Salam Tahun Baru Yang Penuh Dugaan

Tuesday, January 6, 2009 1:55 | Filled in 9/10, ijamidayu, internet, perniagaan internet

Assalmualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung First Full Earn. Harap anda terus mendapat ilmu berkaitan perniagaan dan saya dapat terus berkongsi dengan anda walaupun menghadapi dugaan.

Themes saya menghadapi sedikit masalah dan apa pun harap ia akan menjadi lebih baik dan mudah dikongsi dan menjadi semakin menarik untuk anda sempena tahun 2009.Tetapi, ia masih themes lama, saya menghadapi masalah untuk menukar themes apa pun ia bukan big issues here.. Yang penting maklumat yang ingin dikongsi bersama.

Tahun baru baru sahaja menyusul meninggalkan tahun 2008… Pasti ramai mempunyai AZAM baru untuk menjadi lebih baik dan menetapkan matlamat untuk MaalHijrah 1430 dan tahun 2009…

Sudah pasti!! Saya sendiri mempunyai AZAM yang amat tinggi bagi tahun 2009 nie.

Apa pun perlu mempunyai Matlamat dan AZAM dan ia perlu ditulis untuk ia mudah anda melihat dan pastikan ia ditampal. Supaya lebih mudah dilihat dan ia akan mengingatkan kita mengenai apa matlamat dan hala tuju serta target kita untuk dicapai pada tahun 2009.

Sudah pasti semua orang inginkan kebebasan terutama saudara kita di PALESTIN, dek kerana kerakusan LAKNATULLAH ISRAEL semakin ramai anak-anak kecil dan bayi serta mereka yang tua menjadi mangsa mereka.

Jadi, sebagai umat ISLAM kita perlu menolong mereka dengan menyumbang dan menghulurkan sumbangan kepada pihak yang berwajib yang ditugaskan membuat kutipan untuk diedar kepada saudara kita di PALESTIN.

palestin_stone.jpg

Sedikit perkongsian dari saya setelah lama bercoti bersama keluarga tercinta.. Harap ia menjadi iktibar kepada kita yang berada di bumi ALLAH ini dengan aman tanpa sebarang peperangan…

Quato untuk kali ini.

“Jika anda melakukan sesuatu dengan betul dengan cara yang betul.

Anda akan memperolehi segala keperluan yang anda inginkan”

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • digg
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Bagaimana Terus Kekal Dalam Kerjaya Anda Hari Ini.

Tuesday, December 30, 2008 7:36 | Filled in 9/10, ijamidayu, internet, sharing

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung First Full Earn. Lama aku tidak update blog kesayangan aku nie.. :D

Aku bercuti sakan kerana menghabiskan cuti yang tidak boleh dibawa kehadapan. Jadi, membawa pulang anak dan isteri ke kampung. Ketiadaan sambungan internet membuatkan aku menghabiskan masa dengan membaca buku-buku motivasi untuk mengisi kelapangan waktu.

Sedikit perkongsian dari buku yang aku baca 2 kali khatam nie. Bertajuk ‘Who Moved My Cheese’ yang amat menarik. Jalan cerita yang amat menarik dan mudah difahami walaupun ia dalam bahasa inggeris.

Kulit buku yang mana aku dapat melalui link enjin carian google.

Perjalanan cerita kehidupan ‘mice’ dan ‘little people’ dalam ruang ‘maze’. Watak ‘Mice’ ’schury’ dan ’sniff ‘ , watak ‘littlepeople’ ‘hem’ dan ‘haw’ merupakan watak yang sering ada dalam diri kita.

Perjalanan dalam ‘maze’ yang tidak tahu apa yang akan berlaku mereka perlu explore untuk mencari keju @ ‘cheese’. Watak ‘mice‘ mereka hanya bertindak balas terhadap persekitaran yang dialaminya. Manakala ‘littlepeople’ pula mempunyai pemikiran seperti manusia hari ini, perasaan serta pemikiran yang kreatif.

Tujuan hidup mereka di dalam ‘maze’ hanya untuk mendapatkan bekalan keju @ ‘cheese’ untuk meneruskan kehidupan mereka.

Cerita ini menjalankan kisah perjalanan hidup kita samada kita menggambarkan pekerjaan,kehidupan percintaan atau apa sekalipun. Itu terpulang pada individu untuk meletakkan diri kita dimana.

Pada saya, cerita ini amat hebat kerana kita sering lupa dan alpha. Terlalu selesa dengan keadaan pekerjaan kita sekarang sehingga kita lupa apa akan terjadi bila ‘cheese’ kita hilang… ‘Cheese’ didalam cerita ini merupakan perkara yang menjadi kesayangan kita, apa akan terjadi jika ‘cheese’ kita hilang?!!

Ini merupakan perkara yang menjadi suatu yang besar kepada kita bukan?!! Apa terjadi jika kita tidak bersedia untuk kehilangan ‘cheese’ kita?!! :D

Apa pun ‘cheese’ nie memang sedap, jika kita tidak bersedia untuk kehilangan ‘cheese’ kita. Maka, kita akan menjerit dan mengatakan ‘Siapa Yang Menggerakkan Keju Saya’.

Harap anda yang ingin bergerak maju dalam perniagaan,kerjaya dan kehidupan saya cadangkan anda mendapatkan produk nie di pasaran. Amat sesuai untuk semua golongan umur.

Quato untuk hari nie.

” Orang yang memutuskan sesuatu dengan tergesa-gesa. Tidak dikatakan sebagai seorang yang adil. Orang yang bijaksana hendaklah memerikasa dengan teliti mana yang benar dan mana yang salah. “

p/s:- Insyaallah bermula 1431 hijrah nie, setiap post saya akan diisi dengan quato-quato yang menarik. Harap ia bermanfaat untuk diri anda dan juga saya..

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • digg
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Perniagaan Internet Tidak Menguntungkan | Membuang Masa

Saturday, December 20, 2008 8:00 | Filled in 9/10, Buat Duit, Realiti, ijamidayu, internet, pendapat anda, sharing

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tajuk hari nie agak menarik dan kontroversikan? :D Memang bertujuan untuk berkongsi dan tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa…

Pernahkan anda diajak minum oleh rakan-rakan, teman pejabat keluar minum waktu malam? Bertujuan untuk membentangkan perniagaan M.L.M [ Multi Level Marketing ] mereka.

Saya mengalaminya banyak kali, cuma pada kali ini ia mencabar dan menggugat saya. Apa yang mereka katakan sehingga membuat saya mebuat post ni?!!!

Nah seperti tajuk saya, mereka mengatakan yang perniagaan internet nie hanya membuang masa dan tidak mendatangkan pulangan yang berbaloi.

Apa yang menariknya, mereka mengajak saya memulakan M.L.M nie tanpa perlu menjual dan mengekalkan P.V. Tidak cukup pula dengan itu, mengajak saya membuat pinjaman RM 15,000.. Wo!!!!  :-O

Bukan sikit-sikit duit nak keluar untuk berniaga M.L.M dengan mereka. Rm 15,000 bukan duit sendiri memulakan perniagaan buat pinjaman dengan bank pulak tue…

Mungkin ada yang mengatakan, untuk memulakan perniagaan memerlukan modal.. Buat apa memulakan perniagaan yang tidak ada produk dan hanya mencari orang dan dapat pulangan setiap bulan…

Mengatakan yang dia juga melakukan perniagaan internet, tetapi tidak mendapat hasilnya. Apa yang dikatakan Zamri Nanyan juga ada email dia dan mengajak menyertai affiliate yang dianjurkan.

Tetapi, mengatakan tidak mendatangkan hasil. Apa yang membuat saya agak marah dan kecewa, dia hanya spam pada email orang dan mengatakan perniagaan internet nie hanya buang masa.

Berapa banyak usaha yang dia lakukan untuk berjaya? Saya tidak lanjutkan perkara nie kerana malas nak berhujah dengan orang yang hanya mahu mendapatkan duit kita.

Apa yang saya agak marah dan geram sudahlah mengatakan M.L.M mereka yang terbaik tidak cukup dengan itu, mengatakan pula usaha saya sia-sia…

Membuang masa, dan tidak memulangkan modal perniagaan internet nie. Apa pun pada saya, ia cuba mencabar kita yang melakukan perniagaan internet nie.

Cabaran itu saya sahut untuk buktikan pada dia  semua usaha saya lakukan tidaklah sia-sia.

Saya harap, jika anda didatangi mereka seperti  ini. Maka, jangan putuskan usaha anda untuk meneruskan perniagaan internet atau apa jua perniagaan anda lakukan sekarang.. Saya juga tidak mengecilkan mereka yang menjalankan perniagaan M.L.M

Pengajaran pada saya ” Jangan sekali-kali memperkecilkan usaha dan perkara yang orang lain sedang usahakan atau lakukan.”

p/s:- Masih lagi mendengar interview Jutawan Internet. Motivasi pada diri sendiri.. sambil membuat planing pada tahun 2009.

pps :- Semoga apa yang dirancang berjaya. Saya tetap tabah hadapi sebarang dugaan dan cabaran.

10audio-im.jpg

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • digg
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Stok Bekalan serta jualan | Bagaimana anda kendalikan

Friday, December 19, 2008 8:00 | Filled in 9/10, Buat Duit, ijamidayu, internet, perniagaan internet, sharing

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Semoga post yang lepas memberi anda sedikit pandangan berkenaan perniagaan internet…

Pada kali nie, saya ingin sentuh berkenaan penyimpanan stok.. Sudah pasti ramai yang baru tidak mempunyai modal yang besar untuk penyimpanan stok bekalan barang.

Pasti ia merupakan beban kepada kita sebagai penjual yang baru. Maka hari nie saya nak bongkar ‘Rahsianya..’ [ Ramai dah tau ] :p

Dropshipper

Dropship adalah kita merupakan orang tengah untuk sesuatu jual beli sesuatu produk. Maka, pada saya dengan itu kita hanya berurusan dengan mereka melalui YM, email atau telifon sahaja dengan pembekal dropship..

Kita tidak perlu melakukan penyimpanan barang, kerana kita hanya order pada pembekal dropship mereka pula yang akan membuat penghantaran. Kita hanya duduk dan tunggu wang masuk… $$$$ :D

Perkara nie saya sendiri lakukan untuk penjualan produk magnetic braclet. Jadi, pada saya kita perlu berurusan dengan mereka dahulu.

Sebagai langkah permulaan jadi pelanggan mereka dahulu. [ Rahsia nie tau ] :)

Produk digital

Produk digital juga boleh dikategorikan sebagai produk yang boleh dijual tanpa penyimpanan stok bekalan.

Sebagai contoh, produk Master resell right yang dijual oleh saya di MRR Hot Product merupakan salah satu contoh yang kita tidak perlu menyediakan space atau ruang untuk penyimpanan stok dirumah. Hanya berada di dalam server atau di dalam hard disk komputer sahaja,.

Contoh jualan produk digital

1- Ebook
2- Produk lagu-lagu bentuk MP3
3- Temubual eksklusif jutawan internet

10audio-im.jpg
Produk nie jika anda berminat utk peroleh hubungi saya di talian 012-3506584

 

Sekian dahulu serba ringkas dari saya untuk anda. Harap ia terus memberi manfaat kepada anda semua…

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • digg
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Internet

Wednesday, December 17, 2008 11:36 | Filled in 9/10, Buat Duit, ijamidayu, internet, perniagaan internet, sharing

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semoga semua pembaca dan pengunjung First Full Earn berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu.

Post kali nie terbit berikutan permintaan daripada bro Azizwan. Harap post nie bukan sahaja menjawap persoalan bro Azizwan sahaja, malah ia akan membantu sedikit sebanyak pengunjung dan pembaca setia First Full Earn.

Terima kasih kepada anda kerana terus sudi menyokong kewujudan blog kami..

duit1.jpg

Bagaimana memulakan Perniagaan Internet?

Persoalan ini merupakan perkara yang aku sendiri hadapi apabila ingin menceburkan diri dalam arena perniagaan internet nie.

Pasti ramai yang mulakan dengan mencari ebook-ebook yang terdapat dipasaran. Dari yang percuma sehinggalah yang berbayar.

Semua ebook di’download’ untuk keperluan sendiri. Dengan harapan aku akan berjaya dengan membeli produk keluaran mereka….

Hasil dari pembelian dan percuma ini membuat kita semakin hilang arah dan tumpuan…

Kesan?

Kesan dari maklumat yang amat penuh [overloaded] dengan informasi, anda masih lagi buntu untuk memilih yang mana satu bersesuaian dengan anda.

Pergi ke web jualan Perniagaan di Ebay dan Lelong, menerangkan anda boleh menjana ribuaan ringgit dengan berniaga melalui ebay ataupun lelong. Penyertaan anda dengan pembelian ebook ini anda akan peroleh ribuaan ringgit dengan hasil kajian yang dibuat oleh mereka. Memang benar!! Ia bukan dongengan. Tapi kena pastikan anda bersedia dan ‘fokus’ didalam penglibatan  anda dalam persediaan penghantaran.

Terdapat juga anda hanya menjadi  dropshipper dan tidak memerlukan anda menghantar produk kepada customer anda. Anda hanya paparkan iklan pada ruang post di ebay. Rahsia nie boleh dapat melalui Sifu Lan. Saya sendiri telah dapatkan hasil kajian beliau.. Memang menguntungkan jika terus mengikuti langkah yang diajar oleh Sifu Lan.

Kemudian sebulan selepas membeli produk berkenaan ebay dan lelong, terjumpa pulak web jualan Rahsia 10K. Bagaimana anda boleh mendapatkan pendapatan sehingga 10,000 dalam satu malam sahaja.

Anda pun membeli produk Rahsia 10K keluaran bro Adly a.k.a Labanon.Setelah habis membaca ebook keluaran mereka berdua anda pun ingin memulakan langkah pertama anda dalam arena perniagaan internet.

Tiba-tiba otak anda bling-blig  disebabkan tidak tahu untuk memilih samaada peniagaan ebay ataupun perniagaan digital. Perkara yang sama, saya rasa dihadapi oleh semua penggiat baru.Mengelakkan Masalah [Overloaded] Berlaku.

Bagaimana untuk mengelak masalah overloaded ini berlaku kepada anda? Sebelum melakukan apa-apa langkah didalam arena ebiz @ perniagaan internet nie, buat dengan memulakan apa yang anda minat.

” [ Saya tak tahu minat apa la, minat apa yang sesuai nie, tolong beri idea, minat saya pada duit la.. ] “

Beberapa rungutan dari pihak newbie. :) Betul ker? Apa pun sebelum melakukan perniagaan internet nie, mulakan dengan minat anda.

Mengapa? Jika kita melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan minat, maka jika hasil yang diharapkan tidak kesampaian kita akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perniagaan.

Jadi, mulakan dengan apa yang anda minat,hobi masa yang diluangkan pada hujung minggu ataupun aktiviti yang anda minat lakukan pada hujung minggu.

Cuba spend sedikit masa anda untuk memikirkan perniagaan yang bersesuaian dengan minat atau hobi anda..

Harap post kali nie bermanfaat untuk semua pengunjung First Full Earn.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • digg
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Perniagaan Internet. Mengapa perlu takut?

Saturday, December 13, 2008 11:01 | Filled in 9/10, Buat Duit, ijamidayu, internet, perniagaan internet, sharing

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman sekalian.

Harap anda semua terus ceria dan bersemangat dalam meneruskan hari-hari anda. Teruskan bersama kami di First Full Earn.

Mengapa Perniagaan Internet?

Perniagaan internet merupakan salah satu media memudahkan usahawan-usahawan baru mahupun lama memasarkan produk mereka kepada seluruh dunia. Perniagaan di luar, mereka memerlukan pelbagai rangkaian untuk memasarkan produk mereka ke seluruh dunia.  Internet kini memudahkan usahawan-usahawan untuk memasarkan mereka ke seluruh dunia tanpa perlu mempunyai banggunan atau pengkalan ofis di seluruh dunia.

Tidak dapat dinafikan perniagaan di dunia luar juga memberi kejayaan kepada usahawan-usahawan. Kini, ia menjadi lebih pantas dan mudah dengan kewujudan internet. Jadi, mengapa kita perlu melihat orang lain menggunakan peluang ini sementara kita hanya terus melihat.

Bagi usahawan-usahawan baru juga, mereka boleh memulakan pelbagai bentuk perniagaan dengan modal yag amat rendah. Tidak memerlukan penyimpanan stok, pekerja untuk dibayar gaji dan menjaga perniagaan kita.

Maka, banyak yang dapat kita jimatkan jika menggunakan internet sebagai perniagaan kita. Apa yang membuat saya begitu bersemangat untuk terus menerus dalam arena ini, kerana mereka yang belum pun mencecah umur 21 tahun telah pun berjaya mendapat pendapatan bulanan RM 10,000 sebulan. Hebat bukan??!! Pemuda ini bernama Adly a.k.a Labanon memulakan perniagaan menggunakan internet sebagai ruang perniagaannya.

Anda masih tidak percaya. Ikuti kisah beberapa mereka yang lain belum pun mencecah umur 21 tahun juga berjaya diluar sana. Ikuti kisah mereka disini.

Mengapa perlu takut untuk memulakan perniagaan internet

Pada pendapat saya, yang menjalankan juga perniagaan internet ebagai pendapatan sampingan tidak perlu takut untuk menjalankan perniagaan internet nie. Mengapa?

Perniagaan internet hanya memerlukan modal yang kecil berbanding perniagaan ‘offline’. Jadi modal yang kecil bermakna risiko juga kecil.

Banyak support kita boleh dapat. Salah satu contoh, berforum. Pada saya, dengan berforum kita akan mendapt kawan. Forum merupakan salah satu tempat untuk kita bertanya dan berkongsi maklumat. Tempat aku belajar dan mencari ilmu dengan menyertai WangCyber. Banyak ilmu aku belajar dengan forum nie. Thanks to all yang sudi membantu.

Aku rasa setakat nie dahulu perkongsian aku dengan semua pengunjung blog First Full Earn. Harap ia bermanfaat kepada semua.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • digg
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Rahsia Jutawan Internet Terbongkar

Saturday, December 13, 2008 0:30 | Filled in 9/10, Buat Duit, ijamidayu, internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung First Full Earn.

Semoga blog ini terus bertahan dan memberi anda info yang bermaklumat dan bermanfaat. Harap anda semau dalam keadaan sihat dan ceria selalu.. Aku dan isteri alhamdullilah sihat hendaknya. Cuma putera kesayangan kami demam dek di’enjet’ setelah umuq masuk 5 bulan.

Berbalik kepada main topik kita, “Rahsia Jutawan Internet Terbongkar”. Sejak kemunculan buku tulisan Irfan Khairi, semakin ramai yang berlumba-lumba untuk mengikuti langkah bro Irfan Khairi. Siapa taknak jadi Jutawan pada usia muda dak?

Disebabkan perkara itu, terdapat beberapa golongan yang mengambil kesempatan diatas kecetekan ilmu berkaitan perniagaan internet dan “peleburan internet”.[Tapi itu dulu, rasa sekarang pun ada lagi juga kot]

Apa pun, aku ingin ingatkan tiada jalan singkat untuk berjaya. Apa pun pada aku quato ini “Pasti Ada Jalan Untuk Berjaya”. Tetapi, semua itu memerlukan usaha untuk berjaya. Bukan hanya keluar duit sekali dan goyang kaki kat rumah tanpa perlu membuat apa-apa.

Manakan apa sahaja didunia ini tidak memerlukan kita melakukan sebarang pekerjaan dan wang akan datang secara tetap setiap bulan.. Peminta sedekah sekalipun perlu usaha untuk menampung pendapatannya. Mereka perlu keluar rumah untuk ke lokasi tetap atau tempat mereka mengutip pendapatan mereka. [Ini adalah misalan bukan niat untuk mengutuk]

Setiap jutawan mempunyai kisah mereka tersendiri. Ramai yang hanya tahu tentang kisah kejayaan mereka sahaja, tetapi lebih ramai tidak tahu liku-liku kehidupan mereka sebelum berjaya menjadi jutawan.

Disini aku ingin berkongsi sedikit hasil produk yang aku beli melalui internet. Bagaimana mereka menjual dan mengenali dan berdiri sama taraf dengan usahawan-usahawan yang berjaya di dalam bidang perniagaan internet nie.

10audio-im.jpg

Teknik Pertama

Luangkan masa dengan menyertai setiap seminar yang berkaitan dengan perniagaan internet. Dengan menyertai seminar serta program yang dianjurkan kita akan lebih dicam oleh mereka yang berjaya dalam bidang perniagaan internet nie. Penyertaan didalam semina atau program yang dijalankan, jangan pula memperkenalkan diri kita kepada mereka ya. ;)

Tips Kedua

Setelah kita bertukar business kad dengan mereka, kita perlu menghubungi mereka dengan beretika. Perlu dapatkan keizinan, kerana masa mereka amat terhad. Jadi, pastikan masa yang diluangkan mereka diguna pakai sebaik mungkin. Pastikan perbualan anda ini bermanfaat kepada anda juga kepada ‘usahawan yang berjaya ini’.

Tips Ketiga

Buat Joint Venture dengan ‘usahawan yang berjaya’. Pastikan produk atau service kita bermanfaat untuk mereka. Sebagai contoh, jika mengajak mereka dengan mengedarkan produk digital kita kepada email list mereka. Pastikan kita menyediakan templet email untuk memudahkan mereka seumpama ‘copy n paste’. Ini akan membuat JV anda lebih senang dan mereka akan lebih tertarik untuk menyertai JV anda.

Tips Keempat

Pastikan JV anda berkaitan dengan produk yang anda tawarkan. Tidak berguna jika traffic penuh tapi hasil jualan tiada.

Sedikit dari saya untuk anda semua yang sudi meluangkan masa mengunjungi blog First Full Earn.

p/s: Jika anda ada yang berminat untuk mendapatkan produk IM interview nie. Bolehla menghubungi saya.. :) Terdapat juga beberapa produk yang ditawarkan pihak kami kepada pengunjung First Full Earn.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • digg
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Bonus Hujung Tahun

Wednesday, December 10, 2008 20:11 | Filled in 9/10, Buat Duit, ijamidayu, internet, motivasi, pertandingan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung First Full Earn. Semoga anda semua dalam keadaan sihat hendaknya.

Pejam celik sudah hampir setahun blog aku nie berada di arenanya. Banyak pengalaman dan kenalan yang aku perolehi setelah aku membeli domain First Full Earn nie. Dari 0 ke Hero [ Insyallah akan tercapai ]

Oklah, berbalik kepada main topic kita. Jika hujung tahun sahaja pasti mereka yang bekerja di sektor awam mahupun swasta akan menerima bonus hujung tahun. Ini membuatkan pekerja di sektor berkaitan berasa seronok. Tetapi bukan isu ini yang ingin aku sentuh. Sebenarnya aku menjemput rakan-rakan yang mempunyai blog menyertai “contest akhir tahun yang dianjurkan oleh AfzaiAfandi”

Aku terpanggil untuk melakukan sedikit review mengenai blog saudara Afzai Afandi. Terus terang aku katakan, aku jarang mengunjungi blog saudara Afzai Afandi. Ini disebabkan komputer aku terpaksa di baik pulih. Maka secara automasinya semua yang aku simpan pada link bookmark hilang. Jadi, perkara nie tidak akan berulang kelak. Al maklum orang baru. Apa pun thanks bro kerana jemputan contest nie. [ Habis camner tau dia wat contest. Maaf yer bro. ]

Aku dijemput untuk menyertai contest beliau melalui comment yang aku terima melalui bro Afzai Afandi. Apa pun maklumat yang dikongsi oleh bro Afzai Afandi sedikit sebanyak membuka minda aku didalam mencari dan menambah pengetahuan mengenai perniagaan internet nie.

Selain bonus hujung tahun yang kita terima dari majikan,apa salah kita mencuba contest nie untuk menambah lagi bonus yang kita sedia terima dari majikan. Nah,ini merupakan peluang kepada kita sebagai pencari peluang menambah pendapatan melalui internet. Bukan sahaja kita memperoleh peluang menjana wang melalui internet, malah kita berpeluang memperoleh wang dengan menyertai contest yang saudara Afzai Afandi.

Semakin hari semakin meningkat pengguna di internet. Bermakna semakin ramai penggiat baru di dalam arena nie [termasuk aku sekali] . Jadi, hasil dari ‘godekan’ aku pada post-post yang terdapat dalam blog bro Afzai Afandi aku terjumpa post yang amat penting kepada semua umat islam.Lagi Umat Islam Dipersendakan. Pada aku ini menyebabkan aku terpanggil untuk berkongsi dengan semua yang mengunjungi blog aku. [Ada ker orang mai sini :p ]

Apa pun selain contest yang dianjurkan bro Afzai Afandi, aku harap perkongsian dengan apa yang di share dengan kita pada post beliau akan membantu umat Islam di Malaysia lebih alert, termasuk diriku jua.

Aku rasa itu sahaja serba sedikit omelan aku mengenai saudara Afzai Afandi. Apa pun harap anda semua akan menyertai contest nie, dan cuba mengalahkan aku dalam pertandingan nie. [Eh!! Ko nie, belum ada keputusan ko dah tau ko menang? :p ]

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • digg
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Salam Aidil Adha

Monday, December 8, 2008 19:10 | Filled in 9/10, ijamidayu, sharing, wallpaper

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Mungkin agak belum terlwat saya ucapkan Selamat Aidil Adha. Semoga perniagaan dan pekerjaan anda semua terus dilindungi dan tabah menghadapi dogaan dan cabaran kegawatan ekonowi sekarang.

eid_mubarak_by_mustange.jpg

Gambar di ambil melalui Deviant Art

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • digg
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • Fark