-Punca Penyebab Penyakit Malas.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!!

Apakah punca-punca yang menyebabkan kita malas? Seperti artikel saya yang lepas Malas Menyebabkan Kita Dalam Kerugian.

Apa yang menjadi Punca-Punca penyakit malas nieh??

1- Terlalu selesa dengan keadaan sekarang
2- Terlalu bergantung kepada orang sekeliling ( Emak,Abah,Adik-Beradik, Saudara-Mara)
3- Mengharapkan belas ekhsan orang lain.
4- Berada di Negara tersendiri dan mengharapkan Bantuan Penuh dari Kerajaan.

Apa yang menyebabkan menyebabkan kita menjadi begini? Seringku perhatikan pekerja asing di Bumi Bertuah Malaysia ini.

Pergi dan pulang kerja hanya dengan menaiki bas 11 (jalan kaki). Manakala kita menaiki kenderaan seperti kereta mahupun motosikal ( kos minyak dan kos penyelenggaraan).

Seperti juga dengan diriku ini pergi kerja menaiki kereta. Sering ku dengar rungutan dari teman-teman seperjuangan di pejabat dan rakan-rakan di luar.

Merungut dek kerana kepayahan yang melanda kehidupan sehari-hari. Apakah kita nieh masih lagi tidak bijak mencari peluang dan ruang di bumi tercinta ini?

Di mana silap dan salahnya kita apabila berada di bumi sendiri kita merempat dan sering meminta-minta?

Apakah dengan pekerjaan yang kita jalani hari ini tidak membawa kita kemana-mana?  Anda sendiri boleh lihat dengan kehidupan seharian anda.

Sudah pasti kita merasakan ada sahaja yang tidak mencukupi dengan pekerjaan dan juga perbelanjaan harian kita. Tetapi kita cukupkan juga.. Bukan?

Banyak peluang dan ruang yang terbentang di hadapan kita, cuma kita bijak atau tidak merebut peluang itu.

Mungkin peluang itu kita nampak nun jauh disana.. Tetapi rupanya hanya betul-betul berada dihadapan mata kita. Cuma ‘mata’ kita tidak dapat melihat peluang yang ada benar-benar di hadapan kita.

Jadi, setiap peluang itu bukanlah saya katakan ia terus anda rebut dan jalankan.

Banyak perkara dan benda yang perlu diambil kira. Sudah pasti ia memerlukan kos. Tidak kira kecil mahupun besar.

Jadi? Pastikan peluang yang tidak tidak ditolak mentah-mentah dan juga tidak diterima bulat-bulat.

Kita perlu tahu akan keupayaan serta bersesuaian dengan diri kita. Yang pasti ia bukanlah sesuatu yang singkat untuk kita beroleh kejayaan dengan hanya berangapan apabila kita merebut peluang itu kita telah pun berjaya.

ALLAH tidak akan memberi kita kesusahan dan kesenangan tanpa UJIAN dariNYA.

Mengapa? Supaya kita tidak alpha dan lupa akan keESAANNYA.. Nah!!! Jadi, jika apa yang telah anda usahakan membuahkan hasil.. Usahakan sedikit kerja keras…

Pasti ada buah mulut dan mereka yang tidak suka apa yang anda lakukan. Pada saya, selagi ia tidak melanggar perintah ALLAH dan HALAL. Apa lagi.. Ia adalah UJIAN dari ALLAH untuk menguji dengan melihat ketahanan mental kita.

Jika kita berjaya akan UJIAN dari ALLAH, saya pasti dan YAKIN anda boleh berjaya di dalam apa yang anda usahakan.

Salam kejayaan dari saya untuk anda… Teruskan usaha anda dan sentiasa memohon keredhaan dariNYA.


Cara Bijak Menggunakan Kad Kredit

“Pandai gunakan kad kredit?” Alangkah peliknya soalan ini – takkan saya tak tahu! Senang sahaja: Apabila membeli, berikan kad kredit kepada juruwang, kemudian letakkan tandatangan di resit yang diberikan (kadang-kadang saya tak perlu tandatangan pun, hanya lambai dan pergi!). Jika saya sentiasa bayarkan amaun minima bulanan, banyak pula dapati kredit percuma. Dan saya juga tak perlu risau jika perbelanjaan saya sudah sampai tahap maksima kad tersebut. Syarikat pengurusan kad kredit itu tentu akan menambahkan had kredit saya, dan syarikat-syarikat lain pula pasti akan menawarkan kad-kad yang lain sehingga saya pun tak terdaya untuk menggunakan semuanya!

Kad Kredit

Kad Kredit

Sering dengar kata-kata begini? Sudah tentu. Ini perkara yang tidak menghairankan sebab inilah pendekatan yang diambil oleh berjuta-juta pengguna kad plastik ini, seolah-olah membeli barang merupakan kegiatan yang sungguh mudah. Awas! Pengurusan kewangan yang sebegini telah memudharatkan kebanyakan keluarga. Apatah lagi dengan kenaikan harga barang-barang yang tidak ditandingi dengan kenaikan pendapatan. Kebanyakan orang Malaysia terpaksa berbelanja lebih dari kemampuan masing-masing. Hutang kad kredit ini mungkin kelihatan seperti isu yang agak kecil tetapi ia boleh menimbulkan masalah yang jauh lebih besar.

Fakta Kad Kredit

Pertama, marilah kita betul-betul memahami bagaimana kad plastik “ajaib” ini berfungsi. Kita diberi talian kredit, dengan had maksima yang boleh dicaj kepada kad – “had kredit”. Setiap kali kad ini dicaj melalui sebarang perbelanjaan (transaksi), kredit kita berkurangan. Penyata bulanan yang diterima memberi kita pilihan, samada untuk bayar baki sepenuhnya, atau hanya bayaran minima bulanan (tidak digalakkan). Apabila kita membayar bayaran bulanan kepada bank yang mengeluarkan kad, had kredit maksima dikembalikan. Walaubagaimanapun, pemegang-pemegang kad kredit seringkali hanya bayar jumlah faedah dan bayaran minima baki pokok yang terhutang, dan tidak akan bayar balik baki yang sepenuhnya. 

Perangkap Belanja

Bagaimana agaknya seseorang itu boleh “terperangkap”? Bagi orang-orang muda, penyakit berhutang ini mungkin bermula dengan cara yang tidak diduga. Di kolej pengajian tinggi, sebahagian besar dari mereka diberi kad plastik tersendiri oleh ibubapa sebagai pemegang kad tambahan. Amboi! Banyak pula barang-barang yang perlu dibeli (contohnya, kasut serta pakaian jenama, i-Pod, beg dan barang fesyen yang “cun” dan paling terkini) dan pesta hiburan atau aktiviti sosial yang penting untuk dihadhiri! Bukankah amat leceh dan menyusahkan untuk meminta ibubapa tersayang setiap kali duit tambahan diperlukan (bukankah membazir wang untuk bayar kos telefon lagi?). Jadi, cara yang termudah dan tercepat – Caj sajalah!

Mungkinkah bidang pelajar menceburi dalam dunia berhutang ini sangat konfiden dan tiada ragu-ragu bahawa mereka akan bergaji tinggi tidak lama kelak – tentu hutang itu luput dalam jangkamasa yang singkat – hanya beberapa tahun selepas graduan. Malangnya, ramai graduan menghadapi bahawa realiti masa hadapan mereka jauh berbeza dari apa yang telah dijangkakan. Sekarang mereka sudah selesa dengan bilangan baki bulanan tersebut dan sedar bahawa mereka terperangkap: hutang yang terus meninggi tidak dapat ditandingi oleh  kenaikan pendapatan mereka yang ala kadar.

Bukan orang muda sahaja yang dapati diri mereka terperangkap di dalam situasi begini. Malah, orang-orang dewasa yang berfikiran cukup matang juga tergoda dengan kemudahan kredit ini. Para iklan memaparkan barang-barang baru dan canggih yang kononnya “ganjaran” bagi kita! Ya, amat sukar bagi kita menolak kemewahan hidup dengan barang-barang rekreasi, pakaian dan perkakas-perkakas termoden, yang sering ditawarkan. Dalam situasi lain pula, orang yang tiada pekerjaan juga boleh terbabas dalam hutang kredit kad – simpanan wang pun tiada, kredit kad pula dijadikan kemudahan untuk menyara keperluan seharian. Akan tetapi, apabila mereka mula bekerja semula, mereka sedari bahawa kad kredit mereka sudah mencapai had maksima; pembayaran balik pun menjadi satu bebanan yang besar.

Walaupun kita tidak mahu berfikiran negatif, kita tidak akan mencegah masalah kewangan jika kita selalu mengendahkan realiti sebenar. Kemerosotan ekonomi membuatkan ramai orang terdesak dan terjatuh dalam malapetaka kewangan. Hanya mereka yang telah membuat persediaan untuk menghadapi situasi yang kurang baik sebegini akan dapat bertahan di dalam suasana yang sukar. Apakah harus dibuat untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi sebahagian dari angka statistik yang menyedihkan?

Cara Pembayaran Balik Hutang Kad Kredit

Jika anda hanya membayar jumlah faedah kad kredit setiap bulan dan ingin memberhentikan hutang sebegini, langkah pertama adalah untuk menganalisa pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda.  Jumlahkan perbelanjaan anda dan tolakkannya dari pendapatan. Inilah baki pendapatan yang boleh anda gunakan setiap bulan.

Langkah kedua: Hentikan bertransaksi melalui caj kredit. Bekukan penggunaan kredit kad anda (ya, betul – letakkan semua kad-kad kredit ke dalam kotak ais krim, isikan dengan air dan simpankan kotak itu dalam pembeku di peti ais!). Bayarlah barang-barang yang perlu dibeli secara tunai. Kemudian senaraikan hutang kad-kad kredit yang masih ada. Kenalpastikan kad yang mengenakan caj kewangan yang paling tinggi. Mungkin anda berpeluang untuk pindahkan baki dari kad berfaedah tinggi ke kad yang menawarkan kos yang lebih rendah (tentukan anda membaca semua info yang diberi supaya tidak dikenakan kos yang tersorok pula).

Seterusnya, susunkan kad-kad anda mengikut kadar caj kewangan, gunakan baki pendapatan untuk membayar balik kad yang paling mahal (kos tertinggi) tersebut. Setelah hutang kad termahal selesai, tutupkan akaun tersebut dan musnahkan kad itu. Kemudian ubahkan fokus anda ke kad yang seterusnya; teruskan langkah-langkah di atas sehingga kesemua hutang anda sudah habis. Sebaik sahaja hutang kad kredit anda luput, hanya simpan beberapa kad sahaja – hanya dua atau tiga untuk penggunaan yang boleh dikawal.

Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Baik

Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit barulah anda boleh mempertimbangkan cara penggunaan kad-kad tersebut dengan betul. Kad kredit ini sebenarnya adalah alat pengurusan wang yang sungguh berkesan, jika digunakan dengan waras. Kita harus pandang kepada konsumer-konsumer yang berjaya menguruskan kewangan mereka dengan kad ini.
Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap bulan. Bayangkan kredit kad itu sebagai wang tunai yang disimpan setiap bulan bagi barang-barang yang dicaj. Dengan perumpamaan ini, anda tidak akan dikenakan kos; kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan kewangan yang amat berguna bagi anda. Kad kita menjadi seolah-olah pekerja kita dan kita pula bukan lagi dihambakannya.
Kad kredit juga adalah satu-satunya sekuriti atau perlindungan tambahan dan kemudahan sewaktu membeli-belah dan berjalan, dengan syarat kita tidak menyalahgunakannya. Sebagai contoh, anda mempraktikkan bayaran hanya 5% atau RM50 minima setiap bulan, yang mana lebih tinggi. Bagi baki RM10,000 yang mengenakan caj kewangan sebanyak 18% setahun, anda akan mengambil masa 7 tahun dan 3 bulan untuk menyelesaikan seluruh baki hutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawa anda tidak lagi menambahkan caj (ingat, kad anda dalam pembeku peti ais!). Bayangkan betapa lajunya hutang anda akan meningkatkan jika apa yang dipraktikkan ini melibati banyak kad kredit lain pada masa yang sama.
Petua-petua tambahan yang boleh membantu:
· Ingat, kad kredit bukan wang percuma
· Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilan
· Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan berberlanja melibihi pendapatan anda
· Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali)
· Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda
· Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais!
Dan peringatan terakhir – gunakanlah kad kredit sebagai alat pembayaran dan bukan untuk kredit percuma. Jika anda tidak dapat menggunakannya dengan waras atau bertanggungjawab, mungkin lebih baik bagi anda untuk hentikan penggunnaannya sama sekali.
quote divider Cara Bijak Menggunakan Kad Kredit
Jawapan kepada setiap masalah anda bermula dengan mengambil langkah pertama.
quote divider Cara Bijak Menggunakan Kad Kredit

AKPK Berkongsi Buku PERCUMA CELIK WANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Celik Wang AKPK

Celik Wang AKPK

Tiada sesuatu pun bayaran yang perlu anda lakukan.. Tiada juga pendaftaran email…

Apa yang perlu anda lakukan adalah klik jer kat link nie.. http://www.akpk.org.my/Portals/0/Book/Celik_Wang.pdf

Jika anda benar-benar ingin memegang buku nieh.. Leh dapatkan di cawangan AKPK ataupun kedai buku berhampiran anda..

Harap ia memberi manfaat kepada rakan-rakan sekalian yang benar-benar ingin bebas dari permasalahan kewangan bulanan anda..

Selamat mebaca & mengamalkan apa yang dipelajari…

Kad Kredit Memberi Aku Wang Tambahan!

“Senanglah sekarang nak dapatkan kad kredit. Aku pun ada “Duit Tambahan” untuk membeli barang-barang tanpa perlu mengusik duit gaji.”

Ha! Baguih sangatlah statement macam nieh.. Apa yang aku pasti dan tahu!! Orang begini akan menjadi seperti Khairul Mat Dom.

Perkara ini baru sahaja berlaku kepada rakan sepejabat saya. Oleh itu ia memberi kesedaran kepada diriku betapa pentingnya kita mengawal dan merekod segala perbelanjaan kita.

Mengapa ini boleh berlaku hampir kepada golongan bergaji “besar“. Adakah dengan pendapatan yang dikatakan besar itu membuatkan anda tidak mengakui hakikat sebenar anda sebenarnya tidak memerlukan gaji yang besar.

Tetapi kita memerlukan pengurusan kewangan yang betul. Itulah yang sepatutnya kita lakukan untuk memastikan kewangan kita lebih teratur dan sentiasa ada lebihan.

Jika anda merasakan pendapatan anda tidak mencukupi. Ini beberapa buah buku yang secara peribadi telah membantu saya mengawal dan memerhatikan pergerakan wang tunai saya.

1- Mas Kahwin Yang Hilang

banner Kad Kredit Memberi Aku Wang Tambahan!

2- Panduan Wang Gaji

banner3 Kad Kredit Memberi Aku Wang Tambahan!


 Powered by Max Banner Ads 
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline