Sumber Rujukan ILMIAH

AKU BOLEH!!! Pasti Boleh!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Owh.. Semakin hari semakin terisi masa dan pemikiran kita untuk terus berjaya bukan?

Jika tidak mahu kaya pun, sekurang-kurang kita memikirkan untuk tidak berada di dalam putaran roda sekarang bukan?

Jika anda tiada pemikiran ini.. SYOH!!! Pi main jauh-jauh.. ( Marah Nampak… :) )… Takderlah marah.. Cuma pikirkan sejenak.

20989654 1 AKU BOLEH!!! Pasti Boleh!!!

“Berapa lama anda selesa dengan keadaan diri anda sekarang? Adakah ia memberi kekekalan kepada anda sehingga anda pencen kelak?”

Jika anda rasa pekerjaan dan apa jua anda lakukan sekarang mampu memberi kesenangan & ketenteraman kepada anda sekarang. Alhamdullilah.. Anda telah jumpa ‘kuncinya’.. ( jika benar kunci yang anda jumpa itu kunci yang betul.. )

Tidaklah saya mengatakan setiap pekerjaan itu tidak menjamin kehidupan kelak. Tetapi ia perlu diperluaskan untuk kita tidak merungut dan menyalahkan orang lain hasil dari ‘kerajinan‘ kita menambah dana ekonomi keluarga kita. Hasil dari kenaikan harga barang yang PASTI akan meningkat setiap tahun…

Jadi, mulakan sekarang dengan perniagaan sambilan. Mulakan dengan sesuatu yang anda lakukan sekarang.

Sekiranya anda seorang jurugambar why not mulakan tugasan sambilan dengan mengambil gambar kahwin atau apa event kecil dahulu…

Ini bermaksud mulakan dahulu apa yang anda sedang lakukan sekarang… Jika anda memulakan apa yang anda lakukan pasti tiada perkataan ” SUSAHLAH SAYA TAK BOLEH BUATLAH… & 1001 PERKARA ALASAN”

Nah… Nie merupakan sedikit perkara yang mungkin membuka minda anda untuk mengatakan.. AKU BOLEH!!! AKU JUGA BOLEH BERJAYA…

Satu Kerugian Jika Dengan Talian Internet Anda Tidak Menjana Wang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung dan pembaca bijaksana FIrst Full Earn. Tanpa anda pasti adalah sukar untuk saya terus berkongsi ILMU yang ‘SEDIKIT’ dengan anda semua.

Duit Part Time Di Internet

Duit Part Time Di Internet

Saya seperti terpanggil untuk menulis sesuatu yang pada saya agak menarik kerana pengguna Internet sudah meningkat dari tahun ke tahun.

Jadi, adalah terpanggil untuk menulis sedikit yang pada saya adalah satu kerugian besar apabila kita mempunyai talian internet yang ‘pantas’ beserta komputer @ laptop yang latest tanpa mempunyai pendapatan yang dijadikan pendapatan tambahan.

Jadi, terpanggil untuk berkongsi dengan semua. Tanpa kemahiran IT yang tinggi pun kita mampu menjana wang melalui internet. Terlalu banyak peluang dan ruang jika kita bijak memilih dan memerhatikan peluang-peluang yang terbentang luas di hadapan kita.

Saya pasti jika kita ada :-

1- USAHA
2- Kerajinan
3- Kesungguhan

Pasti ALLAH akan membantu kita. Saya sendiri telah menghasilkan sebuah eBuku PERCUMA yang boleh anda download di http://www.firstfullearn.com/tipsoho

Harap dengan membaca penulisan saya yang lepas serta rakan-rakan blogger lain, membuka mata dan minda anda untuk menjana wang secara sambilan menggunakan medium internet.

Cepat Kaya ( SCK ) VS Lambat Kaya ( SLK )

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca bijaksana First Full Earn.

Pasti ada dikalangan tuan/puan menonton Bijak Wang yang berlintas langsung di TV 3. Ia adalah episode terakhir untuk kita semua.

Bijak Wang

Bijak Wang

Apa yang menarik minat saya adalah ia mengisahkan kes yang masih berlangsung sehingga sekarang. Iaitu SKIM Cepat Kaya ( SCK ) yang masih berleluasa dengan pelbagai cara untuk memperdaya kita semua yang rambang mata dengan perkara yang dibentangkan depan mata kita.

Terutama apabila mereka membawa Merc jenis SLK yang memukau bijik mata. Apa yang ingin saya coretkan disini bukanlah bagaimana untuk anda menjadi kaya dengan cepat.

Tetapi tujuan post ini ditulis adalah bertujuan untuk menyedarkan diri saya, dan berkongsi dengan tuan/puan berkenaan perkara ini. Tanpa kita saling mengingat pasti mereka ini akan mencari jalan untuk menghancurkan DUIT penat lelah kita selama ini.

Jadi, jika tuan/puan berjumpa dengan mereka elakkan diri tuan/puan. Bagaiamana tuan/puan boleh mengenali mereka ini dari SCK ini? Antaranya adalah :-

1- Menawarkan pulangan yang besar dalam masa yang amat singkat. Ia terlalu tinggi dan melebihi pulangan dari perbankkan di Malaysia.

2- Mereka ada dari kalangan sahabat handai,saudara mara, orang yag tidak dikenali dan juga baru dikenali. Elakkan diri anda dari di paksa untuk menandatangani apa-apa perjanjian. Jika mereka mendesak, pasti ada sesuatu yang boleh anda perhatikan apa maksud sebenar mereka.

3- Mengajak anda berjumpa tanpa memberi tahu tujuan sebenar mereka mengajak anda minum. Elakkan dengan menolak cara baik.

4- Membawa orang lain bersama mereka yang menaiki kereta mewah serta berpakaian segak dan kemas. Memakai barang-barang berharga dan menunjuk-nunjuk.

5- Menyertai perniagaan mereka tanpa perlu menjual. Anda hanya keluar modal dan tunggu setiap bulan masuk tanpa perlu mencari pelanggan dan juga mencari rakan kongsi. ( Apakah ini dinamakan perniagaan? Tiada urusan jual dan beli. Tetapi anda mendapat pulangan setiap bulan? Syarikat mana yang mampu buat begini? Jika ada, saya YAKIN dan PASTI ramai rakyat MALAYSIA  tidak ada yang berada di garisan keMISKINan.. ) Wakil rakyat tidak diperlukan. Kerana rakyat MALAYSIA mampu buat semua dengan DUIT mereka sendiri..

Ini adalah antaranya, tidak saya nafikan ada yang sanggup bersumpah atas nama ALLAH S.W.T untuk memastikan kita mengeluarkan WANG untuk menyertai SKIM mereka.

Elakkan diri anda dari menyertai sesuatu yang anda kurang yakin dan tidak pasti HALAL dan HARAMNYA! Elakkan dari diri anda dimurakai oleh ALLAH. Elakkan dari sesuautu yang memberi anda mushibah di kemudian hari.

Saya tahu, semua orang mengalami kesukaran didalam menghadapi cabaran da dugaan kehidupan semasa. Adakah dengan menyertai mereka tuan/puan benar-benar YAKIN masalah tuan/puan akan selesai?!!!

Oleh itu nasihat saya!! Langkah-langkah tuan/puan perlu lakukan adalah :-

1- Menuntut ILMU.

2- Mengamalkan ILMU yang bermanfaat

3- Menguruskan WANG anda dengan bijak..

Ini adalah beberapa perkongsian dari saya untuk tuan/puan supaya tidak terjebak dalam kancah ini. Harap ia memberi manfaat pada semua. Harap ia juga pesanan berharga buat saya kelak…

Mengapa Dan Kenapa Perniagaan Internet Menjadi Pilihan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca bijaksana First Full Earn.

Masalah/ Problem Yang Menghantui Anda

Masalah/ Problem Yang Menghantui Anda

Fuh,… Semakin hari semakin mencabar hidup ini bukan? Harga minyak yang diwar-warkan akan ditarik balik subsidi oleh kerajaan.

Adakah ia memberi kesan kepada harga barang yang PASTI akan meningkat secara mendadak..

Adakah GAJI Bulanan anda juga akan mendadak NAIK? Adakah anda dapat bertahan menangani perkara ini?

Apakah pilihan yang anda ada untuk menghindari atau menyediakan diri untuk menghadapi dugaan ini kelak?

Apa pilihan-pilihan yang anda akan pilih?

1- Balik kampong

2- Tambah kerja pasrt time yang sedia ada.

3- Membuat kerja lebih masa dari sekarang

4- Membuat perniagaan sambilan

Balik Kampong

Adakah dengan balik kampong masalah ini dapat diatasi? Adakah di kampong halaman anda harga barang tidak merasa kesan beban nie..

Menambah kerja Part Time

Adakah pekerjaan ‘part time’ anda tidak cukup lagi? Ingin tambah kerja tambahan untuk menampung kos-kos yang bakal meningkat?

Adakah pendapatan anda akan dapat menampung kehidupan anda dengan menambah pekerjaan ‘part time’. Adakah badan anda mampu menahan kerja-kerja yang bertambah ini.

Adakah ini tidak menjejaskan pekerjaan UTAMA anda? Jadi.. Adakah pilihan ini pilihan yang sesuai?

Kerja Lebih Masa a.k.a Overtime ( OT ) dari sekarang

Adakah ia akan menyelesaikan masalah? Adakah syarikat anda membayar penuh atas kerja lebih masa yang anda lakukan?

Adakah syarikat anda tidak mengalami sebarang tekanan atas permasalahan ini?

Membuat Perniagaan Sambil ( Online / Offline Business )

Ini antara pilihan yang saya amat syorkan.. Mengapa? Kerana pada saya, ia adalah sesuatu yang dibawah seliaan kita sendiri.

Memang, statistik yang agak menakutkan iaitu 90% ramai Usahawan Gagal pada tahun PERTAMA!!!

Jadi? Adakah ia akan membuat anda untuk tidak mencuba menjadi 10 % dari mereka pada tahun PERTAMA yang BERJAYA??!!

Hah!!! Pilihan yang amat menjadi syor saya, adalah SOHO. Mengapa?

1- Kos permulaan yang rendah

2- Kos permulaan yang hanya di rumah

3- Menggunakan sumber-sumber yang ada dirumah

Nampak bukan? Perbezaan di antara kerja lebih masa, tambah part time job anda..

Pilihan SOHO dirumah adalah antara perkara yang semakin disertai oleh Malaysian people.

Mulakan secara sambilan dahulu. ( Psst… Irfan Khairi pun bermula secara sambilan tau!! )

Jadi, inilah pilihan bijak yang anda MESTI PILIH!!! ( Macam iklan bank rakyat da.. )

Apa reletednya tajuk dengan apa yang saya sharekan?

Fakta penting Perniagaan Internet Patut Menjadi PILIHAN ANDA!!!

1- Bekerja tanpa perlu keluar dari kawasan rumah.

2- Tempat kerja anda bebas, sama ada dirumah mahupun di Starbuck sambil minum kopi.. Nak lepak kat taman-taman pun boleh.. ( Mesti ada talian internet kompom )

3- Boleh bekerja sambil mendapat bantuan dari Family yang tersayang.

Oklah.. Hope dengan perkongsian 3 Fakta PENTING nie.. Tuan/puan mendapat gambaran lebih jelas akan perkara SOHO nie..

p/s: Nak TIPSOHO PERCUMA.. Layari http://www.firstfullearn.com/tipsoho

Memulakan Perniagaan. Adakah SUkar? Terutama Perniagaan Internet!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca First Full Earn.

Image Hosted by ImageShack.us
Fuh.. Semakin hari semakin banyak dugaan.. ( Siapa kata hidup ini mudah!! ) Apa pun, hidup ini perlu diteruskan…. Jadi, bagaimana anda meneruskan perniagaan dan kehidupan anda?

Adakah ia semakin hari semakin sukar untuk menghadapi kehidupan pada era ini? Apakah yang membuat ia sukar? Jadi? Apakah jalan penyelesaian yang anda pilih untuk melakukan untuk memastikan hari-hari anda tidak sesukar sekarang?! ( Untuk diriku jua pesanan ini.. )

Oklah, pasti ramai yang sedar akan perniagaan internet sudah ramai yang bina? Semakin hari semakin ramai yang mula meminati arena ini disebabkan kita telah didedahkan sejak kemunculan Irfan Khairi ( IK ) pada tahun 2004 dengan Buku keluaran Millionaire Planets iaitu Syarikat Azizi Ali.

Tetapi apakah tindakan anda selepas mengetahui tentang RAHSIA yang dikongsikan oleh IK? Adakah kehidupan anda sejak 2004 sehingga sekarang masih sama? Apakah tindakan yang telah kita lakukan selepas mengetahui Rahsia-Rahsia ini?

Saya pasti ramai yang telah berjaya setelah mendapat maklumat melalui buku IK tersebut. Tetapi tidak kurang juga yang masih tersangkut-sangkut, malah tidak kurang juga yang telah berputus asa kerana tidak menjadi seperti yang diharapkan…

Adakah sukar untuk ’set up’ perniagaan internet anda ini? Adakah ia begitu sukar sekali untuk menjana wang melalui perniagaan internet ini?

Ini jawapan saya kepada rakan-rakan sekalian,..

1- Memang agak sukar

Mengapa saya katakan ia sukar? Sudah pasti ia sukar dengan hanya membeli sebuah buku berharga RM 39.90 ini anda sudah boleh menjadi JUTAWAN INTERNET hanya dalam masa sebulan!!

Ianya adalah kurangnya ILMU, sudah pasti kita agak sukar untuk menggapai awan itu. ( Agak sukar ya bukan sukar.. )

ILMU itu harus didalami dan juga di praktikkan. Jika anda pergi ke 10 bengkel membina website dan buat duit melalui internet, tetapi anda melaksanakan apa yang ILMU anda pelajari. Adakah ini semua salah penulis buku, penganjur Bengkel tersebut?

Sudah pasti ia perlu berjalan seiring PERLAKSANAAN bersama ILMU yang dipelajari. Ini untuk memastikan ia tidak sesat dihujung jalan..

2- Agak Mudah

Jika anda melakukan kajian, membaca, menuntut ILMU dan melaksanakan apa yang anda dapat dari ILMU melalui Ebook, buku atau seminar/bengkel. SUdah pasti ia agak mudah kerana anda telah ditunjukkan cara satu persatu oleh mereka yang dahulu melakukan perniagaan internet sebelum anda.

Setiap perkara sama ada memasak ia memerlukan :-

i- ILMU

ii- Kesungguhan

iii- Minat

SUdah pasti tanpa 3 perkara ASAS ini, pasti ia agak sukar untuk anda melakukan sesuatu itu dengan berjaya dan menepati piawaian yang dikehendaki. ( Iaitu menjadi JUTAWAN INTERNET )

Oklah, hope sedikit perkongsian RINGKAS saya ini akan dapat dikongsi dan dimanfaat oleh saya dan juga tuan/puan.


 Powered by Max Banner Ads 
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline