Lama Menyepi! Kini Kembali!
Wednesday, May 7, 2008 8:20Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Harap anda semua berada dalam keadaan sihat , ceria dan bersemangat dalam apa jua pekerjaan mahupun perniaagaan yang anda jalankan.
Maafkan saya hampir 2 minggu blog ini tidak di updatekan berikut saya perlu melaksanakan pekerjaan saya. Menghadiri kursus selama 2 minggu serta kerja-kerja yang berkaitan. Harap anda semua akan terus memberi sokongan serta dorongan kepada saya dalam meneruskan penulisan saya nie.
Hari ni, saya just nak share dengan semua bagaimana kita memulakan perniagaan internet. Saya memulakan langkah pertama saya dalam arena perniagaan internet setelah membeli buku keluaran PTS hasil tulisan ‘SAIFULSHAM’. Bermula dari hujung tahun 2006 saya hanya bermula sebagai pemerhati tetap :p tidak melakukan apa-apa just menjadi pemerhati dan pembeli. Dalam masa setahun saya mempelajari selok belok perniagaan internet dengan pembelian pelbagai produk keluaran IM tempatan mahupun luar negara.
Mula menjadi sebahagian dari mereka yang memulakan perniagaan internet penghujung tahun 2007. Bermula dari situ saya mula membeli produk MRR serta PLR untuk dijual balik. Disamping itu saya juga ada menjual produk ‘Magnetic Braclet’. Alhamdulillah walau tidak online selama 2 minggu pesanan tetap kunjung tiba. Penghantaran tetap berjaya dilakukan walaupun saya tiada pada waktu itu.
Jadi? Apa kaitan dengan kami?
Nah! Pasti ada yang berkata demikian. Pada saya jika kita terus menanti dan menjadi pemerhati seperti saya sejak tahun 2006! Apa yang anda peroleh? Anda hanya membuang masa dan tidak memberi peluang kepada diri anda untuk berjaya.
p/s: Kepada sesiapa yang ingin menjadi agen jualan produk ‘Magnetic Braclet’ boleh hubungi saya. Mahupun produk digital
012-3506584
Fatal error: Call to undefined function post_comments_feed_link() in /home/first/public_html/wp-content/themes/seawater/single.php on line 26

























