Sering Gagal Dalam Perniagaan|Minda Serta Motivasi

Wednesday, August 13, 2008 8:00
Posted in category motivasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan kawan-kawan kerana terus mengunjungi blog saya.

Mengapa kita sering gagal dalam melakukan sesuatu pekerjaan mahupun perniagaan? Adakah kerana kita tidak sehebat mereka yang telah berjaya di luar sana?

Setiap pekerjaan ataupun perniagaan ada halangan-halangan yang perlu kita tempuhi, sama seperti mereka yang telah berjaya sekarang.  Mereka juga menghadapi cabaran dalam awal-awal penglibatan mereka dalam perniagaan.

Apakah kunci yang membuat mereka berjaya? Apakah langkah-langkah yang membuat mereka berjaya tanganinya?

Jawapan kepada setiap soalan diatas ada didalam diri kita. Kenapa? Anda tidak percaya?

Keyakinan dalam diri yang membuat kita gagal dan tidak berjaya. Semua manusia yang berada di atas muka bumi ALLAH ini hebat-hebat belaka.

Kita ambil contoh kejadian diri kita. Dalam berjuta-juta sperm kita antara yang hebat bukan? Maka, disini setiap orang ada kekuatan tersendiri yang perlu dibangkitkan.Cuma ia tidak digerakkan atau tidak dibangkitkan lagi sahaja. Jadi, apakah yang perlu anda lakukan?

Kita sebenarnya memerlukan motivasi yang tinggi untuk berjaya dalam apa bidang sekalipun.Ya! Tanpa motivasi yang tinggi kita akan cepat mengalah kerana,pengaruh negatif dari luar amatlah banyak dan hebat.

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mengekalkan dan mendapatkan motivasi yang positif kepada diri anda.

1- Jangan mendengar lagu-lagu sedih sebaliknya dengar lagu-lagu yang memberi dan menaikkan semangat kepada anda.

2-Banyakkan membaca,banyakkan membaca buku-buku atau kunjungi blog-blog yang memberi anda motivasi.

3-Bercampur dan berkawan dengan semua orang. Jadikan mereka yang berjaya sebagai teman rapat kita.

4- Banyakkan berdoa kepada ALLAH,minta pertolongannya. Minta supaya kita diberi kejayaan dan tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaan.

Saya harap dengan sedikit perkongsian dari saya akan membantu anda dalam memotivasikan diri dan meneruskan pekerjaan ataupun perniagaan anda.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • digg
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb