Sedih | Insaf | Pengajaran

Friday, September 12, 2008 16:36
Posted in category ijamidayu, insaf, pendapat anda

Assalamualikum dan salam sejahtera..

Aku baru sahaja balik dari melawat makcik aku di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sesudah sampai jer kehadiran aku di PPUM, sudah ramai sanak saudara memenuhi ruang legar melawat aras 7u, PPUM.

Tak lama dalam 10 minit aku berada disana, doktor melihat dan mengatakan makcik aku tiada harapan.. Sudah pasti ini amat menyedihkan semua pihak terutama anak-anak dan suami makcik aku.

Sempat aku menyedekahkan bacaan YASSIN untuk disedekahkan kepada makcik aku.. Terasa hiba hati nie, bila menyedekahkan makcikku bacaan YASSIN.

Selesai menyedekahkan bacaan YASSIN, aku meminta diri untuk pulang ke ofis. Dalam perjalanan pulang ke ofis aku mengira-ngira. Sungguh cepat hidup ini berlalu..

Dalam aku gembira menerima kelahiran anak sulungku, makcikku pula dalam keadaan nazak. Aku tidak tahu kondisinya buat masa sekarang. Aku terpaksa pulang ke ofis untuk selesaikan tugas-tugasku di ofis.

Dalam perjalanan pulang tiba-tiba motor yang dinaiki aku tiba-tiba mati lak.. Aduh.. Apahal lak motor nie dalam keadaan macam nie…

Start dekat 6 kali, aku mula putus asa. Awat yg mati lak motor nie tiba-tiba. Aku buntu, tetiba aku teringat nak buka tangki minyak untuk lihat kuantiti minyak dalam tank. Loooooo.. Minyak abih rupanya.. Aku ditipu oleh meter motoku sendiri rupanya..

Dalam masa tak sampai 4 jam 3 perkara berlaku dalam hidup aku.. Cobaan dari ALLAH akan tiba pada kita tanpa kita duga dan sangka.. Maka, hadapi cabaran ini dengan tabah dan redha..

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • digg
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb