Sumber Rujukan ILMIAH

Punca-Punca Penyebab Penyakit Malas.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!!

Apakah punca-punca yang menyebabkan kita malas? Seperti artikel saya yang lepas Malas Menyebabkan Kita Dalam Kerugian.

Apa yang menjadi Punca-Punca penyakit malas nieh??

1- Terlalu selesa dengan keadaan sekarang
2- Terlalu bergantung kepada orang sekeliling ( Emak,Abah,Adik-Beradik, Saudara-Mara)
3- Mengharapkan belas ekhsan orang lain.
4- Berada di Negara tersendiri dan mengharapkan Bantuan Penuh dari Kerajaan.

Apa yang menyebabkan menyebabkan kita menjadi begini? Seringku perhatikan pekerja asing di Bumi Bertuah Malaysia ini.

Pergi dan pulang kerja hanya dengan menaiki bas 11 (jalan kaki). Manakala kita menaiki kenderaan seperti kereta mahupun motosikal ( kos minyak dan kos penyelenggaraan).

Seperti juga dengan diriku ini pergi kerja menaiki kereta. Sering ku dengar rungutan dari teman-teman seperjuangan di pejabat dan rakan-rakan di luar.

Merungut dek kerana kepayahan yang melanda kehidupan sehari-hari. Apakah kita nieh masih lagi tidak bijak mencari peluang dan ruang di bumi tercinta ini?

Di mana silap dan salahnya kita apabila berada di bumi sendiri kita merempat dan sering meminta-minta?

Apakah dengan pekerjaan yang kita jalani hari ini tidak membawa kita kemana-mana?  Anda sendiri boleh lihat dengan kehidupan seharian anda.

Sudah pasti kita merasakan ada sahaja yang tidak mencukupi dengan pekerjaan dan juga perbelanjaan harian kita. Tetapi kita cukupkan juga.. Bukan?

Banyak peluang dan ruang yang terbentang di hadapan kita, cuma kita bijak atau tidak merebut peluang itu.

Mungkin peluang itu kita nampak nun jauh disana.. Tetapi rupanya hanya betul-betul berada dihadapan mata kita. Cuma ‘mata’ kita tidak dapat melihat peluang yang ada benar-benar di hadapan kita.

Jadi, setiap peluang itu bukanlah saya katakan ia terus anda rebut dan jalankan.

Banyak perkara dan benda yang perlu diambil kira. Sudah pasti ia memerlukan kos. Tidak kira kecil mahupun besar.

Jadi? Pastikan peluang yang tidak tidak ditolak mentah-mentah dan juga tidak diterima bulat-bulat.

Kita perlu tahu akan keupayaan serta bersesuaian dengan diri kita. Yang pasti ia bukanlah sesuatu yang singkat untuk kita beroleh kejayaan dengan hanya berangapan apabila kita merebut peluang itu kita telah pun berjaya.

ALLAH tidak akan memberi kita kesusahan dan kesenangan tanpa UJIAN dariNYA.

Mengapa? Supaya kita tidak alpha dan lupa akan keESAANNYA.. Nah!!! Jadi, jika apa yang telah anda usahakan membuahkan hasil.. Usahakan sedikit kerja keras…

Pasti ada buah mulut dan mereka yang tidak suka apa yang anda lakukan. Pada saya, selagi ia tidak melanggar perintah ALLAH dan HALAL. Apa lagi.. Ia adalah UJIAN dari ALLAH untuk menguji dengan melihat ketahanan mental kita.

Jika kita berjaya akan UJIAN dari ALLAH, saya pasti dan YAKIN anda boleh berjaya di dalam apa yang anda usahakan.

Salam kejayaan dari saya untuk anda… Teruskan usaha anda dan sentiasa memohon keredhaan dariNYA.


AKPK Berkongsi Buku PERCUMA CELIK WANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Celik Wang AKPK

Celik Wang AKPK

Tiada sesuatu pun bayaran yang perlu anda lakukan.. Tiada juga pendaftaran email…

Apa yang perlu anda lakukan adalah klik jer kat link nie.. http://www.akpk.org.my/Portals/0/Book/Celik_Wang.pdf

Jika anda benar-benar ingin memegang buku nieh.. Leh dapatkan di cawangan AKPK ataupun kedai buku berhampiran anda..

Harap ia memberi manfaat kepada rakan-rakan sekalian yang benar-benar ingin bebas dari permasalahan kewangan bulanan anda..

Selamat mebaca & mengamalkan apa yang dipelajari…

Kad Kredit Memberi Aku Wang Tambahan!

“Senanglah sekarang nak dapatkan kad kredit. Aku pun ada “Duit Tambahan” untuk membeli barang-barang tanpa perlu mengusik duit gaji.”

Ha! Baguih sangatlah statement macam nieh.. Apa yang aku pasti dan tahu!! Orang begini akan menjadi seperti Khairul Mat Dom.

Perkara ini baru sahaja berlaku kepada rakan sepejabat saya. Oleh itu ia memberi kesedaran kepada diriku betapa pentingnya kita mengawal dan merekod segala perbelanjaan kita.

Mengapa ini boleh berlaku hampir kepada golongan bergaji “besar“. Adakah dengan pendapatan yang dikatakan besar itu membuatkan anda tidak mengakui hakikat sebenar anda sebenarnya tidak memerlukan gaji yang besar.

Tetapi kita memerlukan pengurusan kewangan yang betul. Itulah yang sepatutnya kita lakukan untuk memastikan kewangan kita lebih teratur dan sentiasa ada lebihan.

Jika anda merasakan pendapatan anda tidak mencukupi. Ini beberapa buah buku yang secara peribadi telah membantu saya mengawal dan memerhatikan pergerakan wang tunai saya.

1- Mas Kahwin Yang Hilang

banner Kad Kredit Memberi Aku Wang Tambahan!

2- Panduan Wang Gaji

banner3 Kad Kredit Memberi Aku Wang Tambahan!


 Powered by Max Banner Ads 
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline