Sumber Rujukan ILMIAH

AKU BOLEH!!! Pasti Boleh!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Owh.. Semakin hari semakin terisi masa dan pemikiran kita untuk terus berjaya bukan?

Jika tidak mahu kaya pun, sekurang-kurang kita memikirkan untuk tidak berada di dalam putaran roda sekarang bukan?

Jika anda tiada pemikiran ini.. SYOH!!! Pi main jauh-jauh.. ( Marah Nampak… :) )… Takderlah marah.. Cuma pikirkan sejenak.

20989654 1 AKU BOLEH!!! Pasti Boleh!!!

“Berapa lama anda selesa dengan keadaan diri anda sekarang? Adakah ia memberi kekekalan kepada anda sehingga anda pencen kelak?”

Jika anda rasa pekerjaan dan apa jua anda lakukan sekarang mampu memberi kesenangan & ketenteraman kepada anda sekarang. Alhamdullilah.. Anda telah jumpa ‘kuncinya’.. ( jika benar kunci yang anda jumpa itu kunci yang betul.. )

Tidaklah saya mengatakan setiap pekerjaan itu tidak menjamin kehidupan kelak. Tetapi ia perlu diperluaskan untuk kita tidak merungut dan menyalahkan orang lain hasil dari ‘kerajinan‘ kita menambah dana ekonomi keluarga kita. Hasil dari kenaikan harga barang yang PASTI akan meningkat setiap tahun…

Jadi, mulakan sekarang dengan perniagaan sambilan. Mulakan dengan sesuatu yang anda lakukan sekarang.

Sekiranya anda seorang jurugambar why not mulakan tugasan sambilan dengan mengambil gambar kahwin atau apa event kecil dahulu…

Ini bermaksud mulakan dahulu apa yang anda sedang lakukan sekarang… Jika anda memulakan apa yang anda lakukan pasti tiada perkataan ” SUSAHLAH SAYA TAK BOLEH BUATLAH… & 1001 PERKARA ALASAN”

Nah… Nie merupakan sedikit perkara yang mungkin membuka minda anda untuk mengatakan.. AKU BOLEH!!! AKU JUGA BOLEH BERJAYA…

Terlalu Sukar Membina Rangkaian Perniagaan Internet?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah dan mohon maaf.. Kenapa lak?

1- Syukur Rezeki ALLAH mencurah-curah kepada kami sekeluarga melalui perniagaan eBay…

2- Maaf sebab lama giler tak update blog kesayanganku nieh…

Oklah.. Sebentar tadi baru sahaja selesai program anjuran Kelab Permata tajaan PKNS, yang mana saya dijemput sebagai penceramah jemputan untuk kursus selama 2 hari di Kolej Inpens Kuala Selangor.

Thanks semua kerana turut serta hadir mempelajari ILMU Perniagaan Internet yang sebenar.. OWh… Terharu lak.. :)

Apa pun, ramai yang bertanya..

“Encik IJAM Sukar ke nak membina perniagaan di Internet…”

Dengan selambaku menjawab… ” Sudah pasti tidak sesukar mana jika kita punya ILMU…” ( Owh. Macam kerek jerk.. HUhuhuhuhuh  )

Apa pun, itulah kuncinya… ILMU, tanpanya.. Pasti tidak terhasil blog kesayanganku ini (walau jarang-jarang updated… )

Apa pun, selagi kita mampu, kita akan mencari dan mengeluarkan modal untuk ILMU yang memberi manfaat kepada kita kelak…

Owh.. ILMU aku amat menyanyangimu selain ANAK-ANAK dan ISTERIKU (sudah pasti.. HUEhueheuehuehu )

Oklah.. Dah dapat jawapan untuk apa yang telah menjadi persoalan…. Sekarang tanpa banyak soal.. Laksanakan apa yang telah anda ketahui dan pelajari… ( FUH!! Macam Cikgu-CIkgi lak.. HEUheuheuehuehe)

Sehingga berjumpa di lain kali.. Nak layan dopod 838pro 2nd set yang beli untuk memudahkan urusan semakan belian dari customer di eBay… :)

Aku Begitu Obses Dengan Duit!!

Aku Gila DUit.

Aku Gila DUit.

Apakah mengena aku dengan post nieh..
Owh.. Aku bukan gila wang!!! Tapi wang gilakan aku.. Owh!!!

Tidak pasti apakah sebenarnya releted nie semua ngan kehidupan harian ku.

Tapi yang pasti.. Rezekiku menjadi selepas:-

1- Mengenal Diri.. ( Thanks Abg Long & Abg AZMIN )

2- Mengenal Potensi diri.. ( Thanks Abg Long & Abg AZMIN )

3- Menjalankan apa yang anda ketahui akan potensi diri..

4- Berkongsi ILMU yang dipinjamkan dengan mereka yang lain..

Owh.. Syukur alhamdllh, jika tiada halangan dan kesulitan.. InsyaALLAH akan keluarkan Laptop pada minggu hadapan untuk memudahkan urusan perniagaan eBay dan juga Personal Coaching dengan mereka yang berminat untuk meningkatkan pendapatan keluarga.. :)

Doakan ku berjaya mencapai apa yang dihajati.. Ku jua doakan kejayaan anda yg sudi melawat blog ini.. OWh..

Benarkah MLM benar-benar membantu Anda Menjana Jutaan Ringgit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pasti tajuk kali ini agak hot sedikit. Bukan tujuan untuk kondem mahupun menyebelahi..

Ini merupakan pandangan peribadi saya sahaja. Tiada kaitan dengan sesiapa pun. Harap dengan ini kita membuka minda yang positif melihat ia dari ruang yang berada ada di ruang ‘neutral’.

Apa pun, ingin saya kongsikan statistik di bawah untuk perhatian dan pemerhatian kita yang diberikan oleh KPDNKK

JUMLAH SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG BATAL LESEN

Pelan Pemasaran

2005

2006

2007

2008

MLM

16

5

4

11

SLM

15

11

10

1

MO

-

1

-

-

SL&MO

-

1

-

-

Jumlah

31

18

14

12

BILANGAN SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG DILESENKAN DI BAWAH AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (SEHINGGA DISEMBER 2008)

BERBILANG TINGKAT

MLM

427

SATU TINGKAT

SLM

174

PESANAN POS

MO

37

SATU TINGKAT & PESANAN POS

SL/MO

32

JUMLAH

670

BILANGAN LESEN JUALAN LANGSUNG YANG SAH TAHUN 1997- 2008

Pemasaran

1997

1998

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

MLM

314

316

446

427

213

230

359

304

342

394

418

427

SLM

436

349

205

199

117

124

128

149

158

162

164

174

MO

-

-

82

69

31

28

38

37

37

36

37

37

SL&MO

-

-

32

17

24

31

29

31

32

30

31

32

Jumlah

750

665

765

712

385

413

554

521

569

622

650

670

PECAHAN NILAI JUALAN TAHUNAN MENGIKUT PELAN PEMASARAN

Jenis Pelan

2003

RM(juta)

2004

RM(juta)

2005

RM(juta)

2006

RM(juta)

2007

RM(juta)

Berbilang Tingkat (MLM)

3,023.9

3,934.5

3,853.9

5,211.2

3,838.3

Satu Tingkat (SL)

523.9

745.3

795.4

718.0

728.4

Satu Tingkat & Pesanan Pos (SL/MO)

1,288.1

626.5

1,966.7

2,107.7

1,064.6

Jumlah

4,835.9

5,306.3

6,616.0

8,036.9

Peratusan yang ada hanyalah sehingga tahun 2008 sahaja.. Itu pun jumlah yang menutup syarikat mereka jumlah yang pada saya sesuatu yang amat tinggi.. Namun, masih ada syarikat yang telah benar-benar kukuh dan lama bertapak di bumi bertuah Malaysia kita nie..

Jadi, lihat sahaja berapa pendapatan yang telah mereka jana melalui perniagaan MLM. Memang amat tinggi.. Jadi ruang dan pendapatan yang diperoleh amatlah tinggi.

Jadi, selagi kita sanggup untuk berniaga tidak kisah di arena perniagaan mana pun. Ruang untuk meperoleh pendapatan amatlah luas.

Cuma, jangan memperlekehkan apa yang orang lain usahakan. Mungkin dari segi FIZIKAL mereka hanya memiliki kereta @ rumah yang buruk. Tetapi mereka menjana pendapatan yang hebat dari kita.

Jadi, apa pun.. Teruskan perniagaan dan usaha kita di dalam memartabatkan maruah bangsa,keluarga dan AGAMA kita…

Satu Kerugian Jika Dengan Talian Internet Anda Tidak Menjana Wang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung dan pembaca bijaksana FIrst Full Earn. Tanpa anda pasti adalah sukar untuk saya terus berkongsi ILMU yang ‘SEDIKIT’ dengan anda semua.

Duit Part Time Di Internet

Duit Part Time Di Internet

Saya seperti terpanggil untuk menulis sesuatu yang pada saya agak menarik kerana pengguna Internet sudah meningkat dari tahun ke tahun.

Jadi, adalah terpanggil untuk menulis sedikit yang pada saya adalah satu kerugian besar apabila kita mempunyai talian internet yang ‘pantas’ beserta komputer @ laptop yang latest tanpa mempunyai pendapatan yang dijadikan pendapatan tambahan.

Jadi, terpanggil untuk berkongsi dengan semua. Tanpa kemahiran IT yang tinggi pun kita mampu menjana wang melalui internet. Terlalu banyak peluang dan ruang jika kita bijak memilih dan memerhatikan peluang-peluang yang terbentang luas di hadapan kita.

Saya pasti jika kita ada :-

1- USAHA
2- Kerajinan
3- Kesungguhan

Pasti ALLAH akan membantu kita. Saya sendiri telah menghasilkan sebuah eBuku PERCUMA yang boleh anda download di http://www.firstfullearn.com/tipsoho

Harap dengan membaca penulisan saya yang lepas serta rakan-rakan blogger lain, membuka mata dan minda anda untuk menjana wang secara sambilan menggunakan medium internet.

Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Twitter?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wah… Semakin hari semakin semangat lak bro mengekses dan berkongsi penulisan yang serba biasa nie dengan kawan-kawan dan pembaca First Full Earn.

Twitter Boleh Buat Duit?

Twitter Boleh Buat Duit?

Oklah, macam mana kita nak buat duit dengan TWITTER nie? Adakah ia memerlukan kita :-

1- Membuka KEDAI?

2- Membuka e-Store?

3- Meminta PERMIT Perniagaan?

4- Memohon Tapak Perniagaan?

5- Berjumpa Majlis Perbandaran?

6- Berjumpa Perdana Menteri Malaysia a.k.a 1Malaysia?

7- Atau pun berjumpa Pak-Pak Menteri Malaysia?

Kesemua pilihan diatas tidak ada kene mengena langsung dengan buat duit dengan TWITTER!!

Wah!!! Senangkan…???!!! Yerlah.. Takyah nak mohon Lesen perniagaan yang penuh dengan diskriminasi.. ( Kata orang.. Saya tak pernah tak tahu la… )

Takyah nak jumpa pak menteri dan Pak Perdana Menteri untuk mendapat surat sokongan yang entah kunjung tiba bila masanya… ( Kata orang.. Saya tak pernah tak tahu la… )

Oklah.. Meh saya kongsikan sedikit apa yang saya tengah mencuba untuk Buat Duit Dengan Twitter nie..

First of all, tuan/puan perlu ada:-

1- Tentulah akuan TWITTER.. Mestilah.. Nama pun “Nak Buat Duit Dengan Twitter”

2- Perlu add ramai kawan-kawan baru/lama.

3- Perlu register dengan syarikat pengiklanan.. ( Nie salah satu cara Syarikat buat Duit dan Kita mengambil kesempatan untuk dapatkan Duit Mereka… )

Tentulah tuan/puan tahu macam mana nak daftar TWITTER bukan? Tak perlulah saya ajarkan langkah-langkahnya yerk.. Just go to —> www.twitter.com pssst… Jangan lupa add saya yerk.. http://twitter.com/ijamidayu

Keduanya, perlu add kawan-kawan. Ha!! Sayalah orang pertama anda PERLU add.. Wajib tau.. ( Ceh… Apa da… ) Boleh guna butang carian untuk mencari ’spesific’ untuk minat mahupun target group anda.

Ketiga.. Nih yang paling penting nieh..  Penyediaan tempat untuk kita menjana Wang Dengan Twitter kita..

1- Churp-Churp

Nie merupakan anak  syarikat Nuffnang. ( Kalo salah betoikan nah.. ) So, maklumat lanjut, tuan/puan leh la berkunjung di http://www.churpchurp.com

2- Be Magpie

Nie merupakan international company yang menyediakan perkhidmatan untuk kita advertise di TWITTER kita..

Untuk maklumat lanjut leh kunjungi http://members.be-a-magpie.com/twitterer

Saya harap dengan perkongsian ini membantu rakan-rakan untuk Buat Duit Dengan Twitter.. Jika ada penambahan yang tuan/puan perlukan..

Jangan lupa komen yerk.. Saya mengharapkan feedback dari Tuan/Puan untuk berkongsi ILMU yang MAHA SEDIKIT ini..


 Powered by Max Banner Ads 
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline