Apa Itu perniagaan Internet
Posted on June 24, 2008
Filed Under Buat Duit |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana terus kekal bersama blog ini untuk mengetahui apa itu Perniagaan Internet.
Ok, tanpa membuang masa, kita pergi dahulu kepada pengenalan dunia perniagaan internet.
Selalunya, bagi seseorang yang baru hendak menceburkan diri di dalam dunia perniagaan internet, pelbagai soalan sering muncul di fikiran mereka. Dengan itu, bagi topik pengenalan ini, saya akan cuba pergi satu demi satu kepada soalan-soalan yang kerap di tanya oleh mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan internet ini. Saya sendiri masih lagi berjinak-jinak dalam arena ini. Perkongsian ilmu juga amat penting untuk diri saya pelajari silap dan salah serta ilmu itu dapat dimanfaat oleh saya sendiri serta kepada semua.
Setiap orang mempunyai definasi sendiri mengenai perniagaan internet,pada saya ia adalah peluang kepada kita semua. Tidak kira muda atau tua. Mengapa? Pada yang masih bersekolah juga saya lihat telah melakukan perniagaan ini. Diantara contoh-contoh mereka adalah Adly a.k.a Labanon dan adik khalif a.k.a cyberboyz. Apa yang mengagumkan mereka memulakan perniagaan Internet pada umur bawah 18 tahun!!
Jadi, saya sendiri terfikir ‘why don’t i try’ in this arena. :) Apa yang anda semua tunggu lagi? Mulakan langkah pertama anda sekarang!!
“Tiada perkara yang lewat,yang lewat hanya tindakan kita yang selalu sangat suka bertangguh dalam melakukan sesuatu perkara”
Comments
Leave a Reply






