Gagal Dalam Perniagaan Internet! Penyelesaian.

Thursday, June 12, 2008 8:00
Posted in category Buat Duit

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dihormati. Apa khabar? Saya harap anda sihat dan ceria selalu dan paling penting bersemangat melakukan perniagaan internet anda.

duit1.jpg

Mengapa kita tidak berjaya dalam  perniagaan internet? Masalah internet? Masalah kewangan? Disini, saya ingin berkongsi dengan anda hasil pembacaan saya dengan anda semua.

Pendapat saya:-

1- Tiada Modal

Penting kita memulakan apa jua perniagaan dengan modal. Mengapa? Memang ada yang tidak bersetuju dengan saya. Tetapi, saya mengatakan perniagaan yang serius untuk jangkamasa yang panjang. Kita memang memerlukan modal, untuk pembayaran bil-bil tempatan serta kos pengiklanan.

2- Ilmu yang kurang.

Seperti saya dahulu, tanpa ilmu kita tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan atau perniagaan dengan lancar. Oleh itu ILMU amat penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Jadi, anda beli ebook,buku atau menggunakan enjin carian pakcik www.google.com atau www.yahoo.com untuk mencari pengetahuan mengenai perniagaan yang ingin anda lakukan.

3- Melakukan semua kerja bersendirian

Bukan semua benda kita dapat lakukan secara bersendirian. Ada masa, kita akan ‘jem’ kerana buntu dengan yang bukan dalam kemahiran kita. Ini guna ‘outsearch’ atau bantuan dari orang lain dengan memberi upah untuk melakukan apa yang kita tidak tahu.

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya pelajari dari pembelian ebook Sistem Rahsia hasil tulisan dan penyelidikan Amirul Faisyal. Apa yang sering terjadi kepada semua penggiat internet dan bagi yang baru adalah tidak tahu mana hendak bermula. Masalah ini juga terjadi kepada saya, selepas membeli produk beliau saya tahu saya telah melakukan kesilapan dan membuang masa saya kerana tidak menumpukan kepada yang perlu. Itu dulu perkongsian saya dengan anda mengenai produk Sistem Rahsia.

Saya harap dengan perkongsian saya ini, dapat memberi pengetahuan serta mengingatkan diri saya sendiri untuk berjaya pada masa akan datang dalam perniagaan internet yang saya jalankan.

P/S : Isk… Lama ker lagi nak keluarkan produk terhebat 2008 nie?!! Saya sendiri tidak sabar.. Nantikan kemunculannya, doakan semoga semua berjalan lancar.. AMIN…………

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • digg
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb