Rezeki Ada Dimana-mana. Perkongsian Membawa Keberkatan.

Wednesday, June 11, 2008 8:00
Posted in category Buat Duit

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca budiman yang bijaksana. Apa khabar? Saya harap dalam keadaan sihat hendaknya. Saya alhamdulillah dikurniakan badan yang sihat.

Sedikit ingin berkongsi dengan anda semua, saya bakal menjadi bapa hujung bulan Jun atau awal bulan Julai 2008. Doakan semoga baby serta umi(isteri saya) selamat melahirkan anak sulung kami. Amin….. :)

Malam tadi, isteri saya teringin makan burger. Saya pun pantas menjalankan tanggungjawab mencari burger. Banyak pula kedai yang tutup. Kemudian saya pun pergi jauh sedikit dari rumah, kedai brother nie berdekatan dengan UNITEN ( Universiti Tenaga Nasional).

Lama juga isteri saya teringin makan dekat kedai brother nie, tapi asyik tutup. Kebetulan malam tadi saya pergi, brother berniaga. Sempat saya tanya serba sedikit mengenai pekerjaan brother nie kerana kerap dan lama tidak berniaga. Brother nie meniaga secara sambilan, dan beliau mempunyai pekerjaan yang tetap.

Sepanjang brother ni ‘bercuti’ dari berniaga disebabkan urusan pekerjaan beliau terdapat pula orang lain yang menggunakan tapak niaga untuk mencari pendapatan. ‘Pihak ketiga’ ini berniaga burger juga untuk memperoleh pendapatan hasil dari ‘usaha’ orang lain. Setelah selesai semua urusan pekerjaan, brother ni pun ingin memulakan perniagaan burgernya. Tetapi beliau kecewa kerana ‘pihak ketiga’ enggan berundur. Setelah perbincangan ‘pihak ketiga’ ini pun berundur,tetapi berniaga tidak jauh dari tapak brother ni.

71014_moneyhappiness_vl-vertical.jpg

Perkara sebenar yang ingin saya terangkan di sini adalah untuk berkongsi dengan anda semua apa yang saya perolehi setelah mendengar cerita brother nie.

1- Berniaga bagus kerana 9/10 dari pintu rezeki. Ini amat bagus!

2- Saingan antara pihak pertama dan pihak ketiga. (Menjalankan Perniagaan yang sama)

3- Idea perniagaan yang BUNTU! Hanya tertumpu kepada satu jenis perniagaan sahaja!

4- Tiada sikap usahasama @ JV (Joint Venture). Contoh,jika JV dijalankan brother meneruskan perniagaan burger dan ‘pihak ketiga’ berniaga air nah!! Sesama peroleh keuntungan.

Saya harap perkongsian saya ini dapat memberi kesedaran kepada kita semua termasuk diri saya sendiri. Mengapa kita perlu bergaduh, tetapi jika saling membantu itu lebih baik dan afdal. Itu pada pendapat saya,mungkin pembaca sekalian berbeza dari saya. Boleh meninggalkan komen dan share bersama.

Sekian dahulu, semoga terus kekal meluangkan masa untuk mengunjungi blog saya nie. Wassallam.

P/s: Semakin dekat pelancaran ‘Produk Hebat 2008′. Doakan ia berjalan lancar!! Dapatkan ia pada harga yang sangat berbaloi. Moga ia dapat membantu sesama kita disebabkan kos hidup yang makin menigkat!!

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • digg
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb