Sumber Rujukan ILMIAH

Catatan Perniagaan : Penipuan Oleh Pembekal

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Pasti ramai antara anda pernah alami perkara nieh. ( Melakukan perniagaan. ) Mengapa isu nie terjadi?

Adakah perkara nie disebabkan oleh sebab terdesak mencari atau mengambil hak orang lain. Ingin mendapat keuntungan terpantas..?

Adakah ini yang menjadi satu keperluan? Adakah ini akan membuat anda terus putus asa untuk terus meniaga?

Owh!!! Sedihkan bila perkara nieh terkena kepada kita… Owh.. Apa pun, ia adalah perkara yang perlu kita pelajari dari kekilafan..

Perkara yang membuat orang tueh rugi pabila menipu insan lain kepada perniagaan mereka.

  1. Perniagaan yang dijalankan akan berjalan sepanjang tempoh yang singkat. Kita melakukan perniagaan pasti untuk jangka masa yang panjang. Bukan setakat 3-4 tahun kalau boleh 20 – 30 tahun.. Paling target FOREVER!!!! :D
  2. Promosi “mouth to mouth ” lebih hebat dibandingkan bahan promosi yang lain!!! Jadi, persiapkan diri anda untuk menjalankan perniagaan dengan terbaek!!!

Oklah.. Nie beberapa perkara yang rakan-rakan perlu persiapakan diri ( pesanan buat diriku sebenarnya.. )

Baeklah.. Setakat nieh dahulu penulisanku…

Catatan Perniagaan: Aku memulakan langkah baru dengan perniagaan OFFLINE

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Rasa belum terlewat unbtuk aku berkongsi pengalaman ingin menjadi peniaga oFFLINE agak gusar.

perniagaan Catatan Perniagaan: Aku memulakan langkah baru dengan perniagaan OFFLINE

Sebelum nieh selalu aku menjual melalui website sedia ada. Owh.. Apa pun, semoga ia akan berjalan lancar.

Aku just share apa item yang juai. Takkan nak paksa lak depa beli apa aku juai. Depa berkenan angkat. Tapi aku bagi special price. Baek punya..

Beberapa perancangan sebelum memulakan perniagaan offline aku dah rancang taklah sehebat mana di antaranya:-

1- Memberi tawaran harga MURAH dengan membeli 2 mendapat potongan harga ( kalo beli satu depa rugi ler )

2- Memberi tawaran baju longgok.. Beli ikut kemampuan..

3- Memberi perkara terbaek with good produk. ( Cuba dulu.. Bayar jika tak muat mai balik tukaq dengan size lain.. )

Nie antara 3 perancangan utama aku. Jika kawan-kawan ada perkara nak share leh ler share perkara nieh nghan aku..

Boleh aku tambah baik supaya pelanggan offline aku berasa seronok.. Owh.. :)

Apa pun, semoga semua berjalan lancar.. ( Tengah pulun nak beraya plus geram tengok kawan-kawan dah ramai pakei APPLE.. ) Post terbaru dari AZIZWAN.. Memang hangin!!!

Apa pun, post terbsebut buat aku lagi kerja keras.. :grin: Nielah dinamakan Persaingan sihat diantara kami walau berkenalan hanya di atas talian..

Oklah. That’s all my story for today. Jika nak tengok item aku juai offline leh tengok gak. Atas talian aku menjuai. Jadi, kawan-kawan yang jauh leh ler layari KEDAI KAMI.

AKU BOLEH!!! Pasti Boleh!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Owh.. Semakin hari semakin terisi masa dan pemikiran kita untuk terus berjaya bukan?

Jika tidak mahu kaya pun, sekurang-kurang kita memikirkan untuk tidak berada di dalam putaran roda sekarang bukan?

Jika anda tiada pemikiran ini.. SYOH!!! Pi main jauh-jauh.. ( Marah Nampak… :) )… Takderlah marah.. Cuma pikirkan sejenak.

20989654 1 AKU BOLEH!!! Pasti Boleh!!!

“Berapa lama anda selesa dengan keadaan diri anda sekarang? Adakah ia memberi kekekalan kepada anda sehingga anda pencen kelak?”

Jika anda rasa pekerjaan dan apa jua anda lakukan sekarang mampu memberi kesenangan & ketenteraman kepada anda sekarang. Alhamdullilah.. Anda telah jumpa ‘kuncinya’.. ( jika benar kunci yang anda jumpa itu kunci yang betul.. )

Tidaklah saya mengatakan setiap pekerjaan itu tidak menjamin kehidupan kelak. Tetapi ia perlu diperluaskan untuk kita tidak merungut dan menyalahkan orang lain hasil dari ‘kerajinan‘ kita menambah dana ekonomi keluarga kita. Hasil dari kenaikan harga barang yang PASTI akan meningkat setiap tahun…

Jadi, mulakan sekarang dengan perniagaan sambilan. Mulakan dengan sesuatu yang anda lakukan sekarang.

Sekiranya anda seorang jurugambar why not mulakan tugasan sambilan dengan mengambil gambar kahwin atau apa event kecil dahulu…

Ini bermaksud mulakan dahulu apa yang anda sedang lakukan sekarang… Jika anda memulakan apa yang anda lakukan pasti tiada perkataan ” SUSAHLAH SAYA TAK BOLEH BUATLAH… & 1001 PERKARA ALASAN”

Nah… Nie merupakan sedikit perkara yang mungkin membuka minda anda untuk mengatakan.. AKU BOLEH!!! AKU JUGA BOLEH BERJAYA…

Jom Berubah!! Persiapkan DIRI ANDA!!

4871077686 ccfae2c744 Jom Berubah!! Persiapkan DIRI ANDA!!
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalamualaikum dan selamat pagi…

Apa khabaq semua? Pasti HEBAT bukan… ( Dah macam MLM pulok… ) Hueheuheuheuh..

Apa pun, minda positif amat penting untuk semua orang.. Tidak kira meniaga, bekerja, sambilan kerja,sambilan niaga.. Semua perlukan pemikiran positif supaya perkara yang positif sentiasa mengalir mengelilingi diri kita..

Oklah… Apa sebenarnya tujuan post nieh.. Huheuheuheu.. Iyalah.. Pembuka bicara membuka lembaran supaya kita tidak bohsan dengan perkara nieh..

Apakah kita telah siapkan diri untuk menghadapi bulan mulia Ramadhan Al~ Mubarak pada lusa insyaALLAH…

Apakah persediaan kita untuk menghadapinya. Pasti persiapaan minda dan fizikal perlu untuk memastikan kita berjaya melakukan ibadah pada bulan mulia ini. ( peringatan untuk diriku jua sebenarnya… )

Yang menjengah kita setahun sekali.. Adakah kita pasti akan menemuinya pada tahun hadapan?

Jadi persiapkan diri sebelum MAUT menjemput kita. Apa pun, akhirat tetap ‘dunia’ abadi buat kita semua umat islam..

Hari ke hari ada sahaja kelahiran baru dan kematian yang dicatatkan seluruh dunia.

Masa kita pasti akan tiba.. Adakah kita bersedia atau tidak.. Ia akan kunjung jua…

Jadi, masa niehlah kita perlu mula berubah….

Semakin Hari Semakin Mencabar. Adakah kita makin kebelakang?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

termenungkucing Semakin Hari Semakin Mencabar. Adakah kita makin kebelakang?

Apakah kehidupan kita sekarang makin kehadapan meninggalkan pesaing-pesaing lain atau kita telah ditinggalkan awek’s pesaing kita?

Owh. Jika kita berjaya meninggalkan pesaing kita pasti kita berasa seronok yang amat dan begitu bangga sekali bukan? Tetapi perkara yang berlainan berlaku sekiranya kita ditinggalkan kekasih a.k.a awek’s pesaing. Pasti sedih murung dan mungkin perasaan ingin bunuh diri pun ada bukan? ( Saya harap dan doa takder ler.. Tak cium bau SYURGA beb!!! )

Oklah. Apakah teknik atau cara kita untuk tidak ketinggalan paling tak pun kita berada seiring sejalan terus dengan kekasih a.k.a awek’s pesaing kita?

Hmm.. Nie yang susah nieh.. Betui tak? Yer ler dah ler susah nak dapatkan  kekasih a.k.a awek’s perniagaan yang menarik. Nie nak terus meninggalkan mereka yang lain.

Jangan risau kawan-kawan… Terdapat cara yang kita boleh terus kekal didalam persaingan kekasih a.k.a awek’s perniagaan sedia ada.

Nie beberapa cara yang aku baca dari buku ” Bagaimana Saya Boleh Jadi JUTAWAN KEKASIH SEJATI YANG HEBAT

1- Teruskan memberi perkhidmatan sedia ada dari sudut yang berbeza.

2- Teruskan memberi bantuan EXTRA kepada pelanggan anda.

3- Teruskan memberi ADD ON kepada bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada.

4- Berikan LEBIH dari jangkaan pelanggan.

Buat masa nieh.. Itu jerk kaedah yang aku temui.. Dalam buku ” Bagaimana Saya Boleh Jadi JUTAWAN KEKASIH SEJATI YANG HEBAT

Aku Semakin ADDICT With eBay| Ada Hadiah PERCUMA untuk ANDA!!

Assalamualamualaikum dan salam sejahtera semua..

Owh.. Adakah terlalu sibuk akan urusan eBay dan Facebook..

Semakin aku lupa untuk follow up anak aku yang sorang nieh. ( Blog First Full Earn ).

Apa pun, diri anda semua tidak akan dilupa.. Teringin nak buat ebook berkaitan eBay.. Tapi sejak SIFU MANSURBIZ keluaqkan ebook yang best..

Terus aku senyapkan untuk keluaqkan ebbok tersebut.. ( Penulisan pun belum bermula.. Huehueheuheueh :p )

Disebabkan terlalu seronok dek main eBay.. aku pun lenyapkan sementara niat nieh..
Sehingga aku mendapat VCD Mansur Biz.. ( Lama gak tunggu dekat 2 bulan.. First Reserve Team yang percaya & Yakin akan kelebihan mansurbiz. )

dvd video panduan ebay1 Aku Semakin ADDICT With eBay| Ada Hadiah PERCUMA untuk ANDA!!Nie merupakan perkara atau kulit depan yang lebih tempatan.. :)

Aku maleh nak cakap banyak pasai DVD nie.. Nape? Pasai aku dah beli.. Memang aku pueh hati..

DVD orang putih pun tak dak keluaq punya details mcm nieh..

Jadi sesiapa yang nak dapatkan ebook aku.. Yang aku tak keluaqkan kat mana2.. Beli DVD Mansurbiz nieh..

Mengapa beli ngan aku…

1- eBook yang tak pernah keluaq lagi kat mana-mana…

2- eBook yang berkongsi dengan anda teknik kajian secara PERCUMA macam mana nak start cari item kat eBay sendiri. Anda akan lihat item yang belakang umah pun leh juai.. Nah!!!

3- eBook nieh memanglah sesuai untuk semua yang nak tambah ILMU dan sudah Banyak ILMU… :)

Okies.. Leh follow step2 dia kat sini…

Leh follow step by step bawah nieh.. :)

1..lawati laman web Sifu MansurBiz dulu di sini. http://www.duitlelong.com

2.. Clearkan cookies di komputer/laptop anda, langkah ini perlu utk mengelakkan anda hilang bonus spt yang anda inginkan…

a) Mozilla – pilih tab Tools > Pilih Clear Recent History > Tick pada semua box atau pilih Everythign > Klik button Clear Now…

b) Internet Explorer – Pilih tab Tools > Pilih Delete Browsing History > Cari Delete All > Tick Also delete files > Yes

3.. Membuat belian DVD Diari Usahawan eBay Berhingus melalui link ini, ingin diingatkan, sila pastikan link ini berada di address bar anda sewaktu proceed utk pembelian…
http://www.duitlelong.com/?id=37

Manakala kat footer bawah.. ada nama aku [ijamidayu] :)

4… Selepas menghantar bukti pembelian di PakarAffiliate.com, sila forwardkan saya satu email ke shahkhairulnizam@yahoo.com yang terkandung butiran spt berikut:

Tajuk Email: Bonus DVD Diari Usahawan eBay Berhingus
Nama:
Email:
No Phone:
Bukti Pembayaran:

Jika ada tak faham, atau musykil, atau nak cara mudah, call saja saya di h/p: 012-3506584 - En. IjamIdayu

Abah Menghadap Maha Pencipta

Abah menghadap Illahi 22 – 06 – 2010 beberapa minggu sebelum hari lahirnya 07-07-2010.

Memang sedih yang amat. Abah dok sepital 45 hari. Owh. begitu sedih dan luluh hati kami sekeluarga adik dan juga mak.

Apa pun, ia adalah ketentuan illahi. Apa yang amat mengecewakan aku tidak sempat untuk bertemu abah. Aku lewat 2 minit sebelum berjumpa abah.

Apa pun aku redha akan ketentuan illahi. Dari melihat wayar berselirat melilit tubuh abah. Yang mana amat menyentuh hati aku disebabkan permasalah paru-paru.

Semoga roh abah ditempatkan bersama mereka yang beriman.. AL- FATIHAH….

In memory Abah Ramli Bin Ismail 07-07-1955 ~ 22 – 06 – 2010……..

Terlalu Sukar Membina Rangkaian Perniagaan Internet?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah dan mohon maaf.. Kenapa lak?

1- Syukur Rezeki ALLAH mencurah-curah kepada kami sekeluarga melalui perniagaan eBay…

2- Maaf sebab lama giler tak update blog kesayanganku nieh…

Oklah.. Sebentar tadi baru sahaja selesai program anjuran Kelab Permata tajaan PKNS, yang mana saya dijemput sebagai penceramah jemputan untuk kursus selama 2 hari di Kolej Inpens Kuala Selangor.

Thanks semua kerana turut serta hadir mempelajari ILMU Perniagaan Internet yang sebenar.. OWh… Terharu lak.. :)

Apa pun, ramai yang bertanya..

“Encik IJAM Sukar ke nak membina perniagaan di Internet…”

Dengan selambaku menjawab… ” Sudah pasti tidak sesukar mana jika kita punya ILMU…” ( Owh. Macam kerek jerk.. HUhuhuhuhuh  )

Apa pun, itulah kuncinya… ILMU, tanpanya.. Pasti tidak terhasil blog kesayanganku ini (walau jarang-jarang updated… )

Apa pun, selagi kita mampu, kita akan mencari dan mengeluarkan modal untuk ILMU yang memberi manfaat kepada kita kelak…

Owh.. ILMU aku amat menyanyangimu selain ANAK-ANAK dan ISTERIKU (sudah pasti.. HUEhueheuehuehu )

Oklah.. Dah dapat jawapan untuk apa yang telah menjadi persoalan…. Sekarang tanpa banyak soal.. Laksanakan apa yang telah anda ketahui dan pelajari… ( FUH!! Macam Cikgu-CIkgi lak.. HEUheuheuehuehe)

Sehingga berjumpa di lain kali.. Nak layan dopod 838pro 2nd set yang beli untuk memudahkan urusan semakan belian dari customer di eBay… :)

Perlaksanaan dan pembahagian tugas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua. Adakah anda semua masih menjalankan apa yg anda lakukan sebelum ini. Adakah anda telah pun putus asa. Adakah ia membuatkan anda kembali melakukan tugas lama kembali?

Apakah yang membuat anda kembali melakukan perkara yang sebelum ini anda lakukan?

1- Gagal mendapat apa yang anda harapkan melalui internet?
2- Perlaksanaan yang tidak begitu sempurna?
3- Pembahagian tugas yang tidak dilaksanakan dengan sempurna @ betul?
4- Pembahagian masa yang kurang efektif?

Apakah 4 perkara ini menggangu kehidupan anda dan sering membuat anda GAGAL mencapai apa yang hajatkan atau harapkan?

Jadi, apakah ia masih disebabkan perkara yang anda sendiri SALAH lakukan @ anda masih ingin menyalahakan pihak @ orang lain atas perkara yang anda sendiri tidak lakukan dengan betul?

Jadi, pada aku. Sering kali kita menyalahkan orang lain tanpa kita sedari kita sendiri telah sering tidak sedar akan kekkilafan dan kealpaan kita sehingga sering lalai akan tugas yang sebenar,

OWh apakah ini punca sebenar yang membuat aku gagal mencapai apa yang aku harapkan dan hajati dari mencapainya 3 tahun lepas.

Apa pun.. Kekilafan kesilapan merupakan guru yang terbaik utnuk mengajar kita erti sebenar perjuangan. Jadi kepada rakan-rakan semua yang telah gugur mahu gugur..

Jangan gugur dahulu kerana ia akan membuat anda menyesal idak berkesudahan.. Yakinlah.. Setiap insan bernama MANUSIA ada kelebihan diri masing-masing yang perlu kita selidiki dan kaji.

Jadi, saya doakan anda berjaya mengapai dan mencapaai apa yang anda hajati.

” Ia bukan sesuatu yang mudah jika kita tidak tahu. Ia juga tidak mudah dan susah jika kita tahui dan tiada tindakan…”

Laptop Acer 4741G

Laptop Acer 4741G

Aku Begitu Obses Dengan Duit!!

Aku Gila DUit.

Aku Gila DUit.

Apakah mengena aku dengan post nieh..
Owh.. Aku bukan gila wang!!! Tapi wang gilakan aku.. Owh!!!

Tidak pasti apakah sebenarnya releted nie semua ngan kehidupan harian ku.

Tapi yang pasti.. Rezekiku menjadi selepas:-

1- Mengenal Diri.. ( Thanks Abg Long & Abg AZMIN )

2- Mengenal Potensi diri.. ( Thanks Abg Long & Abg AZMIN )

3- Menjalankan apa yang anda ketahui akan potensi diri..

4- Berkongsi ILMU yang dipinjamkan dengan mereka yang lain..

Owh.. Syukur alhamdllh, jika tiada halangan dan kesulitan.. InsyaALLAH akan keluarkan Laptop pada minggu hadapan untuk memudahkan urusan perniagaan eBay dan juga Personal Coaching dengan mereka yang berminat untuk meningkatkan pendapatan keluarga.. :)

Doakan ku berjaya mencapai apa yang dihajati.. Ku jua doakan kejayaan anda yg sudi melawat blog ini.. OWh..

Kelebihan Memiliki Kad Perniagaan

Shahkhairul 01 Kelebihan Memiliki Kad PerniagaanAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Adakah dengan memiliki Kad Perniagaan ini penting? Owh.. Ia akan menjadikan satu kelebihan @ penambahan di dalam pemasaran produk atau service anda.

Owh.. Saya bukanlah seorang yang pakar. Tetapi pakar-pakar lain ada memberi tahu akan kelebihan ini. Jadi saya akan memastikan ia tidak dilepaskan begitu sahaja.

Just want to share my new Business Card just arrive yesterday. Really nice and smart accourding to my wife. :) Saya sendiri berasa seronok dan puas kerana ia adalah pertama kali ia ditempah dan didesign oleh orang lain.. :)

Kad Perniagaan

Kad Perniagaan

Punca-Punca Penyebab Penyakit Malas.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!!

Apakah punca-punca yang menyebabkan kita malas? Seperti artikel saya yang lepas Malas Menyebabkan Kita Dalam Kerugian.

Apa yang menjadi Punca-Punca penyakit malas nieh??

1- Terlalu selesa dengan keadaan sekarang
2- Terlalu bergantung kepada orang sekeliling ( Emak,Abah,Adik-Beradik, Saudara-Mara)
3- Mengharapkan belas ekhsan orang lain.
4- Berada di Negara tersendiri dan mengharapkan Bantuan Penuh dari Kerajaan.

Apa yang menyebabkan menyebabkan kita menjadi begini? Seringku perhatikan pekerja asing di Bumi Bertuah Malaysia ini.

Pergi dan pulang kerja hanya dengan menaiki bas 11 (jalan kaki). Manakala kita menaiki kenderaan seperti kereta mahupun motosikal ( kos minyak dan kos penyelenggaraan).

Seperti juga dengan diriku ini pergi kerja menaiki kereta. Sering ku dengar rungutan dari teman-teman seperjuangan di pejabat dan rakan-rakan di luar.

Merungut dek kerana kepayahan yang melanda kehidupan sehari-hari. Apakah kita nieh masih lagi tidak bijak mencari peluang dan ruang di bumi tercinta ini?

Di mana silap dan salahnya kita apabila berada di bumi sendiri kita merempat dan sering meminta-minta?

Apakah dengan pekerjaan yang kita jalani hari ini tidak membawa kita kemana-mana?  Anda sendiri boleh lihat dengan kehidupan seharian anda.

Sudah pasti kita merasakan ada sahaja yang tidak mencukupi dengan pekerjaan dan juga perbelanjaan harian kita. Tetapi kita cukupkan juga.. Bukan?

Banyak peluang dan ruang yang terbentang di hadapan kita, cuma kita bijak atau tidak merebut peluang itu.

Mungkin peluang itu kita nampak nun jauh disana.. Tetapi rupanya hanya betul-betul berada dihadapan mata kita. Cuma ‘mata’ kita tidak dapat melihat peluang yang ada benar-benar di hadapan kita.

Jadi, setiap peluang itu bukanlah saya katakan ia terus anda rebut dan jalankan.

Banyak perkara dan benda yang perlu diambil kira. Sudah pasti ia memerlukan kos. Tidak kira kecil mahupun besar.

Jadi? Pastikan peluang yang tidak tidak ditolak mentah-mentah dan juga tidak diterima bulat-bulat.

Kita perlu tahu akan keupayaan serta bersesuaian dengan diri kita. Yang pasti ia bukanlah sesuatu yang singkat untuk kita beroleh kejayaan dengan hanya berangapan apabila kita merebut peluang itu kita telah pun berjaya.

ALLAH tidak akan memberi kita kesusahan dan kesenangan tanpa UJIAN dariNYA.

Mengapa? Supaya kita tidak alpha dan lupa akan keESAANNYA.. Nah!!! Jadi, jika apa yang telah anda usahakan membuahkan hasil.. Usahakan sedikit kerja keras…

Pasti ada buah mulut dan mereka yang tidak suka apa yang anda lakukan. Pada saya, selagi ia tidak melanggar perintah ALLAH dan HALAL. Apa lagi.. Ia adalah UJIAN dari ALLAH untuk menguji dengan melihat ketahanan mental kita.

Jika kita berjaya akan UJIAN dari ALLAH, saya pasti dan YAKIN anda boleh berjaya di dalam apa yang anda usahakan.

Salam kejayaan dari saya untuk anda… Teruskan usaha anda dan sentiasa memohon keredhaan dariNYA.


Benarkah MLM benar-benar membantu Anda Menjana Jutaan Ringgit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pasti tajuk kali ini agak hot sedikit. Bukan tujuan untuk kondem mahupun menyebelahi..

Ini merupakan pandangan peribadi saya sahaja. Tiada kaitan dengan sesiapa pun. Harap dengan ini kita membuka minda yang positif melihat ia dari ruang yang berada ada di ruang ‘neutral’.

Apa pun, ingin saya kongsikan statistik di bawah untuk perhatian dan pemerhatian kita yang diberikan oleh KPDNKK

JUMLAH SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG BATAL LESEN

Pelan Pemasaran

2005

2006

2007

2008

MLM

16

5

4

11

SLM

15

11

10

1

MO

-

1

-

-

SL&MO

-

1

-

-

Jumlah

31

18

14

12

BILANGAN SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG DILESENKAN DI BAWAH AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (SEHINGGA DISEMBER 2008)

BERBILANG TINGKAT

MLM

427

SATU TINGKAT

SLM

174

PESANAN POS

MO

37

SATU TINGKAT & PESANAN POS

SL/MO

32

JUMLAH

670

BILANGAN LESEN JUALAN LANGSUNG YANG SAH TAHUN 1997- 2008

Pemasaran

1997

1998

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

MLM

314

316

446

427

213

230

359

304

342

394

418

427

SLM

436

349

205

199

117

124

128

149

158

162

164

174

MO

-

-

82

69

31

28

38

37

37

36

37

37

SL&MO

-

-

32

17

24

31

29

31

32

30

31

32

Jumlah

750

665

765

712

385

413

554

521

569

622

650

670

PECAHAN NILAI JUALAN TAHUNAN MENGIKUT PELAN PEMASARAN

Jenis Pelan

2003

RM(juta)

2004

RM(juta)

2005

RM(juta)

2006

RM(juta)

2007

RM(juta)

Berbilang Tingkat (MLM)

3,023.9

3,934.5

3,853.9

5,211.2

3,838.3

Satu Tingkat (SL)

523.9

745.3

795.4

718.0

728.4

Satu Tingkat & Pesanan Pos (SL/MO)

1,288.1

626.5

1,966.7

2,107.7

1,064.6

Jumlah

4,835.9

5,306.3

6,616.0

8,036.9

Peratusan yang ada hanyalah sehingga tahun 2008 sahaja.. Itu pun jumlah yang menutup syarikat mereka jumlah yang pada saya sesuatu yang amat tinggi.. Namun, masih ada syarikat yang telah benar-benar kukuh dan lama bertapak di bumi bertuah Malaysia kita nie..

Jadi, lihat sahaja berapa pendapatan yang telah mereka jana melalui perniagaan MLM. Memang amat tinggi.. Jadi ruang dan pendapatan yang diperoleh amatlah tinggi.

Jadi, selagi kita sanggup untuk berniaga tidak kisah di arena perniagaan mana pun. Ruang untuk meperoleh pendapatan amatlah luas.

Cuma, jangan memperlekehkan apa yang orang lain usahakan. Mungkin dari segi FIZIKAL mereka hanya memiliki kereta @ rumah yang buruk. Tetapi mereka menjana pendapatan yang hebat dari kita.

Jadi, apa pun.. Teruskan perniagaan dan usaha kita di dalam memartabatkan maruah bangsa,keluarga dan AGAMA kita…

Cara Bijak Menggunakan Kad Kredit

“Pandai gunakan kad kredit?” Alangkah peliknya soalan ini – takkan saya tak tahu! Senang sahaja: Apabila membeli, berikan kad kredit kepada juruwang, kemudian letakkan tandatangan di resit yang diberikan (kadang-kadang saya tak perlu tandatangan pun, hanya lambai dan pergi!). Jika saya sentiasa bayarkan amaun minima bulanan, banyak pula dapati kredit percuma. Dan saya juga tak perlu risau jika perbelanjaan saya sudah sampai tahap maksima kad tersebut. Syarikat pengurusan kad kredit itu tentu akan menambahkan had kredit saya, dan syarikat-syarikat lain pula pasti akan menawarkan kad-kad yang lain sehingga saya pun tak terdaya untuk menggunakan semuanya!

Kad Kredit

Kad Kredit

Sering dengar kata-kata begini? Sudah tentu. Ini perkara yang tidak menghairankan sebab inilah pendekatan yang diambil oleh berjuta-juta pengguna kad plastik ini, seolah-olah membeli barang merupakan kegiatan yang sungguh mudah. Awas! Pengurusan kewangan yang sebegini telah memudharatkan kebanyakan keluarga. Apatah lagi dengan kenaikan harga barang-barang yang tidak ditandingi dengan kenaikan pendapatan. Kebanyakan orang Malaysia terpaksa berbelanja lebih dari kemampuan masing-masing. Hutang kad kredit ini mungkin kelihatan seperti isu yang agak kecil tetapi ia boleh menimbulkan masalah yang jauh lebih besar.

Fakta Kad Kredit

Pertama, marilah kita betul-betul memahami bagaimana kad plastik “ajaib” ini berfungsi. Kita diberi talian kredit, dengan had maksima yang boleh dicaj kepada kad – “had kredit”. Setiap kali kad ini dicaj melalui sebarang perbelanjaan (transaksi), kredit kita berkurangan. Penyata bulanan yang diterima memberi kita pilihan, samada untuk bayar baki sepenuhnya, atau hanya bayaran minima bulanan (tidak digalakkan). Apabila kita membayar bayaran bulanan kepada bank yang mengeluarkan kad, had kredit maksima dikembalikan. Walaubagaimanapun, pemegang-pemegang kad kredit seringkali hanya bayar jumlah faedah dan bayaran minima baki pokok yang terhutang, dan tidak akan bayar balik baki yang sepenuhnya. 

Perangkap Belanja

Bagaimana agaknya seseorang itu boleh “terperangkap”? Bagi orang-orang muda, penyakit berhutang ini mungkin bermula dengan cara yang tidak diduga. Di kolej pengajian tinggi, sebahagian besar dari mereka diberi kad plastik tersendiri oleh ibubapa sebagai pemegang kad tambahan. Amboi! Banyak pula barang-barang yang perlu dibeli (contohnya, kasut serta pakaian jenama, i-Pod, beg dan barang fesyen yang “cun” dan paling terkini) dan pesta hiburan atau aktiviti sosial yang penting untuk dihadhiri! Bukankah amat leceh dan menyusahkan untuk meminta ibubapa tersayang setiap kali duit tambahan diperlukan (bukankah membazir wang untuk bayar kos telefon lagi?). Jadi, cara yang termudah dan tercepat – Caj sajalah!

Mungkinkah bidang pelajar menceburi dalam dunia berhutang ini sangat konfiden dan tiada ragu-ragu bahawa mereka akan bergaji tinggi tidak lama kelak – tentu hutang itu luput dalam jangkamasa yang singkat – hanya beberapa tahun selepas graduan. Malangnya, ramai graduan menghadapi bahawa realiti masa hadapan mereka jauh berbeza dari apa yang telah dijangkakan. Sekarang mereka sudah selesa dengan bilangan baki bulanan tersebut dan sedar bahawa mereka terperangkap: hutang yang terus meninggi tidak dapat ditandingi oleh  kenaikan pendapatan mereka yang ala kadar.

Bukan orang muda sahaja yang dapati diri mereka terperangkap di dalam situasi begini. Malah, orang-orang dewasa yang berfikiran cukup matang juga tergoda dengan kemudahan kredit ini. Para iklan memaparkan barang-barang baru dan canggih yang kononnya “ganjaran” bagi kita! Ya, amat sukar bagi kita menolak kemewahan hidup dengan barang-barang rekreasi, pakaian dan perkakas-perkakas termoden, yang sering ditawarkan. Dalam situasi lain pula, orang yang tiada pekerjaan juga boleh terbabas dalam hutang kredit kad – simpanan wang pun tiada, kredit kad pula dijadikan kemudahan untuk menyara keperluan seharian. Akan tetapi, apabila mereka mula bekerja semula, mereka sedari bahawa kad kredit mereka sudah mencapai had maksima; pembayaran balik pun menjadi satu bebanan yang besar.

Walaupun kita tidak mahu berfikiran negatif, kita tidak akan mencegah masalah kewangan jika kita selalu mengendahkan realiti sebenar. Kemerosotan ekonomi membuatkan ramai orang terdesak dan terjatuh dalam malapetaka kewangan. Hanya mereka yang telah membuat persediaan untuk menghadapi situasi yang kurang baik sebegini akan dapat bertahan di dalam suasana yang sukar. Apakah harus dibuat untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi sebahagian dari angka statistik yang menyedihkan?

Cara Pembayaran Balik Hutang Kad Kredit

Jika anda hanya membayar jumlah faedah kad kredit setiap bulan dan ingin memberhentikan hutang sebegini, langkah pertama adalah untuk menganalisa pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda.  Jumlahkan perbelanjaan anda dan tolakkannya dari pendapatan. Inilah baki pendapatan yang boleh anda gunakan setiap bulan.

Langkah kedua: Hentikan bertransaksi melalui caj kredit. Bekukan penggunaan kredit kad anda (ya, betul – letakkan semua kad-kad kredit ke dalam kotak ais krim, isikan dengan air dan simpankan kotak itu dalam pembeku di peti ais!). Bayarlah barang-barang yang perlu dibeli secara tunai. Kemudian senaraikan hutang kad-kad kredit yang masih ada. Kenalpastikan kad yang mengenakan caj kewangan yang paling tinggi. Mungkin anda berpeluang untuk pindahkan baki dari kad berfaedah tinggi ke kad yang menawarkan kos yang lebih rendah (tentukan anda membaca semua info yang diberi supaya tidak dikenakan kos yang tersorok pula).

Seterusnya, susunkan kad-kad anda mengikut kadar caj kewangan, gunakan baki pendapatan untuk membayar balik kad yang paling mahal (kos tertinggi) tersebut. Setelah hutang kad termahal selesai, tutupkan akaun tersebut dan musnahkan kad itu. Kemudian ubahkan fokus anda ke kad yang seterusnya; teruskan langkah-langkah di atas sehingga kesemua hutang anda sudah habis. Sebaik sahaja hutang kad kredit anda luput, hanya simpan beberapa kad sahaja – hanya dua atau tiga untuk penggunaan yang boleh dikawal.

Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Baik

Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit barulah anda boleh mempertimbangkan cara penggunaan kad-kad tersebut dengan betul. Kad kredit ini sebenarnya adalah alat pengurusan wang yang sungguh berkesan, jika digunakan dengan waras. Kita harus pandang kepada konsumer-konsumer yang berjaya menguruskan kewangan mereka dengan kad ini.
Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap bulan. Bayangkan kredit kad itu sebagai wang tunai yang disimpan setiap bulan bagi barang-barang yang dicaj. Dengan perumpamaan ini, anda tidak akan dikenakan kos; kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan kewangan yang amat berguna bagi anda. Kad kita menjadi seolah-olah pekerja kita dan kita pula bukan lagi dihambakannya.
Kad kredit juga adalah satu-satunya sekuriti atau perlindungan tambahan dan kemudahan sewaktu membeli-belah dan berjalan, dengan syarat kita tidak menyalahgunakannya. Sebagai contoh, anda mempraktikkan bayaran hanya 5% atau RM50 minima setiap bulan, yang mana lebih tinggi. Bagi baki RM10,000 yang mengenakan caj kewangan sebanyak 18% setahun, anda akan mengambil masa 7 tahun dan 3 bulan untuk menyelesaikan seluruh baki hutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawa anda tidak lagi menambahkan caj (ingat, kad anda dalam pembeku peti ais!). Bayangkan betapa lajunya hutang anda akan meningkatkan jika apa yang dipraktikkan ini melibati banyak kad kredit lain pada masa yang sama.
Petua-petua tambahan yang boleh membantu:
· Ingat, kad kredit bukan wang percuma
· Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilan
· Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan berberlanja melibihi pendapatan anda
· Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali)
· Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda
· Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais!
Dan peringatan terakhir – gunakanlah kad kredit sebagai alat pembayaran dan bukan untuk kredit percuma. Jika anda tidak dapat menggunakannya dengan waras atau bertanggungjawab, mungkin lebih baik bagi anda untuk hentikan penggunnaannya sama sekali.
quote divider Cara Bijak Menggunakan Kad Kredit
Jawapan kepada setiap masalah anda bermula dengan mengambil langkah pertama.
quote divider Cara Bijak Menggunakan Kad Kredit

AKPK Berkongsi Buku PERCUMA CELIK WANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Celik Wang AKPK

Celik Wang AKPK

Tiada sesuatu pun bayaran yang perlu anda lakukan.. Tiada juga pendaftaran email…

Apa yang perlu anda lakukan adalah klik jer kat link nie.. http://www.akpk.org.my/Portals/0/Book/Celik_Wang.pdf

Jika anda benar-benar ingin memegang buku nieh.. Leh dapatkan di cawangan AKPK ataupun kedai buku berhampiran anda..

Harap ia memberi manfaat kepada rakan-rakan sekalian yang benar-benar ingin bebas dari permasalahan kewangan bulanan anda..

Selamat mebaca & mengamalkan apa yang dipelajari…

Kad Kredit Memberi Aku Wang Tambahan!

“Senanglah sekarang nak dapatkan kad kredit. Aku pun ada “Duit Tambahan” untuk membeli barang-barang tanpa perlu mengusik duit gaji.”

Ha! Baguih sangatlah statement macam nieh.. Apa yang aku pasti dan tahu!! Orang begini akan menjadi seperti Khairul Mat Dom.

Perkara ini baru sahaja berlaku kepada rakan sepejabat saya. Oleh itu ia memberi kesedaran kepada diriku betapa pentingnya kita mengawal dan merekod segala perbelanjaan kita.

Mengapa ini boleh berlaku hampir kepada golongan bergaji “besar“. Adakah dengan pendapatan yang dikatakan besar itu membuatkan anda tidak mengakui hakikat sebenar anda sebenarnya tidak memerlukan gaji yang besar.

Tetapi kita memerlukan pengurusan kewangan yang betul. Itulah yang sepatutnya kita lakukan untuk memastikan kewangan kita lebih teratur dan sentiasa ada lebihan.

Jika anda merasakan pendapatan anda tidak mencukupi. Ini beberapa buah buku yang secara peribadi telah membantu saya mengawal dan memerhatikan pergerakan wang tunai saya.

1- Mas Kahwin Yang Hilang

banner Kad Kredit Memberi Aku Wang Tambahan!

2- Panduan Wang Gaji

banner3 Kad Kredit Memberi Aku Wang Tambahan!

Salam Maulud Nabi. Apakah Sebenarnya Manfaat Kepada Kita

Baru-baru ini timbul sedikit pertikaian apabila disebut kerajaan negeri Pulau Pinang ingin membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. Ia dijadikan isu politik oleh ahli politik. Walaupun telah dijelaskan bahawa hal itu tidak benar, saya suka untuk mengulas amalan tersebut dari perspektif bukan politik kepartian, tetapi melalui perspektif yang sedikit berbeza. Adakah jika benarlah dibatalkan perarakan itu, adakah ia merupakan satu isu besar dari sudut agama serta tanda tidak menghormati baginda Rasul dan Islam?

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul

Seumur hidup saya, saya belum dan tidak pernah menyertai kumpulan perarakan sempena menyambut Maulidur Rasul. Saya tidak berhasrat untuk membicarakan persoalan perbezaan dan perdebatan hukum tentang perarakan seperti itu. Saya kira hal ini setiap tahun akan menjadi polemik dan kerap dijadikan bahan perdebatan yang akhirnya menjadi medan memperlekeh antara satu sama lain atau lebih buruk, menyemai titik kebencian di antara satu sama lain. Saya ada pandangan dan pendirian dalam hal sama ada bid’ah atau tidak sebuah perarakan Maulidur Rasul, Namun cukuplah memadai tulisan-tulisan dari mereka yang telah mengulas panjang lebar.Tulisan ini hanya saya sasarkan untuk kita sama-sama fikir dan fahami tentang keutamaan atau yang ‘sepatutnya’ sahaja.

Sebagaimana kita tahu dan faham, sambutan Maulidur Rasul sepatutnya bertujuan untuk memperingati kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w atau yang lebih penting adalah perlantikan baginda menjadi Rasulullah. Setakat mengenang tarikh kelahiran semata-mata tanpa mengenengahkan inti risalah, mesej dan perjuangan yang dibawa oleh baginda Nabi adalah suatu kesilapan dalam pendekatan dan memahami keutamaan.

Justeru itu, bagi mereka yang TEGAS berpegang kepada KEHARUSAN menyambut Maulidur Rasul, atas alasan-alasan yang mereka yakini, aktiviti yang paling wajar ketika itu tentunya adalah semua jenis majlis yang mengenengahkan inti perjuangan Nabi seperti mengajak kepada tauhid Allah dan menjauhi syirik, meyakini akhirat dan hidup di atas dunia bersesuaian dengan keyakinan tersebut, mematuhi hukum-hakam dalam bidang hubungan manusia dengan manusia sama ada dari sudut akhlak, nikah kahwin, muamalat kewangan dan hukuman jenayah.

Ruang inilah yang perlu dimaksimumkan ketika menyambut Maulidur Rasul. Itulah tanda kita sedang benar-benar memperingati baginda. Itulah sebuah penghargaan dan syiar yang benar-benar tepat mengenai sasaran sebuah sambutan terhadap baginda Nabi. Kerana itu juga merupakan inti dan kandungan perjuangan Rasulullah yang mulia selama 23 tahun kehidupannya sebagai seorang Rasul dan Nabi terakhir bagi seluruh bangsa manusia.

Jika demikian, bagaimana cara untuk mengengahkan semua itu kepada masyarakat? Sambutan maulidur Rasul sangat mesti mensasarkan objektif mengajar mereka yang belum tahu, mengingat mereka yang lupa, mengukuh pegangan mereka yang telah dan masih ingat serta membetul mereka yang tersasar dari kehidupan yang ditunjuk oleh Rasul mereka.

Kita ingin menyambut Maulidur Rasul dengan mengembalikan ingatan masyarakat kepada tatacara kehidupan yang layak untuk mendapat belas Allah dan syafaat Nabi di akhirat.

Persoalannya, adakah sebuah perarakan dengan pakaian seragam, mengangkat sepanduk puji-pujian, sambil berselawat mampu membawa kita ke arah objektif itu? Jika itulah upacara utamanya, saya kira ia benar-benar sebuah antiklimaks serta TIDAK memberi banyak manfaat dari sudut akhiratnya, di tambah pula lagi di ketika wujudnya pertikaian pada sambutan Maulidur Rasul itu sendiri. Jika begitu, apa yang patut dibuat?

Bagi saya, banyak perkara yang lebih utama, wajar dan tepat untuk dilakukan. seperti program kuliah dan ceramah sama ada di peringkat masjid, surau, sekolah, universiti sememangnya sudah tentu menjadi pilihan utama. Kerana itulah satu cara yang terulung dan paling klasik dalam menyampaikan sebuah mesej untuk mengingat, menegur, meneguh dan membetul.

Memang benar, sebahagian besar perkara di atas memang sudah menjadi amalan, namun apa yang perlu diubah adalah cara dan kaedah itu masih tidak diketengahkan dan dijadikan sebuah klimaks sambutan Maulidur Rasul. Sebaliknya ia hanyalah inisiatif kecil-kecilan pihak-pihak tersebut sahaja, sedang ruang dan peluang yang dipunyai oleh pihak pemerintah sama ada negara atau negeri menunjukkan mereka punyai ruang kuasa yang jauh lebih besar.

Justeru, gunakanlah kuasa itu untuk membesar skala program yang lebih patut diatas, jangan dibazir dengan sebuah perarakan tanpa mesej yang jelas.

Biasanya coverage program-program ceramah terlalu kecil, berbadning sebuah perarakan yang diwajibkan setiap jabatan kerajaan menghantar wakil.


Adalah lebih tepat jika pihak kerajaan pusat menggunakan ruang Televisyen untuk memasuki rumah jutaan rakyat bagi menyampaikan mesej perjuangan Rasulullah, syarikat gergasi GLC dan swasta wajar boleh menyumbangkan sedikit dari keuntungan mereka untuk menaja program-program kesedaran di ruang TV. Itu yang sepatutnya berbanding memberi tajaan kepada peraduan yang entah apa-apa dan konsert penuh maksiat.

KEPELBAGAIAN DAN KREATIVITI

Jika ingin menarik minat pelbagai latarbelakang, muda dan tua, berpendidikan tinggi dan rendah. Saya kira kreativiti diperlukan untuk mempelbagaikan majlis penyampaian mesej dan risalah Rasulullah itu. Konsert Islam seperti Konsert Maulidur Rasul berserta selingan nasihat dan ceramah ringkas mungkin munasabah walau ditentang oleh beberapa pihak yang menolak nasyid secara total. Majlis sebegitu jauh lebih baik berbanding perarakan beserta selawat tanpa sebarang ingatan dan nasihat.

Atau boleh juga kita menunjuk syiar Islam dan kecintaan kepada Rasul, melalui perhimpunan mega seluruh kakitangan kerajaan negeri dan jabatannya di sebuah stadium, tidak perlu berarak, apa yang perlu adalah duduk mendengar dan menghayati mesej-mesej dari sang penceramah berwibawa atau melalui forum, atau boleh beserta selingan nasyid. Majlis penaugerahan tokoh boleh diteruskan. Majlis peringkat kebangsaan boleh disiar secara langsung di televisyen, bagi menambah jangkauan liputan kepada mereka yang lebih suka berada di rumah.

Hari tersebut juga perlu disambut dengan usaha menutup pusat-pusat hiburan dan rancangan hiburan di media yang jelas bertentangan dengan mesej dari kebangkitan Rasulullah.

Itulah tugas seorang pemimpin disemua peringkat, rumahtangga, masyarakat, negeri dan negara. Lagi besar kuasanya, lebih besar tanggungannya di sisi Allah.

Nabi s.a.w bersadba :

?? ?? ???? ??? ???? ???????? ?? ?? ???? ??? ????? ??? ??? ?? ???? ???? ?????

Ertinya : Tiada seorang ketua yang memimpin orang bawahannya dari kalangan Muslimin kemudian dia tidak berusaha bersungguh dalam untuk kebajikan mereka dan tidak memberi nasihat (kepada Islam), kecuali pemimpin ini tidak memasuki syurga ( Riwayat Muslim)

Atau dalam riwayat lain disebut hukumannya sebagai

??? ????? ????? ?? ??? ????? ?????

Ertinya : dan apabila mereka tidak menasihatkan rakyatnya dengan nasihat kebaikan, nescaya diharamkan baginya bauan syurga (amat jauh dari syurga sehingga bauannya pun tidak diperoelhi apatah lagi syurga itu sendiri)

KESIMPULAN

Kesimpulannya, menurut pandangan saya, sambutan Maulidur Rasul melalui perarakan walau ia telah dilaksana turun temurun di Malaysia, ia tidaklah mampu menunaikan hak baginda Rasullullah dan Islam itu sendiri. Ia jelas, tersasar dari objektif utama perjuangan Rasulullah, apa yang sepatutnya lebih ditumpukan dan disalurkan peruntukan besar adalah program meningkat kesedaran terhadap inti perjuangan dan mesej Islam.

Justeru, jikalau ada mana-mana negeri yang membatalkannya sekalipun lalu diganti dengan sebuah acara yang lebih menepati maksud sambutan Maulidur Rasul seperti himpunan ceramah dan sebagainya, ia adalah lebih baik.

Semoga kita semua mampu lebih beringat dan faham mesej perjuangan baginda Rasulullah bersempena sambutan hari lahir baginda.

Sekian

sumber: Klik sini

Dahulu DOktor Palsu, Kini DOctor Gigi Pun PALSU??

Hampir 30% doktor gigi adalah doktor palsu?? Apa? Adakah ini merupakan punca semakin ramai yang takut untuk berjumpa doktor gigi untuk mendapat GIGI sihat dan bersih…?

DI bawah adalah FAKTA!!

* 95 doktor disiasat, 28 daripadanya tiada dalam senarai terkini Majlis Pergigian Malaysia.

* 29 daripada 122 nama klinik gigi yang disiasat, tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

* Kebanyakan doktor gigi ‘palsu’ ini adalah warga asing yang diupah oleh pemilik ‘klinik gigi haram’.

* Pesakit gigi yang mendapat khidmat doktor palsu, berisiko wajah jadi cacat, gusi dan tulang muka rosak atau nyawa melayang.

Jom layan Video di bawah ini…


Doktor Gigi

Kelahiran Muhammad Naufal Memberi Keceriaan Baru Buat kami Sekeluarga

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca bijaksana First Full Earn.

Oklah, tiada yang panjang ingin dicoretkan disini. Hanyalah ingin berkongsikan kelahiran baby kedua saya iaitu Muhammad Naufal. Baby boy lagik, selepas yang sulong juga boy.

Muhammad Naufal selamat dilahirkan oleh ibunya yang comei, di Hospital Putrajaya pada 28.1.2010 jam 7.53 a.m.

Ummi serta anak hanya berada di Hospital selama 1 hari sahaja. Kos pembayaran hanya RM 60 bagi kelas kedua, agak ‘jimat’ kerana inilah kelebihan kakitangan kerajaan. Jadi, kelebihan ada pada semua orang di atas muka bumi ALLAH nieh. Jadi, nak tahu Rahsia Kerja Kerajaan. Jom Klik Sini

Apa pun, alhamdullilah semuanya selamat cuma biasalah baby kena ‘kuning’ bahasa perubatan jaundis kot. :)

Nie masih ada sedikit ‘kuning’ hope cepatlah sembuhnya. Tali pusat pun dah jatuh pada 5 hari di usianya. ( Pada penulisan nie ditulis Muhammad Naufal dah 7 hari. )

Jadi, pic takdak lagi utk dimuat naik. Ada nanti akan dimuat naik utk tontonan umum. ( Ceh macam anak artis lak.. HUehuehuehe.. )

Oklah, doakan kami sekeluarga sihat dan terus ceria dengan ketibaan orang baru dan terus tabah hadapi dogaan dan cabaran yang dihadapi.

Semoga berjumpa lagi di penulisan akan datang. Ingat nak tulis Bagaimana Buat Duit Di eBay tanpa menggunakan Dropshipper. Agak-agak ramai tak yang berminat?

Kalo ada yang minat akan terhasillah penulisan yang tak seberapa dari aku yang mula menjana wang tanpa menggunakan dropshipper. Agak berbaloi dan pendapatan tambahan dapat menampung kelahiran Muhammad Naufal tanpa kekangan kewangan atau gawat. ( Harap Ia berterusan.. AMIN… )

Hosting Provider AKu buat Hallah Pulak!!!

Assalamualaikum..

Nie makin menambah amarah aku.. Dah ler aku dah paid payment utk hosting 2 kali..  Tgk details kat bawah nieh…

Open 3rd Party Transfer

Reprinted on 09 Jan 2010 13:12:40

Status: Successful
Reference number: 1359130509
Transaction date: 24 Dec 2009 15:05:28
Amount: RM
From Account: 112380083166
To Open 3rd Party Account : 512183130734
3rd Party Email Address : billing@e-hosting.com.my
Account Holder Name : NIKHOST TECHNOLOGY

Close this window

Open 3rd Party Transfer

Reprinted on 09 Jan 2010 13:13:24

Status: Successful
Reference number: 1349809737
Transaction date: 10 Nov 2009 14:34:21
Amount: RM
From Account: 112380083166
To Open 3rd Party Account : 512183130734
3rd Party Email Address : billing@e-hosting.com.my
Account Holder Name : NIKHOST TECHNOLOGY

Close this window

Open 3rd Party Transfer

Reprinted on 09 Jan 2010 13:14:00

Status: Successful
Reference number: 1351412360
Transaction date: 20 Nov 2009 08:14:40
Amount: RM
From Account: 112380083166
To Open 3rd Party Account : 512183130734
3rd Party Email Address : billing@e-hosting.com.my
Account Holder Name : NIKHOST TECHNOLOGY

Nie merupakan bukti pembayaran sampai 2 kali aku bayar.. So, kepada hoster provider aku.. TOlong semak balik!!!

Nie pulak email dari hoster + domain provider aku.. Takkan nak suruh aku bayar 4 kali baru aku leh log in customer area??!!!

Nie Reminder Pertama… ( APa depa tak tengok ker bayaran aku… )

Nikhost Technology

Dear Shahkhairul Nizam (IjamIdayu),

This is a billing reminder that your invoice no. 3390 which was generated on 18/12/2009 is due on 07/01/2010.

Your payment method is: Bank Transfer

Invoice: 3390
Amount Due: MYR  MYR
Due Date: 07/01/2010

Reminder PERTAMA katanya!!!

Nikhost Technology

Dear Shahkhairul Nizam (IjamIdayu),

This is a billing notice that your invoice no. 3390 which was generated on 18/12/2009 is now overdue.

Your payment method is: Bank Transfer

Invoice: 3390
Amount Due: MYR  MYR
Due Date: 07/01/2010

Betul-betul bikin panas lak provider hosting + domain aku nieh!!!


 Powered by Max Banner Ads 
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline