Aku dan Ramadhan

Thursday, September 11, 2008 8:00
Posted in category Buat Duit, ijamidayu, pertandingan, sharing

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua…

Pada bulan yang mulia nie pasti ramai yang teringat kisah-kisah lepas mengenai bulan Ramadhan.. Pada aku, ia memberi seribu satu pengajaran yang tidak ternilai harganya kepada aku.

Setiap orang pasti ada kisah yang ingin dikongsi bersama-sama  kengkawan serta pengajaran kepada anak-anak anda. :)

Saya sendiri ada kisah yang ingin dikongsikan bersama kengkawan semua, ini pun disebabkan oleh saudara kita nuaeman buat contest “Aku dan Ramadhan”.

Jadi, sebagai langkah untuk mendapat hadih pertama dia, aku try grab peluang nie..

Kisah aku bermula bila nak mula start pose. Seingat aku dalam umuq 10 tahun la kot.

Kisahnya bermula.. (Eceh macam penglipur lara lak) Setiap kali masuk jer bulan Ramadhan, aku pasti teringat kisah nie. (Tak pasti ler kisah lawak atau menginsafkan) Pasti pada aku ia bercampur aduk.

Biasa la budak-budak, nak-nak abih sekolah dalam kol 12.00 tgh. Jadi, kompom panas time tue. Punya la penat gila, balik sekolah time tue. Balik lak jalan kaki jerk.. Pergh.. Dugaan sungguh.. Lalu kedai yang berada sepanjang perjalanan balik ke rumah dalam 8 kedai makan mamak. Pergh.. Nampak jerk dia bungkus air untuk orang cina yang beli di kedai dia.. Berpeluh-peluh plastik bungkus air pepsi dia.. Fuh.. Sionyer kalau dapat minum ayaq tue time bulan posa, panas-panas lak time tue..

Apa jua ku gagahkan jua kaki untuk pulang ke rumah. Alhamdullilah sampai jua kakiku ke rumah. Terus jer ku masuk rumah, dengan pantas aku capai towel untuk berendam..

Tak dan aku nak masuk bilik air, aku dengaq suara mak aku menjerit.. ” Ijam…. Mana nak pergi tue!!!!”  Pergh… Terkuzat aku.. Pantas aku melarikan diri dari pandangan mata mak aku.. :)

Keesokan hari, perkara sama tetap berulang. Tapi bab nak masuk bilik air, aku rikey line dulu. Bila line clear dengan pantas aku terjun dalam kolah umah mak aku tue.. Fuh…. Siok!!! Sejuk gila rasa badan aku masa tue..

Selesai jer aku mandai dalam kolah mandi tue, aku dengan tersenyum sipuh keluaq dari bilik ayaq.. Sambil bersiul-siul.. Lalalalalal!! (Hati gembira dah dapat telan ayaq dalam kolah tadi).

Kegembiraan aku rupanya sementara sahaja, tau-tau jer telinga aku dah kena piat ngan mak aku.. Apa lagi.. Menjerit la minta tolong.. Menangis ngalahkan orang kena sebat hukuman penjara tue.. :) Wayang la tue.. Huhuhu..

Itu semua kisah  yang berlaku hampir 16 tahun yang lepas. Bila kenang-kenang balik.. Tersenyum sendiri aku.. Kini, aku sendiri dah punya keluarga. Dah ada baby boy lagi.. Baru nak masuk 2 bulan..

Entah apa lak cerita dia bila nak mula pose lak.. :) Moga tak ikut jejak langkah walid dia sudah.. Aku harap, dengan perkongsian aku nie walau tak berapa best tapi ia ada cerita disebaliknya  untuk kita tatapi bersama.

p/s: Ini adalah penyertaan aku dalam contest yang dianjurkan oleh bro Nuaeman.. Pada sesiapa yang masih belum wat lagi.. Leh join contest nie.. Maklumat Lanjut contest SINI..

picture-002.jpgMuhammad Nafiis (Baby Boy Aku)

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • digg
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb