Sumber Rujukan ILMIAH

Semakin Hari Semakin Mencabar. Adakah kita makin kebelakang?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

termenungkucing Semakin Hari Semakin Mencabar. Adakah kita makin kebelakang?

Apakah kehidupan kita sekarang makin kehadapan meninggalkan pesaing-pesaing lain atau kita telah ditinggalkan awek’s pesaing kita?

Owh. Jika kita berjaya meninggalkan pesaing kita pasti kita berasa seronok yang amat dan begitu bangga sekali bukan? Tetapi perkara yang berlainan berlaku sekiranya kita ditinggalkan kekasih a.k.a awek’s pesaing. Pasti sedih murung dan mungkin perasaan ingin bunuh diri pun ada bukan? ( Saya harap dan doa takder ler.. Tak cium bau SYURGA beb!!! )

Oklah. Apakah teknik atau cara kita untuk tidak ketinggalan paling tak pun kita berada seiring sejalan terus dengan kekasih a.k.a awek’s pesaing kita?

Hmm.. Nie yang susah nieh.. Betui tak? Yer ler dah ler susah nak dapatkan  kekasih a.k.a awek’s perniagaan yang menarik. Nie nak terus meninggalkan mereka yang lain.

Jangan risau kawan-kawan… Terdapat cara yang kita boleh terus kekal didalam persaingan kekasih a.k.a awek’s perniagaan sedia ada.

Nie beberapa cara yang aku baca dari buku ” Bagaimana Saya Boleh Jadi JUTAWAN KEKASIH SEJATI YANG HEBAT

1- Teruskan memberi perkhidmatan sedia ada dari sudut yang berbeza.

2- Teruskan memberi bantuan EXTRA kepada pelanggan anda.

3- Teruskan memberi ADD ON kepada bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada.

4- Berikan LEBIH dari jangkaan pelanggan.

Buat masa nieh.. Itu jerk kaedah yang aku temui.. Dalam buku ” Bagaimana Saya Boleh Jadi JUTAWAN KEKASIH SEJATI YANG HEBAT

Perlaksanaan dan pembahagian tugas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua. Adakah anda semua masih menjalankan apa yg anda lakukan sebelum ini. Adakah anda telah pun putus asa. Adakah ia membuatkan anda kembali melakukan tugas lama kembali?

Apakah yang membuat anda kembali melakukan perkara yang sebelum ini anda lakukan?

1- Gagal mendapat apa yang anda harapkan melalui internet?
2- Perlaksanaan yang tidak begitu sempurna?
3- Pembahagian tugas yang tidak dilaksanakan dengan sempurna @ betul?
4- Pembahagian masa yang kurang efektif?

Apakah 4 perkara ini menggangu kehidupan anda dan sering membuat anda GAGAL mencapai apa yang hajatkan atau harapkan?

Jadi, apakah ia masih disebabkan perkara yang anda sendiri SALAH lakukan @ anda masih ingin menyalahakan pihak @ orang lain atas perkara yang anda sendiri tidak lakukan dengan betul?

Jadi, pada aku. Sering kali kita menyalahkan orang lain tanpa kita sedari kita sendiri telah sering tidak sedar akan kekkilafan dan kealpaan kita sehingga sering lalai akan tugas yang sebenar,

OWh apakah ini punca sebenar yang membuat aku gagal mencapai apa yang aku harapkan dan hajati dari mencapainya 3 tahun lepas.

Apa pun.. Kekilafan kesilapan merupakan guru yang terbaik utnuk mengajar kita erti sebenar perjuangan. Jadi kepada rakan-rakan semua yang telah gugur mahu gugur..

Jangan gugur dahulu kerana ia akan membuat anda menyesal idak berkesudahan.. Yakinlah.. Setiap insan bernama MANUSIA ada kelebihan diri masing-masing yang perlu kita selidiki dan kaji.

Jadi, saya doakan anda berjaya mengapai dan mencapaai apa yang anda hajati.

” Ia bukan sesuatu yang mudah jika kita tidak tahu. Ia juga tidak mudah dan susah jika kita tahui dan tiada tindakan…”

Laptop Acer 4741G

Laptop Acer 4741G

Benarkah MLM benar-benar membantu Anda Menjana Jutaan Ringgit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pasti tajuk kali ini agak hot sedikit. Bukan tujuan untuk kondem mahupun menyebelahi..

Ini merupakan pandangan peribadi saya sahaja. Tiada kaitan dengan sesiapa pun. Harap dengan ini kita membuka minda yang positif melihat ia dari ruang yang berada ada di ruang ‘neutral’.

Apa pun, ingin saya kongsikan statistik di bawah untuk perhatian dan pemerhatian kita yang diberikan oleh KPDNKK

JUMLAH SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG BATAL LESEN

Pelan Pemasaran

2005

2006

2007

2008

MLM

16

5

4

11

SLM

15

11

10

1

MO

-

1

-

-

SL&MO

-

1

-

-

Jumlah

31

18

14

12

BILANGAN SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG DILESENKAN DI BAWAH AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (SEHINGGA DISEMBER 2008)

BERBILANG TINGKAT

MLM

427

SATU TINGKAT

SLM

174

PESANAN POS

MO

37

SATU TINGKAT & PESANAN POS

SL/MO

32

JUMLAH

670

BILANGAN LESEN JUALAN LANGSUNG YANG SAH TAHUN 1997- 2008

Pemasaran

1997

1998

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

MLM

314

316

446

427

213

230

359

304

342

394

418

427

SLM

436

349

205

199

117

124

128

149

158

162

164

174

MO

-

-

82

69

31

28

38

37

37

36

37

37

SL&MO

-

-

32

17

24

31

29

31

32

30

31

32

Jumlah

750

665

765

712

385

413

554

521

569

622

650

670

PECAHAN NILAI JUALAN TAHUNAN MENGIKUT PELAN PEMASARAN

Jenis Pelan

2003

RM(juta)

2004

RM(juta)

2005

RM(juta)

2006

RM(juta)

2007

RM(juta)

Berbilang Tingkat (MLM)

3,023.9

3,934.5

3,853.9

5,211.2

3,838.3

Satu Tingkat (SL)

523.9

745.3

795.4

718.0

728.4

Satu Tingkat & Pesanan Pos (SL/MO)

1,288.1

626.5

1,966.7

2,107.7

1,064.6

Jumlah

4,835.9

5,306.3

6,616.0

8,036.9

Peratusan yang ada hanyalah sehingga tahun 2008 sahaja.. Itu pun jumlah yang menutup syarikat mereka jumlah yang pada saya sesuatu yang amat tinggi.. Namun, masih ada syarikat yang telah benar-benar kukuh dan lama bertapak di bumi bertuah Malaysia kita nie..

Jadi, lihat sahaja berapa pendapatan yang telah mereka jana melalui perniagaan MLM. Memang amat tinggi.. Jadi ruang dan pendapatan yang diperoleh amatlah tinggi.

Jadi, selagi kita sanggup untuk berniaga tidak kisah di arena perniagaan mana pun. Ruang untuk meperoleh pendapatan amatlah luas.

Cuma, jangan memperlekehkan apa yang orang lain usahakan. Mungkin dari segi FIZIKAL mereka hanya memiliki kereta @ rumah yang buruk. Tetapi mereka menjana pendapatan yang hebat dari kita.

Jadi, apa pun.. Teruskan perniagaan dan usaha kita di dalam memartabatkan maruah bangsa,keluarga dan AGAMA kita…

Cara Bijak Menggunakan Kad Kredit

“Pandai gunakan kad kredit?” Alangkah peliknya soalan ini – takkan saya tak tahu! Senang sahaja: Apabila membeli, berikan kad kredit kepada juruwang, kemudian letakkan tandatangan di resit yang diberikan (kadang-kadang saya tak perlu tandatangan pun, hanya lambai dan pergi!). Jika saya sentiasa bayarkan amaun minima bulanan, banyak pula dapati kredit percuma. Dan saya juga tak perlu risau jika perbelanjaan saya sudah sampai tahap maksima kad tersebut. Syarikat pengurusan kad kredit itu tentu akan menambahkan had kredit saya, dan syarikat-syarikat lain pula pasti akan menawarkan kad-kad yang lain sehingga saya pun tak terdaya untuk menggunakan semuanya!

Kad Kredit

Kad Kredit

Sering dengar kata-kata begini? Sudah tentu. Ini perkara yang tidak menghairankan sebab inilah pendekatan yang diambil oleh berjuta-juta pengguna kad plastik ini, seolah-olah membeli barang merupakan kegiatan yang sungguh mudah. Awas! Pengurusan kewangan yang sebegini telah memudharatkan kebanyakan keluarga. Apatah lagi dengan kenaikan harga barang-barang yang tidak ditandingi dengan kenaikan pendapatan. Kebanyakan orang Malaysia terpaksa berbelanja lebih dari kemampuan masing-masing. Hutang kad kredit ini mungkin kelihatan seperti isu yang agak kecil tetapi ia boleh menimbulkan masalah yang jauh lebih besar.

Fakta Kad Kredit

Pertama, marilah kita betul-betul memahami bagaimana kad plastik “ajaib” ini berfungsi. Kita diberi talian kredit, dengan had maksima yang boleh dicaj kepada kad – “had kredit”. Setiap kali kad ini dicaj melalui sebarang perbelanjaan (transaksi), kredit kita berkurangan. Penyata bulanan yang diterima memberi kita pilihan, samada untuk bayar baki sepenuhnya, atau hanya bayaran minima bulanan (tidak digalakkan). Apabila kita membayar bayaran bulanan kepada bank yang mengeluarkan kad, had kredit maksima dikembalikan. Walaubagaimanapun, pemegang-pemegang kad kredit seringkali hanya bayar jumlah faedah dan bayaran minima baki pokok yang terhutang, dan tidak akan bayar balik baki yang sepenuhnya. 

Perangkap Belanja

Bagaimana agaknya seseorang itu boleh “terperangkap”? Bagi orang-orang muda, penyakit berhutang ini mungkin bermula dengan cara yang tidak diduga. Di kolej pengajian tinggi, sebahagian besar dari mereka diberi kad plastik tersendiri oleh ibubapa sebagai pemegang kad tambahan. Amboi! Banyak pula barang-barang yang perlu dibeli (contohnya, kasut serta pakaian jenama, i-Pod, beg dan barang fesyen yang “cun” dan paling terkini) dan pesta hiburan atau aktiviti sosial yang penting untuk dihadhiri! Bukankah amat leceh dan menyusahkan untuk meminta ibubapa tersayang setiap kali duit tambahan diperlukan (bukankah membazir wang untuk bayar kos telefon lagi?). Jadi, cara yang termudah dan tercepat – Caj sajalah!

Mungkinkah bidang pelajar menceburi dalam dunia berhutang ini sangat konfiden dan tiada ragu-ragu bahawa mereka akan bergaji tinggi tidak lama kelak – tentu hutang itu luput dalam jangkamasa yang singkat – hanya beberapa tahun selepas graduan. Malangnya, ramai graduan menghadapi bahawa realiti masa hadapan mereka jauh berbeza dari apa yang telah dijangkakan. Sekarang mereka sudah selesa dengan bilangan baki bulanan tersebut dan sedar bahawa mereka terperangkap: hutang yang terus meninggi tidak dapat ditandingi oleh  kenaikan pendapatan mereka yang ala kadar.

Bukan orang muda sahaja yang dapati diri mereka terperangkap di dalam situasi begini. Malah, orang-orang dewasa yang berfikiran cukup matang juga tergoda dengan kemudahan kredit ini. Para iklan memaparkan barang-barang baru dan canggih yang kononnya “ganjaran” bagi kita! Ya, amat sukar bagi kita menolak kemewahan hidup dengan barang-barang rekreasi, pakaian dan perkakas-perkakas termoden, yang sering ditawarkan. Dalam situasi lain pula, orang yang tiada pekerjaan juga boleh terbabas dalam hutang kredit kad – simpanan wang pun tiada, kredit kad pula dijadikan kemudahan untuk menyara keperluan seharian. Akan tetapi, apabila mereka mula bekerja semula, mereka sedari bahawa kad kredit mereka sudah mencapai had maksima; pembayaran balik pun menjadi satu bebanan yang besar.

Walaupun kita tidak mahu berfikiran negatif, kita tidak akan mencegah masalah kewangan jika kita selalu mengendahkan realiti sebenar. Kemerosotan ekonomi membuatkan ramai orang terdesak dan terjatuh dalam malapetaka kewangan. Hanya mereka yang telah membuat persediaan untuk menghadapi situasi yang kurang baik sebegini akan dapat bertahan di dalam suasana yang sukar. Apakah harus dibuat untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi sebahagian dari angka statistik yang menyedihkan?

Cara Pembayaran Balik Hutang Kad Kredit

Jika anda hanya membayar jumlah faedah kad kredit setiap bulan dan ingin memberhentikan hutang sebegini, langkah pertama adalah untuk menganalisa pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda.  Jumlahkan perbelanjaan anda dan tolakkannya dari pendapatan. Inilah baki pendapatan yang boleh anda gunakan setiap bulan.

Langkah kedua: Hentikan bertransaksi melalui caj kredit. Bekukan penggunaan kredit kad anda (ya, betul – letakkan semua kad-kad kredit ke dalam kotak ais krim, isikan dengan air dan simpankan kotak itu dalam pembeku di peti ais!). Bayarlah barang-barang yang perlu dibeli secara tunai. Kemudian senaraikan hutang kad-kad kredit yang masih ada. Kenalpastikan kad yang mengenakan caj kewangan yang paling tinggi. Mungkin anda berpeluang untuk pindahkan baki dari kad berfaedah tinggi ke kad yang menawarkan kos yang lebih rendah (tentukan anda membaca semua info yang diberi supaya tidak dikenakan kos yang tersorok pula).

Seterusnya, susunkan kad-kad anda mengikut kadar caj kewangan, gunakan baki pendapatan untuk membayar balik kad yang paling mahal (kos tertinggi) tersebut. Setelah hutang kad termahal selesai, tutupkan akaun tersebut dan musnahkan kad itu. Kemudian ubahkan fokus anda ke kad yang seterusnya; teruskan langkah-langkah di atas sehingga kesemua hutang anda sudah habis. Sebaik sahaja hutang kad kredit anda luput, hanya simpan beberapa kad sahaja – hanya dua atau tiga untuk penggunaan yang boleh dikawal.

Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Baik

Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit barulah anda boleh mempertimbangkan cara penggunaan kad-kad tersebut dengan betul. Kad kredit ini sebenarnya adalah alat pengurusan wang yang sungguh berkesan, jika digunakan dengan waras. Kita harus pandang kepada konsumer-konsumer yang berjaya menguruskan kewangan mereka dengan kad ini.
Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap bulan. Bayangkan kredit kad itu sebagai wang tunai yang disimpan setiap bulan bagi barang-barang yang dicaj. Dengan perumpamaan ini, anda tidak akan dikenakan kos; kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan kewangan yang amat berguna bagi anda. Kad kita menjadi seolah-olah pekerja kita dan kita pula bukan lagi dihambakannya.
Kad kredit juga adalah satu-satunya sekuriti atau perlindungan tambahan dan kemudahan sewaktu membeli-belah dan berjalan, dengan syarat kita tidak menyalahgunakannya. Sebagai contoh, anda mempraktikkan bayaran hanya 5% atau RM50 minima setiap bulan, yang mana lebih tinggi. Bagi baki RM10,000 yang mengenakan caj kewangan sebanyak 18% setahun, anda akan mengambil masa 7 tahun dan 3 bulan untuk menyelesaikan seluruh baki hutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawa anda tidak lagi menambahkan caj (ingat, kad anda dalam pembeku peti ais!). Bayangkan betapa lajunya hutang anda akan meningkatkan jika apa yang dipraktikkan ini melibati banyak kad kredit lain pada masa yang sama.
Petua-petua tambahan yang boleh membantu:
· Ingat, kad kredit bukan wang percuma
· Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilan
· Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan berberlanja melibihi pendapatan anda
· Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali)
· Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda
· Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais!
Dan peringatan terakhir – gunakanlah kad kredit sebagai alat pembayaran dan bukan untuk kredit percuma. Jika anda tidak dapat menggunakannya dengan waras atau bertanggungjawab, mungkin lebih baik bagi anda untuk hentikan penggunnaannya sama sekali.
quote divider Cara Bijak Menggunakan Kad Kredit
Jawapan kepada setiap masalah anda bermula dengan mengambil langkah pertama.
quote divider Cara Bijak Menggunakan Kad Kredit

AKPK Berkongsi Buku PERCUMA CELIK WANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Celik Wang AKPK

Celik Wang AKPK

Tiada sesuatu pun bayaran yang perlu anda lakukan.. Tiada juga pendaftaran email…

Apa yang perlu anda lakukan adalah klik jer kat link nie.. http://www.akpk.org.my/Portals/0/Book/Celik_Wang.pdf

Jika anda benar-benar ingin memegang buku nieh.. Leh dapatkan di cawangan AKPK ataupun kedai buku berhampiran anda..

Harap ia memberi manfaat kepada rakan-rakan sekalian yang benar-benar ingin bebas dari permasalahan kewangan bulanan anda..

Selamat mebaca & mengamalkan apa yang dipelajari…


 Powered by Max Banner Ads 
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline