Kurang Modal Untuk Berniaga | Takut Berniaga
Monday, July 28, 2008 8:00Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Ramai yang mengatakan tiada modal untuk berniaga. Betul ker? Ataupun takut untuk berniaga.
Siapa yang kata masyarakat Malaysia kurang modal untuk berniaga?!! Saya katakan rakyat Malaysia semua ada wang untuk memulakan perniagaan. Mengapa saya berkata demikian. Cuba kita tengok pada berita-berita yang tersebar pada surat khabar dan berita yang tersiar di TV3 atau RTM. Berapa ramai yang tertipu dek kerana menyertai skim-skim cepat kaya.
Melaburkan wang pada ternakan kambing dan sewaktun dengannya. Hanya labur sekali,tunggu dalam masa 12-18 bulan kita akan mendapat pulangan serta untung. Wang yang dilaburkan pula bukan sedikit. Tetapi memakan beribu-ribu dan berpuluh-puluh ribu. Berapa ramai yang terkena? Ramai bukan?
Disini kita boleh tahu berapa ramai yang mempunyai modal untuk memulakan perniagaan. Tetapi sebenarnya mereka takut dan ingin mencari jalan pintas dan mudah untuk menjadi kaya. Pada saya, rakyat malaysia semuanya ada idea serta cara untuk menjana wang melalui internet ataupun melalui pos. Tetapi mereka, (saya juga termasuk
) Takut dan bertangguh dalam memulakan perniagaan ini.
Jadi dengan itu anda boleh mulakan usaha dengan jangan bertangguh untuk menjalankan apa sahaja idea yang ada pada fikiran anda. Semoga perkongsian dari saya ini akandapat sedikit sebanyak membantu anda.
Fatal error: Call to undefined function post_comments_feed_link() in /home/first/public_html/wp-content/themes/seawater/single.php on line 26

























