Kajian Kes : Mengapa Perlu Memulakan Perniagaan?

Friday, March 28, 2008 8:00
Posted in category Buat Duit

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca budiman. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera..  Semalam saya agak lambat untuk mendengar Dr. Irfan Khairi memberi perkongsian secara percuma di Radio 24. Tetapi saya dapat juga mendapat satu tips yang diberikan oleh beliau.. Ia adalah berikutan ada pendengar yang memberi email kepada beliau.  Antara soalan yang ditanya kepada beliau adalah:  Bagaimana saya ingin mengekalkan motivasi dalam perniagaan internet?Mengapa kita menjalankan perniagaan internet atau memulakan sesuatu perniagaan?  Sudah pasti kerana duit.. Betul?!!  Dr. Tuah pernah berkata : D-DOA     U-USAHA I -IKHTIAR TTAWAKAL. Jadi apabila kita memulakan perniagaan pastikan kita mengingati perkara ini.. Saya sendiri akan mengingati dan melaksanakan perkara ini..  Jadi ini adalah lebih kurang slogan digunakan oleh Nike Just Do It. Jadi, bagi mereka yang baru menamatkan pengajian di pusat-pusat pengajian tinggi, akan cuba menceburkan diri dalam perniagaan. Tidak kira sama perniagaan secara online ataupun offline.. Kerana, 9/10 pintu rezeki adalah datang dari perniagaan.. Jadi anda perlu cuba, jika gagal sekali,cuba kali kedua, jika gagal, cuba kali ketiga, kali keempat, kali kelima, kali keenam, kali ketujuh, kali kelapan,kali kesembilan pun masih gagal. Anda boleh mula mencari pekerjaan diluar..  Pakar ekonomi menyatakan dalam masa 5 – 6 tahun akan datang setiap isi rumah akan mempunyai perniagaan sendiri untuk menampug kos hidup yang sentiasa meningkat setiap tahun.. Jadi, takkan nak tunggu 6 tahun akan datang baru ingin memulakan perniagaan…?   

Harap dengan sedikit tips yang dikongsi oleh saya dapat membantu anda mengubah sedikit fikiran tentang perniagaan.. Salam kejayaan dari saya untuk anda.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • digg
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb