Mentaliti Memulakan Perniagaan
Monday, April 28, 2008 8:00Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca budiman.
Maafkan saya kerana hampir 2 minggu saya tidak mengupdate blog saya disebabkan urusan pekerjaan offline saya. Oklah back to main topic.
Kadar pengangguran di Malaysia amat membimbangkan. Mengapa perkara ini masih terjadi? Adakah peluang pekerjaan yang ada masih kurang untuk mereka? Mengapa masih lagi tercari-cari peluang pekerjaan jika peluang perniagaan depan mata.
Pasti tertanya-tanya apa kaitan peluang perniagaan dan mentaliti.
Apa pun sebenarnya Menteliti kita telah ditanam sejak kita dibangku sekolah lagi. Pasti ada yang mengatakan kenapa bukan? Anda ingat tak mula-mula kita sekolah cikgu ada tanya apa cita-cita kita setelah dewasa kelak. Ingat? Kita pun tulis 3 cita-cita apabila dewasa kelak,termasuk la dengan saya. Apa cita-cita yang anda semua tulis?
Berikut 3 cita-cita saya sepanjang 6 tahun di sekolah rendah :-
1- Askar
2- Bomba
3- Polis
Itu sahaja yang bermain difikiran berubah hanya pada susunan. Anda pula bagaimana?! Ada yang mengatakan ingin menjadi usahawan kelak?
Pasti tiada bukan? Bagi yang memilih menjadi usahawan atau peniaga pada usia tersebut TAHNIAH saya ucapkan kepada anda.
Oleh itu,siapa yang harus dipersalahkan?Saya tidak menyalahkan sesiapa. Kerana pilihan di tangan kita. Tetapi hingga ke puncak menara gading sekalipun kita belajar, minda kita tidak dibuka sedikit sekalipun tentang PERNIAGAAN.
Kini anda perlu ’set’kan dahulu mentaliti atau pemikiran anda untuk memulakan PERNIAGAAN. Mengapa perlu kita menetapkan mentaliti kita? Kerana dengan mentaliti adalah asas dalam memulakan perniagaan. Tanpa asas dalam memulakan perniagaan kita akan berada sekejap sahaja atau mudah putus asa dalam arena yang kita ceburi.
Jadi, anda perlukan motivasi dalam menjalankan perniagaan internet. Antara web site motivasi yang sering saya kunjungi untuk memotivasikan diri saya sendiri.
1- Shueqry - http://www.imotivasi.com
2- Afiqme- http://intelligi.afiqme.com
Membaca buku-buku motivasi yang ada dipasaran. ![]()
Fatal error: Call to undefined function post_comments_feed_link() in /home/first/public_html/wp-content/themes/seawater/single.php on line 26

























