Hendak Berjaya Tiada Jalan Mudah… Benar ker?
Wednesday, August 6, 2008 8:00Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kengkawan dan pembaca sekalian. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengunjungi blog kami.
Tajuk kali ini terkeluar setelah mendengar cd keluaran Telaga Biru ceramah Dato’ Dr. Muhammad Fadhilah Kamsah (DDMFK) . Mengikut kata-katanya memang senang nak senang. Sering kali kita dimomokkan dengan bukan senang nak senang bukan. Dari orang dulu-dulu sehingga ke di masukkan ke dalam Drama dan filem tempatan.
Bagi mereka yang beragama islam kita percaya kepada keESAan ALLAH. Jika Allah hendak memberi kita kejayaan dia akan beri kita bila-bila pun. Itu antara kata-kata ALLAH yang harus kita pegang dan ingat. Jadi? Kita hanya perlu melakukan sesuatu pekerjaaan mahupun perniagaan mengikut landasanNYA yang benar.
Setiap halangan atau cabaran yang kita hadapi dalam usaha kita melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perniagaan ada hikmah di sebaliknya. Oleh itu setiap halanagan itu kita harus anggap sebagai cabaran dan dugaan dariNYA. Disebabkan ALLAH menyanyangi kita maka DIA berikan kita cabaran untuk kita tidak lupa diri dan membantu yang lain bila kita berjaya kelak.
Jadi kita tidak harus cepat berputus asa,jika kita menghadapi cabaran liku dalam hidup ini. Maka hadapilah setiap cabaran itu dengan tabah.
Saya harap dengan info ini akan membuat kita semua terus berusaha untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita lakukan. AMIN… Bagi mereka yang mempunyai idea jangan segan silu berkongsi dengan kami disini.
p/s : Mencari sesuatu untuk memberi sokongan dalam perjalanan hidup ini?
Fatal error: Call to undefined function post_comments_feed_link() in /home/first/public_html/wp-content/themes/seawater/single.php on line 26

























