Menyukai Pekerjaan Anda!!
Wednesday, February 13, 2008 10:13Apa pekerjaan anda sekarang..? Anda suka dengan pekerjaan anda sekarang? Berapa lama anda bekerja dengan syarikat itu? Mengapa saya bertanya soalan ini?!!
Kerana saya sering menerima rungutan dari mula saya bekerja secara sambilan sehingga la mendapat pekerjaan tetap.. Masih ramai yang tidak bersyukur kerana katanya gaji yang ‘ciput’ .
Tapi kalau kita pandai menggunakan kemahiran kita itu, kita pasti akan menggunakan kemahiran tersebut untuk mendapatkan pendapatan sampingan..
Anda masih tidak tahu atau buntu? Ok, saya ambil satu contoh. Jika pekerjaan anda sebagai kerani yang ‘key-in data’ pasti anda dapat menawarkan perkhidmatan anda kepada syarikat-syarikat besar @ kecil.. Pasti mereka yang baru menubuhkan syarikat pasti memerlukan pekerja sambilan.. Nah!! Anda boleh mengambil peluang tersebut..
Bagi yang berkemahiran dalam ‘photoshop’ pasti boleh menawarkan perkhidmatan membuat banner atau sebagainya..
Sudah terbuka minda untuk mendapatkan peluang pekerjaan sambilan.. ![]()
Fatal error: Call to undefined function post_comments_feed_link() in /home/first/public_html/wp-content/themes/seawater/single.php on line 26

























