Sumber Rujukan ILMIAH

SukarNya Buat Duit Online! Aku Dah Feed UP!

Assalamualaikum semua…

Adakah ini pernah menyerang anda? Saya pasti dan yakin perkara ini akan dihinggapi setiap insan yang baru bermula di arena perniagaan tidak kita online mahupun offline.

Jujur saya katakan, ia pernah menyerang saya dan alhamdullilah saya tidak dibuai olehnya.. Saya melawan dan alhamdulillah ia menjadi satu punca booster untuk saya menjadi lebih baik dari apa yang saya miliki sekarang.

Jangan sesekali anda gusar @ gelisah apabila ia melanda diri anda. Jangan terikut dek kehendak yang mematahkan semangat anda.

Seperti kisah ” Sang Katak” yang boleh kita jadikan sebagai PEDOMAN.

Sumber Di bawah adalah : Abu Saif @ www.saifulislam.com

KATAK REBUS

Jika katak itu disimbah dengan air panas, mungkin cepatnya ia melompat pergi mencari dingin. Katak itu akan segera melarikan diri kerana terkejut dengan perubahan suhu yang memudaratkannya.

Tetapi katak yang satu ini bersenang lenang.

Disangkanya kolam sekangkang katak itu adalah tasik terindah, termewah dan terbaik. Kerana katak yang satu ini hanya kenal kolam sekangkang itu, lantaran tempurung yang lama menjadi langitnya jua. Sedangkan katak itu tidak sedar, bahawa tasik impiannya itu adalah air rebusan di dalam periuk.

“Panas pula air sekarang ini”, keluh si katak yang terasa pijar.

“Oh, semua tasik impian hari ini suam dan panas. Ia fenomena sejagat”, kata suara ghaib di balik dinding.

“Aku yang harus bertahan. Panas ini tiada jalan keluarnya. Lagi pun segalanya masih ada”, jawab si katak kepada dirinya sendiri. Lidah panjangnya asyik mengejar lalat habuan tembolok.

“Tenanglah katak. Bukan air tasik impianmu yang panas. Ia fenomena sejagat”, suara ghaib itu terus datang. Menyumbat telinga, menyumbat mata, menyumbat hati… kerana sumbat menyumbat memang kerja *al-Mala’.

MATI ATAU BUNUH DIRI?

Akhirnya katak kembung yang sepatutnya cekap melompat ke sana sini, MATI KATAK.

Mati dalam rebusan yang panas sedikit demi sedikit, selari dengan sangka baiknya yang sedikit demi sedikit percaya, bahawa ia fenomena sejagat.

Mati katak… mati atau bunuh diri?

Renungkan

Dahulu DOktor Palsu, Kini DOctor Gigi Pun PALSU?? Satu Kerugian Jika Dengan Talian Internet Anda Tidak Menjana Wang!

Trackbacks/Pingbacks

  1. Kad Kredit Memberi Aku Wang Tambahan | Sumber Rujukan Buat Duit

Leave a Reply




CommentLuv Enabled


 Powered by Max Banner Ads 
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline